Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Fiqh Perubatan » Kitaran Haids : Fisiologi dan Syariah

Kitaran Haids : Fisiologi dan Syariah

“Segala puji Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya”

 

Doktor merangkap ustaz?

Saya tidak menyangka tugas saya sebagai doktor juga berhadapan dengan persoalan-persoalan syariah yang diajukan oleh pesakit. Kebanyakan pesakit wanita yang bertanya masalah kitaran haids mereka.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu puan-puan dan saudari-saudari bahawa saya hanya memetik beberapa perenggan kata-kata ulamak mengenai haids. Saya tidak dapat menyertakan nas-nas yang lebih tepat (al quran dan hadis). Jadi jika masih ragu-ragu mengenai haids silalah bertanyakan ulamak yang berhampiran dengan tempat tinggal puan.

Namun tujuan saya menulis artikel ini agar para pembaca dapat memahami haids dari sudut fisiologi dan mengaitkannya dengan kaedah syariah.

 

Pendarahan haids tidak sama dengan kitaran haids

Pembaca haruslah memahami penggunaan dua perkataan yang hampir sama tetapi berbeza iaitu Pendarahan Haids (menstruation) dengan Kitaran Haids (Menstrual Cycle)

Pendarahan haids, disebut “menstruation” adalah sebahagian dari kitaran haids (menstrual cycles). Maka hari pertama pendarahan haids adalah hari pertama bagi kitaran haids.

Pendarahan haids ditakrifkan sebagai ”darah yang keluar dari faraj (vagina) datang pada setiap bulan”.

Namun dari segi fisiologi, ianya ditakrif sebagai keluar darah yang berasal dari lapisan endometrium dari rahem wanita berlaku pada setiap bulan dalam usia yang masih subur (reproductive-age).

Kitaran haids biasanya bermula pada umur 9 tahun sehingga peringkat putus haids (menopause) sekitar umur 55 tahun.

Dalam syariah ini menandakan seorang kanak-kanak perempuan itu sudah akhil baligh dan harus melaksanakan perintah solat dan puasa, sementara dari segi fisiologinya, ianya menandakan kanak-kanak itu mula menjadi wanita sempurna dan telah sedia untuk menjalani proses penghamilan.

Mengikut kefahaman syariah saya, pendarahan dari faraj bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari 9 tahun tidak dikira sebagai pendarahan haids.

 

Sifat darah haids

Puratanya kehilangan darah akibat pendarahan haids antara 10-80 mL. Darah yang keluar boleh saja berwarna merah, kuning atau coklat. Kecuali jika pad wanita yang diletakkan di bahagian kemaluan kelihatan bersih dan putih tanpa tompokan darah, maka wanita itu dikatakan telah habis masa pendarahan haids.

Ramai juga wanita yang menyedari terdapat kupingan tisu bercampur dengan darah haids mereka. Ianya adalah normal akibat keluarnya lapisan tisu endometrium bersama dengan darah haids.

Ada juga wanita yang bertanya mengapa darah haids mereka berketul-ketul? Sebenarnya darah haids biasanya cair, kerana terdapat enzim plasmin yang berada dalam rahem yang menghalang pembekuan darah.

Tanpa pembekuan darah, darah haids yang cair dapat keluar dari lubang pangkal rahem (cervix) yang sempit itu. Jika berlakunya pendarahan haids sehingga darah itu membeku dan berketul-ketul, bermakna penadarah haids terlalu banyak dan mungkin tidak berlaku secara normal.

Ini akan menyebabkan kekurangan darah merah dan haemoglobin, memerlukan diet zat besi (iron) yang tinggi. Maha Suci Allah yang mengaturkan kehidupan yang sempurna untuk hamba-hambaNYA.

Pendarahan haids yang berketul-ketul adalah pendarahan haids yang tidak normal akibat pendarahan yang agak banyak keluar dari rahem. Enzim plasmin tidak sempat untuk mencairkan darah itu, maka ianya keluar secara berketul-ketul.

 

Darah haids atau istihadhah?

Pendarahan haids tidak mungkin berlaku ketika kehamilan. Maka jika keduanya berlaku pada masa yang sama, ianya mustahil. Sebagai contoh, seorang yang disahkan hamil, maka darah yang keluar itu bukannya darah haids.  Begitu juga jika seseorang itu sedang mengalami pendarahan haids, wanita itu mustahil untuk hamil.

Darah yang keluar itu adalah darah yang disebabkan masalah kesihatan (penyakit), seperti tanda-tanda keguguran atau tanda kehamilan luar rahem.

Begitu juga darah yang keluar untuk beberapa hari selepas proses kelahiran bayi. Ianya bukan darah haids, ia disebut oleh syariah sebagai darah nifas.

Bagi wanita yang telah disahkan putus haids atau  menopause, darah yang keluar dari faraj merka adalah bukan darah haids, ianya dikira darah istihadha. Ianya mungkin disebabkan penyakit yang merbahaya seperti kanser pangkal rahem (cervical cancer) atau kanser rahem (endometrial cancer).

Bagi wanita yang belum menopause, darah istihadhah boleh disebabkan oleh keadaan yang dinamakan “Dysfunction Uterine Bleeding”.

Ianya berlaku disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak seimbang, selalunya berlaku di usia 40an sebelum menopause dan kitaran haids mereka tidak menghasilkan benih wanita (ovum), dinamakan “anovulatory cycle” . Keluarnya darah istihadha begini haruslah dirujukkan para pakar perubatan atau gynaecologist.

Darah yang bukannya darah haids dalam syariah dinamakan sebagai darah  istihadhah. Dalam perubatan keadaan ini dinamakan sebagai Metrorrhagia iaitu apabila rahem mengeluarkan darah pada jangka waktu yang tidak tetap di antara dua kitaran haids. 

 

Berapa lama pendarahan haids?

Pendarahan haids biasanya berlaku antara 3 hingga 7 hari, malah ada yang berlaku sehingga 10 hari. Setiap wanita mempunyai kitar haids yang berbeza.

Maka ada yang wanita yang tidak mengalami pendarahan haids selama 6 bulan, dan apabila ianya berlaku, pendarahan berlautan sehingga beberapa minggu pula.

Mengapa perlunya mengetahui masalah pendarahan haids ini? Dari segi perubatan, pendarahan haids adalah normal dan berlaku pada wanita yang subur. Sementara darah yang bukan haids (istihadhah) adalah adalah yang menunjukkkan tanda-tanda awal penyakit dan perlu mendapat nasihat doktor.

Dari segi syariah pula, waktu pendarahan haids adalah waktu di mana wanita muslim tidak dibenarkan bersolat dan berpuasa. Pendarahan istihadah pula tidak membebaskan merka dari kewajipan berpuasa dan bersolat. Maka wanita muslim harus membezakan sama ada darah yang keluar dari farajnya adalah darah haids atau isthihadhah.

 

Bagaimana membezakan darah haids atau istihadhah?

Mengikut kefahaman syariah saya, pendarahan haids biasanya berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari dan tiga malam. Maka jika ianya berlaku kurang dari itu, ianya dinamakan darah istihadhah.

Sebagai contoh seorang wanita yang keluar darah dari farajnya pada pagi isnin. Jika ianya pendarahan haids, pendarahan itu berlaku sepanjang hari isnin dan malamnya, bersambung sepanjang selasa dan malamnya dan bersambung sepanjang rabu dan malamnya dan berakhir pada hari khamis pagi. Jika kurang dari 3 hari dan tiga malam ianya bukanlah darah haids.

Ada ulamak yang mengatakan panjangnya masa pendarahan haids antara 3 hari sehingga 10 hari. Ada juga yang mengatakan dua minggu (14 hari). Untuk ini pembaca haruslah merujuk kepada ulama.

 

Pendarahan haids yang tidak teratur

Menurut Sheikh ‘Abd al Azeez ibn Baaz, “pendarahan haids boleh berlaku dan bertukar dari lima hari kepada lapan hari atau sepuluh atau tujuh, tidak ada masalah dengan pendarahan haids itu. Jika berlaku perubahan pendarahan haids seperti ini , wanita itu tidak seharusnya bersolat dan berpuasa.

Pendarahan haids ini mungkin berubah menjadi pendek. Mungkin pendarahan haids itu menjadi pendek dari  tujuh hari kepada lima hari..

Atau ianya menjadi panjang, mungkin dari lima hari kepada sepuluh hari. Maka wanita itu tidak harus bersolat dan berpuasa sehingga hari kelima belas. Jika ianya melebihi lima belas hari, kebanyakan ulamak berpendapat darah itu adalah darah istihadhah (bukan darah haids).

Maka wanita itu harus mengkut kebiasaan hari pendarahan haidsnya. Jika kebiasaannya tujuh hari, maka tujuh hari itu dikira haids dan selebihnya dikira istihadhah. Dia harus bersolat dan berpuasa, dengan melakukan wudhu’ pada setiap solat selepas membersihkan pendarahan itu dan menggunakan helaian kain (saya berpendapat: meletakkan pad pada kemaluannya). Dia harus melakukan nya sehingga kedatangan kitaran haids berikutya.”

 

(Huraian saya, jika pendarahan haids kebiasaanya tujuh hari, namun pada kitaran haids kali ini ianya berlangsung sehingga 14 hari, maka ianya masih dikirakan haids selama 14 hari. Namun jika pendarahan itu berlangsung selama 18 hari, maka darah yang keluar bukannya darah haids, tetapi darah istihadhah. Wanita itu harus menggantikan puasanya selama 11 hari iaitu 18 hari ditolak 7 hari kebiasaan haidsnya, jika wanita itu tidak berpuasa di saat pendarahan itu kerana menyangkakan ianya adalah darah haids.

Ini bermakna jika pendarahan berlangsung selepas hari ke 14, maka haruslah berpuasa dan solat pada hari ke 15 walaupun mengalami pendarahan kerana pendarahan itu bukannya pendarahan haids).

 

Waktu bersih selama 14 hari

Mengikut kefahaman syariah saya, seseorang wanita seharusnya ‘suci’ selama 14 hari sebelum kedatangan pendarahan haids seterusnya. Jika pendarahan berlaku sebelum 14 hari, maka ianya tidak dikira sebagai pendarahan haids. (Sila semak dengan ulamak)

Maknanya, jika seorang wanita telah mengalami tujuh hari pendarahan haids dan sedang menjalani tempuh ’suci’, dengan tidak semena-mena selepas seminggu bersih dari haids, dia mengalami pendarahan lagi, maka pandarahan itu tidak dikira sebagai pendarahan haids.

Menurut kitab ”Masalah Lelaki dan Wanita” oleh Moulana Ashraf Ali Thanwi, masa suci antara dua pendarahan haids adalah sekurang-kurang dua minggu dan ianya tidak ada limit. Jika seseorang wanita tidak mengalami haids disebabkan apa juga alasan perubatan, ianya dikira suci dari haids. (Harus melakukan solat dan puasa). 

Jadi saya dapat rumuskan, bahawa pendarahan haids adalah pendarahan pada kitaran haids setiap bulan pada wanita yang subur (dari usia 9 tahun sehingga peringkat menopause, iaitu sekitar usia 55 tahun), berlangsung sekurang-kurangnya tiga hari sehingga empat belas hari dan diikuti dengan fasa suci selama dua minggu.

Semoga ianya dapat membantu puan-puan dan saudari-saudari yang bertanya. Saya amat mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan dari ustaz-ustaz yang berkelulusan syariah untuk meningkatkan fahaman saya.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (210710)

http://www.facebook.com/drzubaidi

26 comments

  1. sgh menarik.. tqvm krn sudi share ye doc…

  2. salam.. saya seorang remaja yang berusia 18 tahun . . baru2x ni saya mendapati , apabila saya buang air besar ada darah yang keluar dari kemaluan saya.. hal ini berlaku juga pada bulan lepas… kalau x salah sya last month masa saya buang air besar tiga hari b’turut2x keluar keputihan colour coklat … padahal saya bru je habis dtg bulan … masa awal tahun, dalam bulan stu or dua ,, saya ada kena mcm ni gak… time tu saya kat PLKN ….

    that the 1st one, now the 2nd question is…
    doc ckp kalau keluar darah haid b’ketul2x x normal… meaning nya apa ? b’coz sejak umur saya 10 thun ,, darah haid yg keluar b’ketul2x pada hri k’2 haid .. saya x normal mcm mn tu?
    please help me …

    • Wa alaikum salam..

      1.”apabila saya buang air besar ada darah yang keluar dari kemaluan saya.. ” saya mengharapkan nurul pastikan yg darah itu keluar dari faraj atau dubur.

      2.darah yg berketul-ketul hanya bermakna pendarahan haids lebih yang normal. Saya nasihtkan agar buatlah pemeriksaan ultrsound pelvic jika pendarahan haids itu merisaukan. Please share with me the info.

      • As salam…saya jga mengalami masalah yg sama..Sewaktu membuang air besar saya nampak darah keluar(menjalur panjang berlendir) keluar dari faraj.Tapi waktu buang air kecil darah langsung tak keluar..how can this happen? Rahim jg rasa berdenyut2..

        • As salam…saya jga mengalami masalah yg sama..Sewaktu membuang air besar saya nampak darah keluar(menjalur panjang berlendir) keluar dari faraj.Tapi waktu buang air kecil darah langsung tak keluar..how can this happen? Rahim jg rasa berdenyut2..

          Dr Zubaidi: Apa yang penting ialah masa lama kitaran haid puan. Warna dan bentuk darah haid berbeza antara setiap wanita.

  3. salam doktor,

    dalam 3-4 bulan ni, saya mengalami bebanan kerja yang sangat banyak dan haid saya menjadi tidak teratur.
    pada bulan April, saya mengalami pendarahan haid yang banyak selama 13 hari dan berlarutan sehingga hari ke 18. Tetapi selepas hari ke 15, saya sudah mulai solat.

    Lepas 14 hari selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang agak panjang juga iaitu selama 14 hari dan darah berketul-ketul.

    Kemudian, sebulan lebih saya tidak didatangi haid.

    Bulan Julai, saya period selama 14 hari tetapi darah tidak begitu banyak.

    Sekarang, saya baru 3 hari mengalami pendarahan haid, tetapi nampaknya sangat banyak dan terpaksa tukar pad 3-4 kali pada waktu siang. Darah juga berketul-ketul. Berat badan juga turun.

    Adakah ini keadaan yang membimbangkan?

    • Salam.
      Saya berpendapat langkah pertama yang puan perlu lakukan ialah berjumpa dengan pakar sakit puan. Pemeriksaan pelvic ultrasound perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada puan ada masalah ketumbuhan fibroid atau sebagainya. Pemeriksaan darah juga penting untuk mengetahui tahap Haemoglobin puan.

      Jika kedua-duanya normal, puan harus melakukan endrometrial biopsy jika perlu untuk mengetahui masalah itu berpunca dari bahagian dalam uterus. Sekian.

  4. Salam Dr,

    Saya turut mengalami masalah period cycle yang tidak teratur. Saya ingin pendapat Dr tentang bilakah waktu bersih saya yang membolehkan saya beribadat kerana adakalanya saya was-was.
    Secara normal period cycle saya melebihi 28 hari. Lewat sehari dua dari tarikh yang sepatutnya period datang. Tempoh period saya ialah selama 7 hari dan kemudian kering. 3 hari selepas kering darah datang kembali dengan amaun yang sedikit, warna coklat dan merah pudar. Ia biasanya berlarutan 1,2 hari dan bukan setiap waktu solat ada kekotoran tersebut. Saya mengambil langkah untuk terus ibadat kerana saya anggap mungkin sebab stress jadi kekotoran itu keluar.
    10-12 hari selepas dari hari tersebut barulah period sebenar saya datang. Jadi saya ingin tahu adakah waktu 1-2 hari darah kotor keluar itu dikira period? Saya mengalami masalah ini sejak pertengahan tahun lepas sehingga kini. Dulu semasa saya di tingkatan 5 saya ada history bleeding berlarutan sehingga melebihi 15 hari. Tetapi Alhamdullilah setelah berjumpa pakar O&G saya telah pulih.

    • Salam,

      Saya harap puan telah membaca artikel saya dan memahaminya.

      Antaranya saya menulis ” Mengikut kefahaman syariah saya, pendarahan haids biasanya berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari dan tiga malam. Maka jika ianya berlaku kurang dari itu, ianya dinamakan darah istihadhah.”

      Puan boleh bersolat. Bersihkan kemaluan puan dan balut dengan sempurana yang puan boleh. Ambil wudhu’ dan bersolat. Jika darah itu keluar semasa solat ianya tidak membatalkan solat.

      (Saya kutip dari kitab Isu-isu Fiqh Perubatan Semasa oleh Syeikh Walid bin Rasid al-Su’aidan)

  5. assalamulaikum Dr.,

    semasa umur saya belasan tahun, saya mengalami haid yg tidak teratur..kemudian keadaan bertambah baik perlahan2 hingga saya masuk usia 20an. Walaupon haid saya sudah teratur tapi tempohnya agak panjang iaitu 13 atau 14 hari sebulan. saya sudah membuat beberapa pemeriksaan dan doctor mengesahkan saya tiada masalah. bila usia saya 30 tahun, saya berkahwin dan haid saya masih dlm keadaan yg sama. sekarang saya sudah berumur 32 tahun dan sejak beberapa bulan yg lepas, ada darah merah yg keluar sedikit sebelum haid yg seterusnya tetapi hanya keluar pada waktu itu shj. saya solat seperti biasa kerana ikut perkiraan ianya istihadhah. saya sudah menjalani ujian keseluruhan termasuk pap smear sebab saya mencuba utk mengandung tetapi masih lagi gagal. sudah beberapa kali saya berjumpa doctor tapi jawapan yg sama diberikan iaitu kemungkinan saya mengandung tapi bila sampai waktu haid, saya haid mcm biasa. saya keliru dengan keadaan saya ini. adakah stress dengan study boleh menyebabkan perkara ini? andainya darah itu keluar selepas bersama suami, apakah petandanya? terima kasih

  6. Assalamualaikum Dr..

    Saya berumur 29 tahun dan telah pun brkahwin. Adakah menjadi masalah apabila kitaran haid saya sentiasa berubah-ubah? Kebiasaannya kitaran saya adalah selama 31-33 hari. Bagaimanapun, adakalanya ianya akan mencecah hingga ke 37 hari.

    Saya juga mendapati dalam tempoh subur, saya akan mengalami keputihan yang berwarna coklat muda(adakalanya agak byk) dan adakalanya diiringi dengan sedikit darah. Saya juga mendapati dlm beberapa kali, di akhir titisan kencing saya turut diiringi titisan darah. Bagaimanapun keadaan ini akan hilang selepas habis waktu subur. Saya jg tidak mengalami sebarang rasa sakit.

    Pada pendapat dr, apakah masalah yang sedang saya hadapi? Adakah ujian lain yang perlu saya jalani memandangkan saya telah pun membuat ujian pap smear, ujian hormon, ujian darah (full screen) dan ultrasound, dan smua keputusan adalah baik.. Harap dr boleh membantu. Terimah kasih

  7. doktor, saya berumur 20an .baru baru ni saya mengalami haid dan sehingga hari ke 7, darah haid saya keluar seperti biasa.tetapi pada awal haid hanya keluar kotoran @lendir berwarna coklat sehingga hari ke 4,tetapi selepas hari ke 16.darah masih keluar namun dalam kuantiti yang amat sedikit.dan tidak merasa sakit. saya merasa amat risau.kerana 2 bulan sebelum saya menghidap demam denggi dn selama 2 minggu saya terpaksa mengambil darah selang 2 hari dan tidak dtg bulan sehinggalah saya mengambil epo dan haid saya dtg seperti biasa selam 2 bulan dan kitarannya normal.cuma agak panjang untuk kali ini.

  8. Salam doc. Adakah lendir coklat selepas haid (dlm hari ke6) itu msih di kira haid? Selama ini sy menyangka lendir itu bukannya haid, dan sy terus mandi wajib pd hari ke5 ( selalunya haid sy 5 hari, kemudian akan keluar lendir berwarna coklat dlm 2-3hari). Tetapi kini sy merasa syak wasangka.. Adakah lendir itu masih d kira haid atau bukan?

    • Salam, Dr Zubaidi telah menjelaskan di dalam artikel di atas. Antaranya “Jadi saya dapat rumuskan, bahawa pendarahan haids adalah pendarahan pada kitaran haids setiap bulan pada wanita yang subur (dari usia 9 tahun sehingga peringkat menopause, iaitu sekitar usia 55 tahun), berlangsung sekurang-kurangnya tiga hari sehingga empat belas hari dan diikuti dengan fasa suci selama dua minggu.” Sila semak rujukan dan hujah-hujah beliau di dalam artikel di atas. Terima kasih -ADMIN-

  9. br2 ni, saya period seperti biasa. pada hari ke7 suci dr haid. masalahnya, seminggu selepas suci iaitu pada hari ke 16 keluar lendir coklat selama 2 hari. apakah petanda itu adalah penyakit? walaubagaimanapun saya ttp meneruskan solat seperti biasa. 5 bln lps sy membuat pembedahan laparoscopy endomitriosis.adakah petanda endo 2 menyerang kembali? harap dr dpt mmberi jawapan. tq

  10. period saya dtg seperti biasa 7 hr. seminggu selepas suci iaitu pada hari ke 16 kitara keluar lendir coklat selama 2 hr.sy solat spt biasa. yang menjd tanda tya adakah lendir itu punca penyakit? 5 bln lalu sy menjalani pembedahan laparascopy endomitriosis. adakah situasi ni bermakna endo menyerang kembali? mohon jwpn dan pandangan dr.tq

  11. Assalamualaikum.
    Doktor, sy berumur 28 tahun telah berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata yang masih menyusu sepenuhnya dengan saya.
    Sy mempunyai masalah berkaitan istihadah ini.
    Sebelum dikurniakan anak haid saya dalam lingkungan 30 hari tetap.sy telah didatangi haid hanya pada bulan ke3 selepas melahirkan dan tetap sehingga 8 bulan kemudian iaitu bulan April 2011 saya telah menghadapi masalah istihadah yang amat menyukarkan saya untuk membuat kiraan hari suci kerana selepas melahirkan, kitaran haid agak tidak menentu.
    bulan julai 2011 sy telah mengunjungi klinik sakit puan dan doctor tersebut membuat VE dan secara amnya sy “OK”. dan doc memberi ubat untuk membetulkan hormon.alhamdulillah teratur untuk bulan Aug-Oct.Masalah muncul kembali untuk bulan Nov.keluar lendir bercampur darah.
    Apa yang harus saya lakukan dan memandangkan istihadah adalah darah penyakit dan signal kepada masalah tertentu , apakah penyakit tersebut.
    terima kasih

