Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Lapisan Endometrium dalam Rahem Menebal

Lapisan Endometrium dalam Rahem Menebal

 

thick endomet

 

 

As salam mu alaikum doktor, saya baru melakukan proses D&C yang pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu. Namun begitu setelah 2 minggu darah masih keluar dan doctor telah melakukan D&C untuk kali ke 2 kerana doktor beritahu ada darah beku tidak keluar. Seminggu selepas itu saya datang untuk melakukan pemeriksaan ultrasound tapi doktor memberitahu bahawa rahem saya masih tebal. Apakah risiko yang akan saya hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim?

 

 

Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam..

 

Saya tertanya-tanya berapa ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang puan maksudkan.

 

Ini kerana ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang normal setebal 6.7 millimeter. Selepas darah haid berhenti, proses penebalan berlaku secara perlaha-lahan dan mencapai ketebalan maksima semasa ovulasi.  Ketika ini lapisan endometrium akan menjadi tebal, bagi tujuan lekatan atau menanam benih yang terhasil dari persenyawaan sperma dan ovum.

 

 

Jika tiada lekatan ini, lapisan endometrium akan luluh dan jatuh sebagai darah haid. Dan proses penebalan lapisan ini bermula semula selepas darah haid berhenti disebabkan kesan hormone wanita dalam tubuh.

 

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, lapisan endometrium ini tidak mampu menebal dan kekal dalam keadaan tipis, dan menyebabkan haid tidak dating pada jangka masa yang lama dan akhirnya menyebabkan kitaran haid menjadi tidak menentu. Lapisan endometrium yang menipis akan menyebabkan ketidaksuburan dan sukar untuk hamil.

 

 

Begitu juga halnya, apabila seorang wanita mengalami fasa menopause dan mengalami kepekatan hormone yang rendah, lapisan ini menjadi nipis sehinggakan tiada lagi lapisan endometrium akan akan jatuh sebagai darah haid.

 

 

Bagi wanita yang masih muda, lapisan endometrium yang tebal, secara amnya bermakna mereka sedang berada dalam keadaan subur.

 

 

Namun bagi wanita yang sudah mengalami menopause, lapisan endometrium yang tebal MUNGKIN adalah tanda-tanda beliau mengalami penyakit yang bahaya, iaitu kanser rahem (endometrial cancer).

 

 

Dalam hal ini, doctor selalunya akan melakukan biopsy bagi memastikan lapisan endometrium yang tebal itu bukan disebabkan oleh kanser.

 

 

Oleh itu bagi wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan agar menghentikan pengambilan rawatan Pil Penggantian Hormon (Hormone Replacement Therapies) dan pil-pil hormone yang lain termasuk Pil Perancang Kehamilan.

 

 

Walau bagaimana pun jika seorang wanita disahkan mengalami kanser rahem (endometrial cancer) pada peringkat awal,  rawatan dapat diberikan dengan sempurna. Namun jika kanser itu telah merebak keluar dari kawasan pelvis, rawatan sukar diberikan dan berkemungkinan gagal.

 

 

Bagi wanita yang muda, biasanya mengalami ‘ketebalan rahem’ disebabkan oleh berat badan berlebihan (obesity) dan ketumbuhan pada kelenjar ovary.

 

 

Jadi saya menasihatkan kepada wanita yang telah menjalani pemeriksaan ultrasound dan diberitahu mengalami lapisan endometrium dalam rahem yang tebal, agar segera berbincang dengan doctor yang merawat.

 

 

Wallhu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

2 comments

  1. ASsalam doktor…seminggu selepas period saya melakukan hubungan bersama suami (hari ke-14 selepas period pertama)..beberapa jam selepas bersama suami saya dapati ada cairan berserta darah keluar di vigina saya.darah tu berwarna merah cair….hampir basah panties saya.saya nak tnya doktor adakah itu darah period ataupn darah penyakit..sbb selama ini period saya teratur..harap doktor dapat membantu…
    terima kasih…

    • ASsalam doktor…seminggu selepas period saya melakukan hubungan bersama suami (hari ke-14 selepas period pertama)..beberapa jam selepas bersama suami saya dapati ada cairan berserta darah keluar di vigina saya.darah tu berwarna merah cair….hampir basah panties saya.saya nak tnya doktor adakah itu darah period ataupn darah penyakit..sbb selama ini period saya teratur..harap doktor dapat membantu…
      terima kasih…

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Cara terbaik ialah puan melakukan Pap smear di mana-mana klinik. Ini disebabkan adakalanya pendarahan selepas hubungan intim suami dan isteri boleh disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti tanda-tanda awal kanser pangkal rahem. Ia mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman di pangkal rahem. Oleh itu pemeriksaan pap smear sangat penting bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas hubungan intim suami dan isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!