Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Lendiran faraj bercampur darah, sedikit dan hanya beberapa hari

Lendiran faraj bercampur darah, sedikit dan hanya beberapa hari

LENDIRAN FARAJ BERCAMPUR DARAH, SEDIKIT DAN HANYA BEBERAPA HARI

 

 

“Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami masalah haid. Saya baru saja habis haid dan beberapa hari kemudian, ada lendiran bercampur darah, berwarna coklat keluar dari kemaluan saya. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ramai wanita yang mengadu bahawa haid mereka telah habis minggu lepas dan kini terdapat terdapat pula sedikit lagi darah yang keluar.

 

 

Sudah tentu ini bukanlah kitaran haid yang normal.

Pendarahan haid yang normal biasa berlangsung kira-kira empat hingga lima hari, dan wanita yang mengalami haid untuk seminggu hingga sepuluh hari.

 

 

Purata kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Namun begitu kitaran haid antara 21-35 hari masih dianggap normal. Kitaran haid pula dikira dari hari pertama haid hingga haid pada kitaran yang satu lagi.

 

 

Namun begitu pendarahan seperti darah haid tetapi dalam kuantiti dan hanya beberapa sangat mengelirukan.

 

 

Dalam bahasa perubatan pendarahan yang sedikit, berwarna coklat atau lendiran bercampur dengan sedikit darah disebut sebagai “spotting”.

 

 

 

Terlalu sukar untuk mengetahui punca pendarahan seperti ini. Ada yang berbahaya dan ada yang tidak berbahaya. Malah ada yang mungkin normal.

 

 

Antara puncanya ialah:

 

 

• Pendarahan selepas seminggu apabila telur ovum dan sperma telah disenyawakan dan ditanam ke dalam lapisan dalam rahem. Ini dinamakan “implantation bleeding”.

• Tanda awal keguguran dan proses keguguran telah berlaku

• Tahap hormone yang tidak seimbang

• Berhenti dengan tiba-tiba menggunakan pil perancang kehamilan atau pil hormon estrogen

• Tahap hormone tiroid yang rendah

• Tekanan hidup (stress)

• Mula menggunakan alat pencegah kehamilan IUD

• Kecederaan pada vagina selepas bersetubuh objek

• Tanda awal kanser pangkal rahem atau kanser rahem

• Jangkitan faraj

• Pengambilan ubat seperti ubat pencair darah

• Selepas prosedur gynaecology seperti D&C

 

 

Bagi mereka yang mengalami masalah seperti ini saya mencadangkan agar mendapatkan rehat dan minum air secukupnya. Ia membantu membetulkan keseimbangan hormone dalam tubuh.

 

 

Catatkan pada kalendar mengenai kitaran haid dan pendarahan yang berlaku, serta tuliskan berapa banyak tuala wanita yang digunakan. Ini bertujuan untuk mengetahui berapa banyak kehilangan darah.

 

 

Lakukan pemeriksaan daoktor dan beritahu tentang maklumat bilangan hari pendarahan dan tuala wanita yang digunakan agar dapat membantu doktor menentukan sama ada jika pendarahan terlalu berlebihan.

 

 

Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal, pelvis termasuk paps smear, ultrasound dan ujian darah bagi menentukan punca pendarahan secara lebih tepat.

 

Saya juga mencadang beberapa suplemen seperti viatmin c dan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM untuk membantu membaiki kitaran haid.

 

Sila rujuk di :  https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top