Makan sop sarang burung ketika hamil

birdnest

 

“As salamu alaikum, Dr Zubaidi. Saya hamil pada usia kehamilan 23 minggu. Ramai kawan-kawan saya mencadangkan saya makan sop sarang burung supaya anak yang akan lahir tidak mengalami masalah kekuningan dan kulitnya menjadi cantik. Bolehkah saya memakan sop sarang burung. Terima kasih.”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Sop sarang burung adalah makanan tradisi masyarakat Cina dan telah dimakan semenjak zaman Distinasi Tang. Dalam sop ini banyak gelatin putih air liur burung layang-layang, yang dianggap mempunyai banyak nutrisi terdiri dari bahan antioksidan, kollagen dan amino acid.

 

Oleh itu, sarang burung dikatakan mempunyai kebolehan sebagai anti penuaan dan dapat meningkatkan system daya tahan.

 

Ramai yang mendakwa bahawa sop sarang burung dapat mengekalkan keremajaan mereka, menambahkan kelembapan kulit, dan mengurangkan kedutan pada muka.

 

Malah ada yang mendakwa sop sarang burung dapat menjadikan kulit bayi yang masih dalam rahem menjadi lebih cantik dan akan mengalami masalah kekuningan (jaundice) apabila dilahirkan.

 

Saya menasihatkan pada wanita hamil agar lebih berhati-hati mengambil apa saja produk suplemen semasa hamil. Mungkin produk yang disangkakan suplemen itu akan memudaratkan diri dan bayi dalam rahim.

 

Sarang burung telah diketahui boleh menyebabkan alahan. Ramai ibu yang mengadu anak mereka mengalami alahan kulit kerana mereka mengamalkan sop sarang burung ketika hamil atau menyusukan anak mereka.

 

Namun apa yang lebih dirisaukan ialah tentang isu kualiti sarang burung itu sendiri.

 

Banyak pengusaha yang tidak beretika yang mendapat sarang burung yang tidak berkualiti dan membersihkan untuk kelihatan putih dengan menggunakan bahan ‘pencuci kimia yang bahaya’.

 

Lagi pun kebanyakan dakwaaan yang mengatakan bahawa sarang burung memberikan manfaat pada ibu yang hamil dan anak yang masih berada dalam rahim, belum lagi dapat dibuktikan secara saintifik.

 

Oleh itu, jika isteri yang hamil, pasti saya tidak memberikan sop sarang burung kepadanya.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!