“Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya memasuki 45 tahun, dan sedikit obese. Saya juga mempunyai masalah diabetes dan kandungan kolestrole yang tinggi. Saya ingin melakukan senaman berjogging. Apa nasihat doktor? Terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Saya menasihatkan agar saudara mulakan dengan senaman berjalan kaki dulu.
Berjalan adalah lebih mudah tetapi sangat bermanfaat. Ia boleh membantu saudara mengurangkan berat badan, mengurangkan tahap kolesterol, menguatkan tulang, mengurangkan tekanan darah dan merendahkan kandungan gula dalam darah.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berjalan dan aktiviti fizikal ringan yang lain boleh meningkatkan daya ingatan dan menghindari penyakit nyanyuk.
Apa yang saudara perlukan adalah sepasang kasut sukan yang sesuai. Mulakan dengan berjalan selama kira-kira 10-15 minit pada satu masa. Dari masa ke masa, saudara boleh meningkatkan masa dan jarak berjalan lebih jauh dan lebih cepat sehingga saudara boleh berjalan selama 30 tanpa rasa semput dan sakit kaki. Lakukan senaman ini beberapa hari dalam seminggu.
Kemudian apabila saudara sudah terbiasa dengan senaman ini, barulah memulakan senaman berjogging untuk jarak dan masa yang pendek dulu, dan kemudian menambah masa dan jarak secara perlahan-lahan.
Ini bagi mengelakkan jantung saudara dari mengalami penyakit serangan jantung secara tiba-tiba.
Dari pengalaman saya, ramai lelaki yang terus memulakan senaman berjogging atau bermain bola atau futsal, setelah bertahun-tahun tidak melakukan sebarang senaman. Ada yang pengsan dan ada yang tidak dapat diselamatkan.
Wallahu a’lam.
Bagi lelaki yang ingin menambahkan stamina dalam bersukan, saya mencadangkan mengamalkan Ekstrak Tongkat Ali keluaran UTM. Info di https://www.facebook.com/EkstrakTongkatAli