Advertorial
Home » Diet Sihat » LAPAN KHASIAT BADAM UNTUK SIHAT

LAPAN KHASIAT BADAM UNTUK SIHAT

LAPAN KHASIAT BADAM UNTUK SIHAT

 

 

Ramai yang mengenali biji kacang almond berbanding dengan biji kacang badam. Ini kerana kita tidak banyak penulisan yang memperkatakan kebaikan biji kacang badam berbanding dengan penulisan barat yang menceritakan kebaikan biji kacang almond.

 

Kacang badam adalah salah satu kacang yang mempunyai pelbagai nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ia telah diamalkan dari zaman silam lagi.

 

Menurut kajian nutrisi, segenggam biji badam sangat bagus diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi nutrisi seperti protein, lemak sihat tidak tepu, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, biotin, riboflavin, niacin, zat besi, vitamin E tocopherol dan banyak lagi. Ia dikatkan sebagai kudapan yang tinggi bahan antioksida.

 

Biji kacang badam yang dipanggang boleh dimakan begitu saja, atau ia dikisar untuk dijadikan serbuk bagi untuk masakan atau minuman. Kandungan lemak sihat didalamnya sangat baik untuk kesihatan kerana 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu.

 

Jadi ia sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

 

  1. Merendahkan Risiko Darah Tinggi Dan Serangan Jantung

 

Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan biji kacang badam mempunyai kandungan asid folik yang dipercayai dapat menurunkan paras homocystein yang boleh menyebabkan pemendakan kolestrol dalam saluran darah sehingga menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Jadi ia mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

 

  1. Mengawal Berat Badan

 

Kajian menunjukkan asid lemak tidak tepu yang terdapat dalam biji kacang badam mampu membantu mengurangkan selera dan ini akan mencegah makan berlebihan. Dengan mengambil biji kacang badam sebagai kudapan setiap hari, atau minum susu badam, ini membantu mengawal selera makan yang berlebihan.

 

  1. Menguatkan Ingatan

 

Biji kacang badam adalah sumber nutrisi yang kaya dengan minyak tidak tepu omega 3 yang sangat membantu dalam perkembangan otak anak-anak. Ia diberikan anak-anak yang belajar menghafaz al Quran bertujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan. Ia adalah kudapan yang terbaik untuk anak-anak kita.

 

  1. Membantu Menghalang Kereputan Tulang

 

Biji kacang badam mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Bagi mereka yang mengalami alahan protein dalam susu, susu badam mambantu menjadi alternative bagi mendapatkan sumber protein. Kalsium sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghalang osteoporosis malah, ia merendahkan risiko kanser kolon dan rektum.

 

  1. Menghalang Pembentukan Batu Karang

 

Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan segenggam biji kacang badam (lebih kurang 30gm badam) dalam seminggu dapat mengalami penurunan 25% risiko pembentukan batu karang. Namun jangan lupa mengamalkan minum air kosong bagi mencegah mendakan mineral kalsium dalam ginjal dan pundi kencing.

 

  1. Melancarkan Peredaran Darah

 

Biji kacang badam mempunyai vitamin dan mineral yang membantu melancarkan peredaran darah, dan sekali gus menjadikan kita lebih sihat.

 

  1. Mengelakkan Kecacatan Kepada Bayi

 

Wanita hamil sangat digalakkan mengamalkan biji kacang badam kerana ia mengandungi asid folik dan folate yang tinggi, membantu mengelakkan dari kecacatan pada bayi dalam rahem.

 

  1. Badam Mencantikkan Kulit

 

Minyak kacang badam juga bagus jika disapukan pada muka kulit bagi memperbaiki kecerahan kulit, membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap jika digosokkan di kulit. Ia juga bagus sebagai rawatan bagi kulit yang terbakar, selain menggunkan minyak zaitun.

 

Semoga bermanfaat.

 

Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan Dalucia Almond Milk Vanilla Powder produk keluaran tempatan yang berkualiti.

Klik di sini

DALUCIA ALMOND MILK POWDER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: