Advertorial
Home » Diabetes Mellitus » luka diabetes

luka diabetes

LUKA DIABETES

 

diabetic foot

 

“Salam doctor, saya seorang berusia 50 tahun dan penghidap diabetes selama 10 tahun. Masalah saya ialah mengalami  rasa berdenyut-denyut pada kaki kanan saya. Apakah rawatan yang terbaik untuk saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kebanyakan pesakit diabetes mellitus akan mengalami masalah kerosakan saraf jika tahap gula dalam darah tidak dikawal dengan baik.

 

Tidak hairanlah jika pesakit diabetes akan mengadu rasa ‘terbakar’ dan menyucuk terutamanya pada tapak kaki dan betis.

 

Ini bermakna bahawa pesakit diabetes tidak dapat mengawal gula dalam darahnya dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif.

 

Jika tidak dikawal dan bertambah teruk, pesakit diabetes mungkin akan mengalami rasa kebas (tidak rasa sakit) pada kaki dan tangan. Dibimbangi pesakit tidak menyedari yang beliau mungkin terpijak benda tajam atau luka akibat tapak kasut yang keras.

 

Luka pesakit diabetes lambat baik dan boleh menyebabkan jangkiman kuman pada keseluruhan kaki dan merebak ke bahagian peha.

 

Jika jangkitan kuman ini tidak terkawal, mungkin kaki beliau yang mengalami jangkitan tidak terkawal akan terpaksa dipotong.

 

Saya mencadangkan agar saudara memastikan tahap gula dalam darah berada tahap yang julat normal. Ini dapat dilakukan dengan menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti fizikal yang teratur. Jangan lupa mengambil ubat-ubatan diabetes yang diberikan.

 

Saudara juga boleh mengambil beberapa suplemen seperti mecobalamin atau metilkobalamin  (vitamin B12) dan co enzyme 10.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: