Makan Pati Ikan Haruan Ketika Hamil

ikan haruan 4

 

“Assalamu alaikum, doctor. Doctor saya hendak tanya, anak pertama bersalin secara ceaserean dan berumur masuk 5 bulan. Saya sekarang hamil 9 minggu. Bolehkah saya meneruskan menyusukan anak saya yang pertama. Bolehkah saya boleh ke saya makan pati haruan untuk dlm sembuh betul dan boleh kah saya ini boleh bersalin normal. Saya teringin hendak bersalin normal di hospital swasta. Terima kasih. “

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

  1. Menyusukan anak ketika hamil tidak berbahaya kehamilan sekarang. Puan boleh meneruskan kehamilan dan penyusuan untuk anak pertama tanpa masalah.

 

  1. Untuk mempercepatkan kesembuhan rahim dan faraj dalam masa hamil, saya mencadangkan puan menjaga pemakanan dengan melebihikan protein dan vitamin secara semulajadi dari daging dan sayura-sayuran. Ketika hamil, selalu cuba elakkan suplemen yang tidak diketahui keselamatan, bimbang berlaku keguguran akibat pengawet yang dimasukkan untuk mengekal mutu agar ia tahan lama. Namun jika puan ingin mendapatkan khasiat dari ikan haruan, saya menasihatkan puan membeli dan memasak sendiri ikan itu, kerana ia lebih selamat.

 

  1. Puan boleh melahirkan secara normal jika kelahiran pertama dulu disebabkan oleh masalah jalan peranakan puan yang sempit. Hal ini harus disahkan oleh doctor yang merawat.

 

Saya menjemput puan membaca beberapa artikel yang berkaitan.  Terima kasih.

 

Kecedereaan rahim dan faraj boleh dirawat dengan Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) selepas melahirkan anak. Untuk info lanjut, mohon rujuk ke https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

error: Content is protected !!