Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » LAPAN SEBAB BIASA MENGAPA KITA RASA SEJUK BERBANDING ORANG LAIN

LAPAN SEBAB BIASA MENGAPA KITA RASA SEJUK BERBANDING ORANG LAIN

 

LAPAN SEBAB BIASA MENGAPA KITA RASA SEJUK BERBANDING ORANG LAIN

 

1. ANDA SEORANG PEREMPUAN

Selalunya ramai yang selalu tak tahan sejuk ni adalah di kalangan perempuan. Secara umumnya orang lelaki akan berasa selesa pada suhu 22 darjah Celsius. Manakala orang perempuan pula pada suhu 24.8 darjah Celsius untuk berada dalam keadaan yang sama.

 

2. ANDA TERLALU KURUS

Kalau kurang berat badan, (BMI lebih kurang 18.5 atau kurang) mempunyai lapisan lemak yang kurang untuk membaluti tubuh. Mereka mudah berasa sejuk.

 

3. ANDA TAK CUKUP TIDUR

Dalam satu kajian Sleep Journal menunjukkan jika seseorang tidak tidur satu malam saja, tubuh anda akan lebih mudah kehilangan haba.

 

4. ANDA KEKURANGAN ZAT BESI

Mereka yang mengambil makanan tinggi zat besi seperti daging, telur, sayuran hijau dan makanan laut dalam diet harian mempunyai kerana zat besi yang cukup untuk bekerja mengangkut oksigen ke seluruh tubuh dan membawa nutrien serta haba ke setiap sel dalam sistem tubuh.

 

5. ANDA KURANG MINUM AIR

Masalah dehidrasi juga mungkin boleh menjadi sebab kenapa badan kita mudah berasa sejuk.

Air yang mencukupi membantu melancarkan metabolisme di samping memastikan suhu badan berada pada kadar yang optimum.

 

6. ADA MASALAH TIROID

Pesakit yang mengalami masalah hypothyroid mempunyai kadar metabolisme menjadi perlahan dan seterusnya melambatkan tubuh menghasilkan haba yang cukup. Masalah ini mudah berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak dan berumur 60 tahun ke atas.

 

7. KURANG VITAMIN B12

Vitamin B12 juga penting kerana kekurangannya boleh menyebabkan anemia, kurang darah merah lalu menjadikan seseorang sentiasa berasa sejuk. Vitamin B12 ini banyak terdapat dalam daging, ikan serta produk tenusu.

 

8. MASALAH PEREDARAN DARAH

Masalah peredaran darah atau berlaku disebabkan merokok, tekanan darah tinggi, dan juga tekanan darah rendah, masalah diabetes atau usia yang semakin tua. Ianya berlaku apabila arteri menjadi sempit atau tersumbat lalu menghalang peredaran darah berlaku dengan normal.

Selain itu, pesakit berasa kejang atau cramp pada kaki dan tangan.

 

BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN SEKIRANYA PERLU

Berasa sejuk biasanya bukanlah sesuatu yang kronik. Jadi pakailah pakaian yang selesa untuk membantu kita berasa selesa.

Tapi kalau kita sering rasa sejuk berbanding orang lain dalam bilik yang sama, eloklah kita buat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui puncanya dengan lebih mendalam.

Semoga bermanfaat.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: