Advertorial
Home » Doktor Menjawab » LIMA KESAN PENGAMBILAN KOPI BERLEBIHAN PADA WANITA

LIMA KESAN PENGAMBILAN KOPI BERLEBIHAN PADA WANITA

LIMA KESAN PENGAMBILAN KOPI BERLEBIHAN PADA WANITA

 

 

 

Kopi adalah salah satu minuman yang sangat digemari oleh masyarakat, termasuk wanita. Ia selalunya diminum pada waktu pagi untuk berasa segar dan tidak mengantuk. Jika diambil pada waktu siang, ia akan membakar semangat dan memberikan tenaga tambahan.

 

Namun begitu pengambilan kopi yang berlebihan mungkin akan memberikan kesan yang tidak baik. Antaranya:

 

  1. Menyebabkan rasa panik dan cemas

Kafein yang ada dalam kopi boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meningkatkan degupan jantung. Jumlah kafein dalam kopi bergantung pada jenis kopi. Bagi mereka yang sensitif, ambillah kopi yang mengandungi kafein yang kurang bagi mengelakkan masalah ini. Selain itu ia menyebabkan rasa cemas, panik dan mudah ‘naik angin’ walaupun berhadapan dengan masalah kecil.

 

  1. Mengganggu fungsi kognitif

Kopi yang diminum dalam jumlah yang sederhana pada sesetengah orang akan meningkatkan semangat dan fokus untuk bekerja. Namun, bagi sesetengah wanita yang lain ia boleh menjejaskan kebolehan untuk berfikir dengan baik (kognitif).

 

  1. Menyebabkan wanita sukar hamil

Belum ada kajian yang terperinci bagaimana kopi (atau bahan kafein) mengganggu kesuburan wanita. Namun banyak kes yang dilaporkan bagaimana pengambilan kopi yang berlebihan mengganggu kesuburan wanita. Berkemungkinan besar kafein yang berlebihan mengganggu keseimbangan hormone dalam tubuh wanita.

 

  1. Menyebabkan kereputan tulang

Kereputan tulang adalah suatu perkara yang biasa berlaku pada wanita yang sudah mengalami menopause. Namun pengambilan kopi yang berlebihan akan menyebabkan proses kereputan tulang ini akan berlaku dengan lebih cepat. Ini kerana kafein menghalang penyerapan kalsium ke dalam tulang.

 

  1. Boleh menyebabkan keguguran ketika hamil

Wanita yang sedang hamil tidak dianjurkan untuk meminum kopi berlebihan, terutama bagi mereka yang pernah keguguran. Dos kafein yang dibenarkan hanyalah 200 mg. Belum ada kajian yang mendalam, namun lebih baik mengelakkan kopi sebelum keguguran berlaku. Boleh gantikan pengambilan dengan kopi tanpa kefein (decaf).

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: