Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Luka Pembedhan Ceserean lebih baik dijahit dari dikokot (staples).

Luka Pembedhan Ceserean lebih baik dijahit dari dikokot (staples).

Menggunakan teknik kokot (staples)

Menggunakan teknik kokot (staples)

 

“Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya berbincang dengan doctor sakit puan saya dan dia memberikan saya pilihan sama ada mahu menjahit luka Ceserean menggunakan jahitan biasa atau pun kokot staple. Mengikut pengetahuan dan pengalaman doctor, mana yang lebih baik. Mohon penverahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Di Malaysia, luka ceserean ketika mengeluarkan anak dari rahem selalunya ditutup dengan dua cara. Cara pertama menggunakan jahitan biasa dan satu lagi menggunakan kokot (staple).

 

Penggunaan kokot semakin popular di kalangan doctor kerana ia lebih cepat dan kosnya lebih murah. Dianggarkan bahawa menutup luka menggunakan kokot, paling kurang lebih cepat 10 minit berbanding dengan menjahit secara biasa. Walaupun cepat hanya 10 minit, namun dalam pembedahan perbezaan ini sangat besar maknanya.

 

Walau bagaimana pun dalam satu artikel yang diterbitkan dalam Journal Obstetrics and Gynecology, Jun 2014 baru-baru menyatakan bahawa penutupan luka pembedahan Ceserean menggunakan teknik jahitan biasa mempunyai kadar komplikasi pembedahan yang lebih rendah (57%) berbanding dengan teknik menggunakan kokot (staple).

 

Luka ceserean yang terbuka

Luka ceserean yang terbuka

 

Antara komplikasi pembedahan Ceserean yang berlaku pad kulit yang biasa berlaku ialah luka yang tidak melekat, jangkitan kuman , pembentukan darah beku (hematoma), keluar ceceair jernih (seroma), dan paling serius ialah bernanah.

 

Oleh itu saya berpendapat luka ceseran yang menggunakan teknik jahitan biasa lebih baik dari teknik jahitan menggunakan kokot, kecuali ada factor-faktor lain doctor yang melakukan pembedahan berpendapat bahawa menggunakan teknik kokot adalah lebih memberikan manfaat.

 

Walllahu a’lam

 

Rujukan:

Mackeen DA, et al “Suture compared with staple skin closure after cesarean delivery: a randomized controlled trial” Obstet Gynecol 2014; June 2014 – Volume 123 – Issue 6 – p 1169–1175.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: