Advertorial
Home » VCO » kulit kepala berminyak, hujung rambut kering

kulit kepala berminyak, hujung rambut kering

KULIT KEPALA BERMINYAK, HUJUNG RAMBUT KERING
 
“Salam doktor. Saya mengalami masalah rambut berminyak, terutama pada kulit kepala.Yang menghairankan saya ialah di hujung rambut pula kering. Ini menyebabkan rambut saya bercabang dan kering di hujungnya. Apa nasihat doktor?”
 
 
Waalaikummussalam.
 
 
Kulit kepala dan rambut kita mengelurkan minyak secara semula jadi. Di anggarkan sebanyak 2-4 gram minyak (sebum) yang dikeluarkan setiap hari. Secara perbandingannya ia menyamai satu sudu teh minyak masak.
 
Masalah yang biasa berlaku ialah apabila minyak yang dihasilkan ini tidak disebarkan secara rata, sehinggakan minyak terkumpul di akar rambut sementara hujung rambut menjadi kering.
 
 
Puan boleh menyikat (menyisir) helaian rambut puan dengan menggunakan sikat yang lembut berkali-kali. Ini akan membantu meinyak disevarkan secara rata ke seluruhan helaian rambut.
 
 
Jika terdapat banyak minyak di kulit kepala, boleh gunakan tuala yang kering dan bersih, lapkan (menggosokkan) pada kulit kepala supaya minyak diserapkan pada tuala itu.
 
 
Jangan terlalu kerap menshampoo rambut (bertujuan untuk menghilangkan minyak), ini akan menyebabkan rambut lebih rosak.
 
 
Walau bagaimana pun minyak yang berlebihan pada kulit kepala, haruslah dibersihkan dengan menshampoo sebanyak 2-3 kali seminggu bergantung kepada jumlah minyak yang ada. Jika tidak kulit kepala yang mudah memberikan bau yang yang kurang menyenangkan, terutama pada wanita yang bertudung sepanjang hari.
 
 
Selepas menshampoo rambut dan kulit kepala, gunakan minyak kelapa dara untuk merawat semula helaian rambut dengan menggosok keluit kepala dan helaian rambut setelah dibersihkan.
 
Lama kelamaan masalah kulit kepala berminyak dan helaian rambut yang kering ini (akibat taburan minyak yg tidak sekata ini) dapat diatasi.
 
 
Boleh dapatkan minyak kelapa dara keluaran IBD, UTM di kedai online kami. Klik http://needsvenue.com.my/ProductWeb.aspx?sq=35706370-1b79-4b15-8d36-c87c1a0960f5
Semoga bermanfaat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!