Advertorial
Home » EKF » Mahu hamil semula selepas gugur

Mahu hamil semula selepas gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR

“salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih.

 

Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka Allah akan memberinya ganjaran dalam musibahnya dan menggantinya dengan yang lebih baik.”  (Muslim)

 

Jika puan amat bersedih, saya mencadangkan puan agar berehat dan berehat dahulu sehingga perasaan dan emosi puan kembali tenang.

 

Fizikal puan, termasuk rahem puan selalunya akan segera sembuh, dalam masa yang terdekat bergantung pada umur kehamilan.

 

Jika seorang wanita yang mengalami keguguran pada umur kehamilan 6-8 minggu, kecederaan fizikal yang dialami tidaklah seteruk  keguguran yang dialami oleh wanita yang mengalami keguguran pada usia kehamilan 10-12 minggu.

 

Selalunya tempuh penyembuhan berlaku selepas dalam tempoh empat hingga enam minggu. Ini bermakna tubuh puan benar-benar bersedia pada selepas itu, namun ada juga wanita yang hamil semasa mengalami kitaran haid selepas keguguran.

 

Jadi jika puan telah sihat, kembali tenang dan telah bersedia, puan boleh cuba untuk hamil setelah kedatangan haid.

 

Walau bagaimana pun, jika puan mengalami dua atau lebih keguguran, puan harus melakukan pemeriksaan doctor dengan lebih lanjut menentukan punca keguguran.  Jika tidak puan akan mengalami keguguran setiap kali puan hamil.

 

Jika puan mengalami kehamilan molar, atau kehamilan anggur, saya nasihatkan agar menunggu enam bulan hingga satu tahun sebelum mencuba untuk hamil.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!