Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Lama tidak datang haid

Lama tidak datang haid

negatice

 

As salam mu alaikum Dr Zubaidi.

Saya selalu baca penulisan Dr tentng kehamilan dan saya ingin bertanya.

Saya mengalami haid pada 13.12.12, masalahnya sehingga sekarang haid saya belum dating. Saya selalu sakit perut dan kadang rasa berdenyut, kadang di sebelah kiri, kadang belah kanan. Saya telah melakukan ujian UPT dan negatif. Saya pernah ke klinik, dan saya diberi pil hormone, tetapi masih juga belum dating haid. Saya risau kalau ada pnyakit lain yg saya tak tahu dan akan terlambat.  Doktor pernah membuat pemeriksaan ultrasound dan mengatakan bahawa rahim saya elok n cantik. Mohon nasihat.

 

Dr Zubaidi Hj Ahmad :  Wa alaikum mus salam. Saya boleh simpulkan bahawa:

1. Puan tidak datang haid hampir 14 minggu.

2.Ujian UPT telah dilakukan dan keputusannya negatif.

3.Doktor telah memberikan ubat hormon tetapi masih tidak datang haid.

4.Doktor telah melakukan scan dan memberitahu tidak hamil.

 

Jika puan telah disahkan TIDAK HAMIL melalui pemeriksaan scan dan ujian UPT, maka saya berpendapat puan mengalami ketidakseimbangan hormon yang agak kuat kerana pil hormon yang diberikan oleh doktor tidak memberikan kesan.

 

Cara terbaik puan menjalani pemeriksaan hormon di mana-mana klinik kesuburan. Jika puan belum bersedia, puan boleh menggunakan ekstrak kacip fatimah.

 

Bergantung kepada umur dan stress yang dialami oleh seseorang wanita, gangguan ketidakseimbangan hormon biasa berlaku. Ekstrak Kacip fatimah adalah suplemen herba yang semulajadi yang sesuai untuk tubuh wanita.

 

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

5 comments

  1. Assalamualaikum Doktor,

    Saya ingin meminta nasihat doktor.saya sudah 6 bulan tidak datang bulan selepas mengambil suntikan depo(suntikan cegah kehamilan) adakah ini normal?

    • Saya ingin meminta nasihat doktor.saya sudah 6 bulan tidak datang bulan selepas mengambil suntikan depo(suntikan cegah kehamilan) adakah ini normal?

      Dr Zubaidi: Salah satu kesan sampingan suntikan perancang keluarga ialah gangguan kitaran haid. Ia adalah tidak normal.

  2. Salam dr,sy pernah mengambil suntikan depo,selama mengambil xdtg haid,sempat ambil 2suntikan,n stop ats nasihat dr, 28.11.12 ptt sy ambil tp xambil,msalahnye skrg smpai skrg sy masih xdtg bulan.. Klu bersama suami,adakah sy masih berisiko utk hamil? Atau sy mmg xsubur?

    • Salam dr,sy pernah mengambil suntikan depo,selama mengambil xdtg haid,sempat ambil 2suntikan,n stop ats nasihat dr, 28.11.12 ptt sy ambil tp xambil,msalahnye skrg smpai skrg sy masih xdtg bulan.. Klu bersama suami,adakah sy masih berisiko utk hamil? Atau sy mmg xsubur?

      Dr Zubaidi: Keberkesanan suntikan perancangan keluarga selalunya selama 2 bulan dan ada yang 3 bulan, bergantung kepada jenis suntikan. Puan tidak datang haid sekrang adalah akibat kesan sampingan dari suntikan itu.

  3. Salam Dr. Zubaidi,

    Isteri saya sudah tidak datang haid bermula 17.2.13 sehingga sekarang. isteri saya telah membuat ujian UPT sebanyak 3 kali dan ianya negatif. Tetapi pada pagi semalam 10.4.13 isteri saya telah membuat ujian UPT sekali lagi dan ianya positif. Setelah dirujuk kepada doctor di klinik dan telah membuat scan malangnya tidak ada sebarang imej didalam rahim isteri. Jika kehamilan pada minggu ke-7 sepatutnya sudah ada embrio dan jantung telah berdenyut. Mengikut penjelasan doctor kemungkinan hormon isteri saya terlalu tinggi menyebabkan keputusan UPT positif atau kehamilan di luar rahim. isteri saya pernah keguguran sekali pada 26.10.11. Mohon nasihat.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: