LUKA CAESAREAN BERMASALAH

Pada masa ini kelahiran bayi secara pembedahan Caesarean Section telah menjadi suatu fenomena. Bayi yang dikeluarkan lebih cepat dan ini mengelakkan komplikasi semasa kehamilan.

Namun yang menjadi masalah apabila luka pembedahan lambat sembuh. Selain itu luka pembedahan mungkin bermasalah jika:

1. Kesakitan teruk pada bahagian abdomen

2. Kemerahan pada kawasan pembedahan

3. Parut kelihatan bengkak/berair/bernanah

4. Mengalami demam

5. Sakit ketika kencing

6. Keluar discaj bau busuk melalui vagina

7. Pendarahan teruk (pad penuh dalam masa 1 jam)

Oleh itu penjagaan selepas pembedahan (semasa pantang) adalah penting bagi memastikan luka sembuh dengan cepat.

Selalunya ia berlaku pada:

1. Wanita yang mengalami diabetes.

2. Wanita yang mendapat rawatan steroid

3. Wanita yang obese

4. Wanita yang mengalami kekurangan nutrisi

Selain itu makanan yang mencetuskan tindakbalas alahan boleh mengganggu proses penyembuhan luka.

Kurang bergerak atau pergerakan terlalu lasak juga mengganggu proses penyembuhan. Ketika batuk atau bersin bahagian luka perlu ditampung dengan membongkokkan sedikit badan dan gunakan selimut tebal yang dilipat kecil atau bantal untuk menampung bahagian perut.

Masalah luka pembedahan Caesarean Section yang lambat sembuh, bernanah atau jahitan terbuka bukan sahaja menyebabkan kesakitan tetapi juga turut mempengaruhi kestabilan emosi ibu. Ini akan mengganggu penyusuan dan menyebabkan trauma untuk hamil semula.

Selain dari penjagaan makanan, pengambilan vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Boleh mula mengambil vitamin C beberapa hari sebelum tarikh pembedahan.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Rujukan:

Moores J. Vitamin C: a wound healing perspective. Br J Community Nurs. 2013 Dec; Suppl:S6, S8-11.

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!