Advertorial
Home » BERNAMA RADIO 24 » Lima perkara yang perlu kita ketahui sebelum memberikan anak kita suplemen

Lima perkara yang perlu kita ketahui sebelum memberikan anak kita suplemen

LIMA PERKARA YANG HARUS KITA TAHU SEBELUM MEMBERIKAN ANAK KITA SUPLEMEN.

10 FEB 2018 RADIO SALAM FM DAN 15 FEB 2018 RADIO BERNAMA

 

 

  1. SECARA RINGKAS, APAKAH ITU SUPLEMEN?

 

Ramai ibubapa di Malaysia yang memberikan sekurang-kuranganya satu suplemen kepada anak-anak mereka, sama suplemen diet (selalunya dalam bentuk vitamin) dan produk makanan tambahan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan perkembangan IQ.

 

Penjualan semua produk suplemen ini dipantau oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsan, di bawah Kemeneterian Kesihatan Malaysia. Ia harus didaftarkan dan mendapat kelulusan oleh biro ini. Barulah ia dibenarkan dijual kepada masyarakat.

 

Oleh itu banyak produk suplemen yang dijual di farmasi dan toko ubat. Begitu juga yang dijual secara penjualan terus (direct selling). Ia tidak menjadi kesalahan jika ia telah mendapat kelulusan KKM. Cuma sebagai pengguna kita perlu bijak memilih produk suplemen, sama ada yang diperlukan, berkesan dan selamat untuk kita. Tiga aspek ini harus diperhatikan sebelum membeli dan menggunakannya.

 

 

Secara amnya, suplemen yang diberikan kepada kanak-kanak dibahagikan kepada dua, iaitu dietary supplement dan herbal supplement.

 

Dietary supplement adalah produk yang dikeluarkan bagi tujuan memberikan penambahan nutrisi pada kanak-kanak yang mengambilnya, sama ada  vitamin, mineral, fiber, asid lemak (fatty acids) dan asid amino. Ia selalunya diberikan dalam bentuk cecair pada kanak-kanak.

 

Suplemen ini (juga dikatakan makanan tambahan), diekstrakkan dari sumber tumbuh-tumbuhan atau haiwan. Ada juga yang dibuat secara sintetik.

 

Dietary suplemen disediakan dalam bentuk individu nutrisi atau kombinasi beberapa beberapa nutrisi. Sebagai contoh, ada yang mengandungi satu jenis nutrisi seperti omega 3 saja, ada yang mengandungi kombinasi beberapa nutrisi seperti vitamin B kompleks, atau mencampurkan vitamin C dengan vitamin lain.

 

Dalam kajian menunjukkan individu yang mempunyai penyakit lebih menunjukkan kesan positif yang ketara berbanding dengan individu yang sihat. Namun secara amnya, banyak kajian yang dilakuka menunjukkan dietary suplemen membantu meningkatkan tahap kesihatan pengamalnya

 

Herbal supplement pula adalah produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan yang diberikan secara keseluruhannya atau dalam bentuk ekstrak bagi tujuan mendapat manfaat kesihatan daripada pokok itu.

 

Sebagai contoh, tongkat ali boleh diberikan secara keseluruhan dengan merebus akar pokok itu, atau diberikan pati (ekstrak) pokok itu.

 

Suplemen seperti ini telah  lama digunakan dan diamalkan sejak zaman silam peradaban tertua. Ia memberikan banyak manfaat.

 

Perubatan moden juga menggunakan banyak sebatian yang berasal dari tumbuh-tumbuhan bagi  membangunkan ubat-ubatan yang moden. Pada masa ini, banyak juga kajian yang membuktikan kebaikan dan keberkesanan herba dalam kajian makmal. Jadi secara amnya herbal suplemen juga memainkan peranan membantu kesihatan secara am.

 

Cuma yang menjadi persoalannya adakah penyediaan suplemen ini dilakukan dengan selamat?

 

 

  1. PERLUKAH KANAK-KANAK MENGAMBIL SUPLEMEN?

 

Tidak dinafikan suplemen seperti ini kalanya membantu anak-anak ini membesar dan meningkatkan keupayaan mereka untuk belajar di sekolah. Suplemen juga diberikan pada kanak-kanak untuk membantu tumbesaran mereka.

