Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Lebam selepas suntikan

Lebam selepas suntikan

buttocks

 

“Assalamualaikum Dr, Semasa sy mengandung anak kedua saya mengalami masalah kurang darah. Seminggu sebelum bersalin hb saya hanya 9 sahaja. Kemudian doktor mengarahkan saya agar mengambil suntikan. Tetapi setelah setahun tempat suntikan saya masih lebam dan sakit. Saya risau jika ada kesan jangka masa panjang.  Saya harap dr dapat menjawab masalah saya”

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad

Wa alaikum mus salam

 

Semasa suntikan itu, berkemungkinan jarum telah menembusi saluran darah yang kecil sehingga menyebabkan pendarah di bawah kulit.

 

Pengumpulan darah yang banyak akan menyebabkan kulit kelihatan lebam, dan adakalanya menyebabkan rasa sakit.

 

Dalam masa sehari boleh dituamkan dengan ketukan ais yang dibalut dengan tuala nipis. Ini bertujuan menghentikan pendarahan.

 

Beberapa hari sebelum berlakunya lebam, puan boleh tuankan dengan air hangat bagi merangsangkan pemecahan darah beku.

 

Jangan urut di bahagian itu kerana pendarahan boleh berulang.

 

Lebam akibat pendarahan yang sedikit akan hilang dalam masa 14 hari.

 

Jika puan mengalami hal seperti berikut, harus berjumpa doctor.

  1. Mengalami demam
  2. Terlalu sakit sehingga tidak boleh menggerakkan kaki
  3. Darah beku telah menjadi nanah
  4. Bahagian yang lebam terlalu besar

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: