Lelaki Gugur Rambut Awal mudah kena Kanser Prostat

hair loss

 

Masalah rambut gugur  pada usia awal 20an boleh dikaitkan dengan penyakit kanser prostat.

 

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Philippe Giraud, dari Hospital European Georges Pompidon di Paris pada tahun 2004, mendapati lelaki yang mengalami tanda keguguran rambut pada usia 20 lebih mudah mengidap masalah  kanser prostat, berbanding dengan lelaki yang mengalami keguguran rambutnya pada usia 30-an atau 40-an.

 

Ini kerana keguguran rambut dikaitkan dengan masalah hormone lelaki androgen yang terlalu banyak, sehingga boleh merangsangkan  kanser prostat.

 

Hasil penyelidikan dipersetujui oleh Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City Amerika Syarikat.

 

Selain dari masalah keguguran rambut, kanser prostat juga dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan. Ini bermakna lelaki yang mempunyai bapa saudara, bapa atau abang yang disahkan kanser prostat adalah 2.5 hingga tiga kali lebih berisiko alami kanser prostat berbanding lelaki yang tiada saudara yang mempunyai masalah yang sama.

 

Jadi cara terbaik lelaki yang mempunyai masalah keguguran rambut di usia lewat 20 atau awal 30an dan mempunyai sejarah keturunan yang mempunyai kanser prostat harus melakukan pemeriksaan doctor seawal umur 30an.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

error: Content is protected !!