 

Sebagai contoh banyak susu yang dijual (terutama produk syarikat besar) dikatakan mengandungi omega 3 atau DHA, telah banyak diiklan di TV dan akhbar diwar-warkan dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kualiti pembelajaran.

 

Kanak-kanak yang tiada selera makan, dan mempunyai berat badan yang rendah (berbanding dengan umur mereka), dinasihatkan mengambil suplemen dalam bentuk multivitamin untuk membantu meningkatkan semula selera makan dan diharapkan dapat menambahkan berat badan.

 

Namun begitu saya lebih suka memberikan suplemen pada kanak-kanak yang benar-benar memerlukan. Kita mahu anak-anak kita diberikan sesuatu produk yang memberi kesan yang baik, tidak mendatangkan mudarat dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

 

American Academy of Pediatrics tidak mencadangkan sebarang suplemen untuk kanak-kanak yang sihat kerana kebanyakan nutrisi boleh didapati dari makanan. Tidak ada mana-mana suplemen yang boleh menggantikan nutrisi yang boleh didapati dari makanan yang segar dan natural.

 

Apa yang penting ialah melatih anak-anak kita mengambil makanan yang seimbang dan sihat yang mengandung keselurhan makronutrien seperti karbohidrat, fiber, protein, minyak sihat dan air.

 

Namun kita sendiri melihat bagaimana pemakanan kanak-kanak sekarang telah banyak berubah. Mereka tidak banyak makan sayur-sayuran, dan lebih gemar makanan berkarbohidrat yang ringkas dan berperasa manis. Ini yang menyebabkan mereka mengalami kekurangan mikronutrien iaitu kekurangan vitamin, mineral dan cofactor yang sangat penting dalam tumbesaran mereka.

 

Oleh itu, makanan tambahan atau suplemen merupakan satu alternative yang boleh dipertimbangkan untuk diberikan bagi menyokong kandungan pemakanan yang  kurang.

 

Cuma kita jangan berlebih-lebihan dalam memberikan suplemen pada anak-anak kita.

 

 

  1. JIKA SUPLEMEN PERLU DIAMBIL, APAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI DIBERIKAN PADA KANAK-KANAK YANG BERUSIA DUA TAHUN KE BAWAH?

 

 

Susu bayi adalah makanan dan minum yang terbaik bagi kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah. Bagi yang berusia enam kebulan ke bawah, pemberian susu ibu amat digalakkan. Jika seorang ibu tidak dapat memberikan susu ibu kerana bekalan tidak mencukupi, mereka boleh memilih susu formula yang sesuai.

 

Selepas berumur 6 bulan, apabila cara pemakanan bayi telah berubah dari makanan yang bersaskan susu kepada makanan yang separuh pejal, bayi akan mendapat pelbagai jenis makanan dan ini membekalkan pelbagai jenis vitamin.

 

Bagi bayi yang lahir secara pramatang, lahir dengan berat badan yang rendah, bayi yang tidak mendapat minum susu dengan baik (sebagai contoh mengalami masalah jantung dan paru-paru sehingga sukar untuk minum dengan sempurna) mungkin memerlukan suplemen vitamin.

 

Bagitu jika ibu yang menyusukan anak sedang mengalami sakit dan tidak dapat nutrisi sepatutnya, ia akan mempengaruhi kualiti susu ibu yang diberikan pada anaknya, terutamanya vitamin B12, iron, zinc, calcium, dan asid lemak omega-3.

 

Bila kanak-kanak mula memakan makanan yang lebih keras (seperti orang dewasa) mereka akan mendapat pelbagai jenis vitamin dan mineral. Namun harus diingat, bahawa jika kanak-kanak ini mesti makan makanan yang banyak sayur, karbohidrat, lemak sihat dan protein. Jika tidak, mereka akan tetap mengalami masalah kekurangan mikronutrien yang kronik.

 

American Dietetic Association memberitahu bahawa kanak-kanak yang tidak mengamalkan atau tidak mendapat pemakanan yang sihat dan seimbang perlu mengambil beberapa suplemen.

 

Antara suplemen untuk bayi yang mungkin bermanfaat bagi kanak-kanak yang sebegini (kurang dari dua tahun dan tidak mendapat pemakanan yang seimbang dan lengkap) adalah:

 

 

  1. Zat besi (Iron)

 

Susu ibu dan susu formula mempunyai zat besi yang mencukupi ketika mereka berusia  bulan ke bawah. Tetapi selepas berusia enam bulan, keperluan zat besi bertambah. Ketika berusia enam bulan, mereka memerlukan 0.27 mg zat besi, tetapi berusia setahun mereka memerlukan 11 mg sehari. Oleh mereka memerlukan makanan yang mempunyai banyak sumber zat besi seperti sedikit daging yang lembut dan kekacang.

 

2.Vitamin D

 

Hanya sebahagian kecil vitamin D yang dipindahkan ke susu ibu. Oleh itu American Academy of Pediatrics (AAP) memberikan cadangan dan panduan agar memberikan 400 IU vitamin D setiap hari bayi yang menyusukan susu ibu atau bayi yang menyusu susu formula kurang dari 950ml sehari.

 

Oleh itu ibu yang menyusukan anak harus mendapat vitamin D yang mencukupi dengan mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan pendedahan pada pada cahaya matahari.

 

 

  1. Vitamin B12

Vitamin B12 adalah vitamin yang sangat penting untuk pembentukan otak dan saraf, dalam mencegah masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Vitamin ini banyak terdapat dalam ikan segar, daging putih dan merah, telur dan tenusu.

 

 

 

  1. DHA, (sebahagian dari omega-3)

 

 

DHA, adalah sebahagian dari dari asid lemak Omega-3 yang sangat penting dalam perkembangan otak dan mata. Kehadiran  DHA dalam susu ibu bergantung kepada diet pemakanan yang dimakan oleh ibu yang menyusukan anak. Kita tidak mencadangkan pemberian asid lemak omega-3 pda bayi secara langsung tetapi kita menggalakkan ibu yang menyusu mengambil banyak makanan yang dapat memberikan omega 3 seperti sayuran hijau, kekacang, brokoli, ikan segar, makanan laut yang lain dan daging merah. Jika masih kekurangan, ibu yang hamil ini dicadangkan mengambil suplemen omega-3.

 

Jika diperhatikan bahawa dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang, ia akan memberikan kita pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Dengan ini keperluan terhadap suplemen dapat dikurangkan. Namun bagi mereka yang tidak dapat mengambil makanan sebegini ini, suplemen amat diperlukan.

 

 

 

  1. ADAKAH SUPLEMEN BOLEH MEMBAHAYAKAN KANAK-KANAK?

 

 

Sukar untuk menjawab soalan ini, kerana keselamatan (iaitu sama ada suplemen itu selamat) dan keberkesanan sebarang suplemen ( malah ubat-ubatan moden) bergantung banyak perkara, terutama cara menyediaannya dan dos yang disediakan.

 

Ada beberapa perkara yang kita perlu tahu sebelum memberikan suplemen ini kepada anak-anak kita walaupun  suplemen ini dikatakan datangnya dari sumber yag natural.

 

Faktor-faktor ini harus dipertimbangkan agar setiap supelemen yang diberikan akan memberikan manfaat dan tidak mendatangkan kemudaratan.

 

  1. Secara amnya, peraturan yang ada sekarang meletakkan suplemen atau produk kesihatan di bawah kategori “makanan”. Jadi peraturannya lebih longgar berbanding dengan ubat-ubatan yang yang dibawa kategori over the counter. Oleh itu ia tidak boleh didakwa mempunyai khasiat untuk merawat. Ia boleh digunakan sebagai kegunaan “kesihatan am”.

 

  1. Tidak semua kanak-kanak memerlukan suplemen. Sepertimana perkataan maksud “makanan tambahan”, ia harus diberikan untuk menyokong pemakanan yang sedia ada. Ia harus diberikan sebagai tambahan, bukan untuk menggantikan pemakanan yang sedia ada.

 

Jadi tidak betul, ia ada ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan menggantikan susu formula tertentu untuk anak-anak yang tidak mahu makan sayur-sayuran.

 

Atau mendapatkan vitamin dan mineral tertentu, dari makanan atau minuman tertentu yang bersumberkan karbohidrta segera dan berproses dan ditambahkan vitamin di dalamnya.

 

Suplemen hanya diberikan untuk menampung kekurangan nutrien ini untuk sementara dan bagi tempuh masa tertentu. Dalam masa yang sama ibubapa harus melatih anak-anak mereka untuk makan makanan yang mengandungi makanan yang lengkap dan seimbang.

 

Ia bukan diberikan dalam jangka yang panjang. Ia juga harus diberikan dalam dos yang tertentu dan dalam jangkamasa yang tertentu. Suplemen sebegini tidak boleh menggantikan sayur-sayuran atau makanan yang segar dan natural.

 

  1. Makanan tambahan dan suplemen hanya diberikan kepada anak-anak yang memerlukan saja. Antaranya kanak-kanak yang didapati kekurangan nutrient dan mengalami masalah tertentu.

 

Sebagai contoh kita berikan vitamin tertentu kepada anak-anak yang mengalami kekurangan berat badan (berbanding dengan umur mereka). Kita juga memberikan suplemen yang mengandungi zat besi untuk anak mengalami kekurangan sel darah merah.

 

  1. Rujuk pada doktor atau mereka yang berpengetahuan tentang nutrisi atau pemakanan, sebelum memberikan anak-anak kita sebarang suplemen. Jadi kita tahu masalah yang dihadapi oleh anak-anak kita dan nutrisi (dan suplemen) apa yang boleh diberikan bagi membantu rawatan yang diberikan.

 

  1. Tidak semua suplemen untuk kanak-kanak selamat diberikan, terutama bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. Banyak produk kesihatan untuk kanak-kanak yang belum lagi menjalani ujian bagi memastikan produk-produk itu berkesan dan selamat, tidak seperti suplemen yang diambilkan oleh orang dewasa.

 

Ada sesetengah suplemen mengandungi bahan-bahan natural yang tulen, tetapi dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang bagi mendapatkan kesan yang berlebihan. Pengambilan suplemen boleh memberikan kesan yang tidak baik pada kanak-kanak, jika ia ditambah dengan bahan-bahan lain.

 

Sebagai contoh produk makanan berasaskan koko sangat baik untuk minda. Namun ada pengeluar yang mencampurkan dengan bahan rangsangan seperti caffeine bagi memberikan “rasa segar” pada  kanak-kanak semasa belajar (dan tidak mudah rasa mengantuk).

 

Begitu juga dengan produk minuman susu dan koko yang  bagus bagi kanak-kanak tetapi jika ia terlalu manis akibat mempunyai kandungan gula ringkas yang terlalu banyak, boleh memberikan kesan yang tidak baik untuk kanak-kanak.

 

Oleh kerana organ kanak-kanak seperti hati, ginjal dan jantung mereka belum matang, pemberian suplemen yang mempunyai bahan terlarang akan memberikan kesan negative pada kanak-kanak ini.

 

Sebagai kesimpulan, ubahlah cara pemakanan kita agar mendapat sumber makanan yang pelbagai dan lengkap penuh dengan nutrisi yang diperlukan.

Saya tidak membenci suplemen tetapi percaya suplemen memberikan sumbangan terhadap kesihatan masyarakat Malaysia. Namun kita haruslah memilih dan diberikan secara berhati-hati terutama kepada anak-anak kita. Suplemen akan memberikan manfaat, ia juga boleh mendatang kemudaratan. Pilihlah suplemen yang berkualiti, selamat dan berkesan.

 

Bertanyalah dulu kepada mereka yang pakar. Jangan mudah percaya kepada iklan TV atau di media social yang mungkin mengelirukan.

 

Semoga ia bermanfaat.

 

Lawati facebook kami dengan klik –> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: