Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Mahu cantik dengan pil hormon

Mahu cantik dengan pil hormon

pill hormon

 

 

 

“Saya memiliki bentuk badan kurang menarik dan terlalu kurus. Saya teringin untuk memiliki bentuk badan yang cantik dan mengiurkan. Rakan saya mencadangkan penggunaan pil hormon estrogen untuk membentuk payu dara dan punggung yang lebih menawan. Adakah pengambilan pil hormon ini memberi kesan sampingan?”

 

Jawapan:

 

Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan saudari. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Sekurang-kurangnya ia meningkatkan rasa “self-esteem” pada diri seorang wanita apabila berhadapan dengan suaminya.

 

Namun begitu tidak semua wanita diberikan bentuk badan yang mengiurkan seperti yang diidamkan.

 

Antaranya disebabkan oleh factor keturunan. Jika saudari dilahirkan dari keluarga yang bertubuh rendah, berkemungkinan saudari akan mempunyai bentuk tubuh yang sama. Namun saudari boleh mendapat tubuh yang menarik jika saudari menjaga pemakanan, mengamalkan senaman dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

 

Saya memang melarang seorang wanita yang ingin kelihatan cantik mengambil hormon estrogen sintetik yang boleh didapati dari farmasi, hospital atau klinik.

 

Walaupun ramai wanita yang mendengar estrogen boleh menyebabkan seseorang itu cantik, tetapi sebenarnya “kecantikan” itu hanya disebabkan oleh kesan sampingan ubat hormone sintetik.

 

Sebagai contoh, salah satu “kesan sampingan yang diingin” adalah payudara membengkak dan tegang. Namun kesan ini bersifat sementara dan tidak berkekalan, ia akan hilang selepas puan berhenti mengambil hormone sintetik itu.

 

Selain itu hormon sintetik estrogen jika diambil untuk masa panjang yang boleh menyebabkan barah rahim, kanser ovari, kanser payudara dan kanser pangkal  rahim.

 

Hanya doctor saya yang dibenarkan memberikan preskripsi pil hormon estrogen kerana ia memerlukan pemantauan seperti ujian darah, mamogram dan pap smear serta dengan imbasan pelvis yang harus dilakukan setiap tahun jika mahu diambil berterusan.

 

Pil hormone sintetik juga boleh menyebabkan pembentukan batu karang dalam hempedu, kitaran haid yang tidak menentu, darah menjadi pekat dan beku sehingga menyebabkan masalah sukar bernafas.

 

Puan juga boleh mengalami masalah penyakit barah hati, tekanan darah tinggi, kencing manis dan ia juga menggalakkan pertumbuhan fibroid dan endometriosis.

 

Bagi sesetengah wanita, boleh mengalami peningkatan berat badan kerana pengumpulan air dalam badan, rasa sakit pada payudara, rasa loya dan muntah, mood yang tidak menentu dan rasa bengkak dalam perut.

 

Banyak lagi kesan sampingan, ada yang berbentuk sementara dan ada yang berbahaya.

 

Jadi saya mencadangkan agar saudari tidak perlu mengambil hormon estrogen untuk kelihatan cantik.

 

Saudari boleh menggunakan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM yang mengandungi phytoestrogen yang lebih mesra alam dan mesra tubuh. Jika ia diambil sebagai suplemen ia akan menambahkan ‘kecantikan dari dalam’.

 

Boleh baca keterangan lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: