Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Lelaki botak dikaitkan dengan penyakit prostate kanser

Lelaki botak dikaitkan dengan penyakit prostate kanser

LELAKI  BOTAK DIKAITKAN DENGAN PENYAKIT KANSER PROSTATE

 

GAMBAR HIASAN

GAMBAR HIASAN

“Salam doctor. Benarkan lelaki yang botak senang mendapat penyakit kanser prostate? Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ya, benar.  Lelaki yang mempunyai corak kebotakan yang tertentu mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser prostat yang agresif berbanding dengan lelaki yang tidak botak. Ini bedasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini.

 

Namun kajian ini hanya menunjukkan kaitan (association) dan bukan penyebab (causative). Ini kebotakan di kalangan lelaki bukanlah penyebab penyakit kanser tetapi lelaki yang botak selalunya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit itu.

 

Kebotakan di kalangan lelaki mempunyai pelbagai corak. Ia bermula dengan keguguran rambut yang bermula apabila garis rambut hadapan dan secara perlahan-lahan menuju ke belakang. Ada corak yang lain bermula di bahagian atas belakang kepala, yang menyebabkan kebotakan berlaku di tengah-tengah kepala.

 

Kebotakan ini berlaku akibat pendedahan kulit sepanjang hayat terhadap hormone testosterone.

 

Dalam pada masa yang sama testosteron juga mendorong seorang lelaki mendapat penyakit kanser prostat, dan boleh menjelaskan kajian sebelum ini yang mengkaitkan corak kebotakan lelaki dengan penyakit ini.

 

Satu kajian yang dilakukan oleh Dr Michael Cook di Jabatan Epidemiologi Kanser dan Genetik di Institut Kebangsaan Kancer Amerika Syarikat dan kajian ini diterbitkan dalam pada 15 September 2014 dalam Journal of Clinical Oncology.

 

Para penyelidik memantau 40,000 orang di Amerika Syarikat yang mendaftar dalam kajian itu antara tahun 1993 dan 2001, dan berumur antara 55 dan 74 tahun.

 

Kesimpulan yang dapat dilakukan dalam kajian itu ialah lelaki yang mempunyai corak kebotakan lelaki di sekitar belakang kepala, (botak di tengah kepala) mempunyai kecenderungan untuk mendapat penyakit kanser prostat yang agresif berbanding lelaki yang tidak botak.

 

Oleh itu saintis menyarakan kepada para doctor agar memberi lebih perhatian kepada pesakit mereka yang mempunyai kebotakan jenis ini dalam usia mereka 40an.

 

Bagi lelaki yang mengalami masalah ketegangan zakar ketika melakukan hubungan seksual dengan isteri, saya mencadangkan mengamalkan suplemen Ezerex. Info lanjut di https://www.facebook.com/ezerexmalaysia.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: