Advertorial
Home » Advertorial » Lelaki 35 Tahun Ke Atas Memerlukan Proxeed Plus Untuk Sperma Berkualiti

Lelaki 35 Tahun Ke Atas Memerlukan Proxeed Plus Untuk Sperma Berkualiti

 

Proxeed Plus

Ramai beranggapan bahawa semakin berusia seorang lelaki, kesuburan mereka tetap kekal tinggi berbanding dengan wanita yang semakin meningkat usia, tahap kesuburan akan berkurangan.

Mereka beranggapan juga bahawa kesuburan lelaki tidak dipengaruhi oleh umur. Ini disokong oleh fenomena dalam masyarakat kita bahawa lelaki yang lanjut usia masih boleh menghamilkan isteri (atau isteri-isteri) mereka.

Adakah anggapan ini dapat diterima?

Satu kajian yang telah dijalankan di Universiti Soroka, Israel mendapati bahawa:

  • dari segi kuantiti sperma, tahap kemuncak adalah sekitar umur 30-35 tahun. Kuantiti sperma ini didapati pada peringkat yang paling rendah setelah berumur 55 tahun.
  • dari segi kualiti sperma, iaitu daya gerak sperma(motiliti), tahap kemuncak adalah 25 tahun kebawah. Golongan yang berumur 55 tahun keatas berada pada tahap kualiti sperma yang paling rendah. Dari umur 35-55 tahun, kualiti atau daya gerak sperma merosot agak drastik iaitu 54%.

Dalam suatu kajian yang lain yang dijalankan di Lawrence Livermore National Laboratory, University of California, mereka mendapati bahawa gangguan genetik pada sperma meningkat apabila umur meningkat dan seterusnya memberi kesan kepada kesuburan.

Selain itu, ia juga terdedah kepada risiko keguguran dan kecacatan fetus.

Oleh itu bagi lelaki yang berkahwin agak lewat (selepas 35 tahun) atau lelaki yang belum dikurniakan zuriat selepas berumur 35 tahun, saya mencadangkan mereka mengambil suplemen untuk meningkatkan kualiti sperma mereka.

testimoni proxeed

Antara nutrisi dalam pemakanan tambahan yang mampu memperbaiki masalah ini ialah nutrisi seperti  L-carnitine, acetyl-carnitine, Vitamin C, coenzyme Q10, dan Vitamin B12.

(rujuk: Sharma RK, Agarwal A. “Role of reactive oxygen species in male infertility”. Urology. 1996 Dec;48(6):835-850)

Oleh itu sebarang nutrisi tambahan yang ingin diambil haruslah mempunyai senarai nutrisi-nutrisi tersebut. Berbincanglah dengan doktor yang merawat.

Walaubagaimanapun, saya mendapati bahawa produk kesihatan seperti ProXeed® Plus mengandungi semua nutrisi yang diperlukan dan dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma daripada kerosakan yang disebabkan oleh kandungan ROS yang tinggi, dan secara tidak langsung meningkatkan kesuburan lelaki.

https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

ProXeed® Plus mengandungi L-carnitine (fumarate), Acetyl-L-carnitine, Fructose, Citric acid, Selenium, Coenzyme Q10¸,Vitamin C, Zinc, Folic acid dan Vitamin B12 ,

L-Carnitine & Acetyl-L-carnitine memainkan peranan utama dalam proses metabolism bagi membekalkan tenaga bagi sperma untuk bergerak. Banyak kajian mendapati bahawa carnitines secara spesifiknya memberikan kesan baik untuk pergerakan, bentuknya, kepekatan dan bilangannya dalam air mani.  L-carnitine dan Acetyl-L-carnitine juga melindungi sperma dari kerosakan akibat serangan ROS.

Fructose adalah gula ringkas yang membekalkan tenaga kepada sperma untuk bergerak.

Citric Acid juga terlibat dalam penghasilan tenaga.

Vitamin B12 pula terlibat dalam proses kematangan sperma dan pembentukan DNA di dalamnya.

Selenium adalah bahan antioxidant yang baik dan sangat penting bagi pembentukan ‘ekor’ sperma untuk pergerakannya. Kekurangan selenium akan menyebabkan sperma tidak bergerak dengan baik.

Coenzyme Q10 juga merupakan bahan antioxidant dan dan penggalak bagi proses pengeluaran  tenaga. Oleh itu ia sangat penting memastikan sperma dapat bergerak/berenang dengan baik untuk sampai ke telur ovum.

Vitamin C juga bahan antioxidant yang penting dalam air mani dan melindungi sperma dari kecederaan disebabkan oleh ROS.

Zinc penting bagi pembentukan air mani. Lelaki yang kekurangan zinc akan mengalami air mani yang cair.

Folic Acid penting bagi pembentukan air mani. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa gabungan zinc dan folic acid dapat memperbaiki kualiti sperma.

Oleh itu saya amat mencadangkan kepada suami yang telah menjalankan pemeriksaan air mani dengan doktor dan mendapati mereka mengalami masalah dengan kualiti dan kuantiti sperma, untuk menggunakan dan mengamalkan ProXeed® Plus selama sekurang-kurangnya tiga bulan, kerana setakat ini dalam perubatan moden tiada ubat yang khas untuk merawat ketidaksuburan lelaki.

Boleh dapatkan produk ini di:

https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!