Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Loya dan muntah ketika hamil sehingga berat badan turun

Loya dan muntah ketika hamil sehingga berat badan turun

 

 

pregnant vomiting

 

“Assalammualaikum dokter. Saya berumur 30 tahun dan hamil anak ke 4 dan usia kehamilan saya minggu. Saya mengalami kehilangan berat badan sebanyak 3.7kg. (dari 67.7kg turun kpd 64.7kg) ..

 

Saya mudah letih dan kerap susah untuk bernafas dan mengganggu saya menyiapkan kerja-kerja rumah.

 

Saya juga tidak ada selera untuk makan, sehinggakan hanya makan nasi putih, ikan dan sedikit buah-buahan. Saya mengalami masalah untuk tidur.

 

Dokter, saya sangat risau dan mohon nasihat doctor.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya menasihatkan puan agar berbincang tentang masalah kehilangan berat yang agak ketara dengan doctor yang merawat puan sepanjang kehamilan.

 

Agak sukar bagi saya memberikan jawaban yang pasti mengenai masalah puan. Saya mencadangkan melakukan pemeriksaan darah terutamanya fungsi kelenjar thyroid dan tahap haemoglobin puan bagi menentukan sama ada masalah puan ini serius atau tidak.

 

Ini kerana sepatutnya wanita yang hamil akan mengalami penambahan berat, bukannya pengurangan berat.

 

Hiperemesis gravidarum adalah sindrom loya dan muntah-muntah yang boleh menyebabkan penurunan berat badan yang melebihi 5% jatuh pada awal kehamilan.

 

Ia berkait rapat dengan tahap hormon hCG dalam darah seorang wanita yang hamil. Semakin tinggi hormon ini, semakin keraplah rasa loya dan muntah.

 

Loya dan muntah hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu.

 

Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu, manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran.

 

Berkenaan dengan penambahan berat badan ketika hamil, puan boleh baca dengan lanjut mengenainya di:

 

http://drzubaidi.com/blog/penambahan-berat-badan-ketika-hamil/

 

Rasa letih dan sukar bernafas boleh disebabkan oleh puan kekurangan tenaga dari makanan yang diambil, dan mungkin juga disebabkan oleh tahap haemoglobin puan yang rendah.

 

Saya mencadangkan agar puan berjumpa dengan pakar pemakanan untuk menganalisa semula pola pemakanan puan.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!