Mahu buang besi dalam tulang

steel in bone

 

 

“Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah pembedahan yang mudah.

 

Banyak risiko yang mengkin dialami oleh saudara selepas pembedahan semula.

 

Oleh itu saya tidak menasihatkan saudara meneruskan hasrat untuk mengeluarkan besi dalam tulang saudara kecuali saudara merasakan bahawa  besi dalam tulang itu mendatangkan masalah yang teruk pada saudara yang mana saudara tidak boleh menahan lagi kesakitan dan kesukaran selagi besi dalam tulang itu tidak dikeluarkan.

 

Apa yang penting saudara mengawal pemikiran saudara kerana mungkin masalah sejuk dan kebas yang saudara alami itu tiada kaitan dengan besi dalam tulang.

 

Doktor selalunya akan mengeluarkan besi dalam tulang pada pesakit kanak-kanak kerana tulang kanak-kanak agak terganggu tumbesarannya. Ini bermakna besi dalam tulang akan boleh menyebabkan tulang kaki kanak-kanak itu  tidak memanjang.

 

Selain itu doctor akan mengeluarkan besi itu jika terdapat jangkitan kuman pada tulang (Osteomyelitis).

 

Walau bagaimana pun saudara boleh berbincang dengan doctor tulang (Ortopedik) terlebih dahulu.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

error: Content is protected !!