  12. sy ade mslah drah ktor mlebihi 2 mggu,ianya dtg skit2 dan berlarutan lbih sebulan… dah g hospital & di beri ubat tok seimbangkan hormon tpi ianya tdk hilang dan dtg kembali…sakit ni dah dtg bkali2 sejak dr sek men lg,tok pngetahuan dr mula kitaran haid sy mmg tdak t,atur… dah mcm2 cra sy cuba tp ttap jugak kembali….harap ade cara utk mghentikan pyakit ni…

  13. as’salam dr..sy baru berusia 23 tahun..selalunye jika sy datang haid mesti sehingga 7 atau lapan hari sahje..tapi untuk bulan ni,darah haid sy berlanjutan sehingga 20 hari…dan untuk 17 hari darah haid itu bnyak..cuma dah masuk hari ke 20 baru kelihatan seperti mahu berhenti…tapi sy takot ingin berjumpa dr…apekah masalah sy?

  14. Assalamualaikum Dr. Saya mengalami masalah haid yg lama (10-15 hari atau lebih) yang bersambung sejak 2010. misalnya hari ke 10 haid dh berhenti dan mandi serta solat.. tp 1-4hari kemudian keluar lg darah warna kecoklatan selama 1-4hari dan lendir pd waktu subur(seperti putih telur) turut berwarna kecoklatan . kdg2 berlanjutan hingga melebihi hari ke 15. darah yg keluar bbrpa hari yg awal adlh sedikit seperti penghujung2 haid. Kitaran haid saya adlh teratur (26-29 hari). Senggugut saya adlh biasa dan tdk terlalu sakit. Apakah yg menyebabkan mslh ni? adakah berkaitan endometriosis? suburkah saya dan apakah peluang saya untuk hamil? saya berumur 26thn dan tlh berkahwin selama setahun dan msh belum dpt hamil.

  15. Assalamualaikum Dr.

    Pada 29 Feb lalu, saya telah mengalami keguguran pada usia kandungan 6 wks ikut u/s lah disebabkan berlakunya pendarahaan dan tekanan darah saya tinggi(tpi kalau ikut lmp saya sepatutnya 12 wks, so o&g assumed saya mengalami complete miscarriage so no d&c done. So bleeding saya berlarutan sehingga 11 March. Then, pada 07 April,saya period selama 5-6 hari quite heavy lah tak seperti period saya yg biasa2 nya. Pada 05 May, very light bleeding dlm 2-3 hari sja. Hal yg sama berlaku pada 06 June, very light bleeding dlm 2-3 hari jugak. Lepas tu baru2 ni, 22 June, saya start period again hinggalah ke hari ni masuk hari yg ke 14 saya mase bleeding lagi. very heavy lah jugak. seumur hidup saya, tak pernah saya period lebih dari 7 hari. normally dlm 5-6 hari je. sekarang saya sangat risau lah…byk yg saya pkirkan. Utk pengetahuan Dr, saya dan suami mmg merancang utk hamil lagi as soon as possible. Saya bimbang lah Dr. Saya ingin meminta pendapat/penjelasan dari Dr mengenai hal ini. Utk itu, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.

  16. anak saya berusia 13 tahun.belum datang haid lagi,tapi ada lendir berwarna coklat keluar..ada kah pekara itu biasa sebelum kedatangan haid pertama..

  17. Assalamualaikum Dr.

    Info yang sangat bermanfaat. Terima Kasih.

    • Assalamualaikum Dr. Info yang sangat bermanfaat. Terima Kasih.

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Semoga ia bermanfaat dan dapat dikongsi bersama.

  18. Assalam , saya remaja berumur 15 tahun . Saya haid sudah melebihi 15 hari . Masuk hari ni sudah 17 hari . Tapi darahnye sikit , warna coklat . Boleh beri penjelasan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!