Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kitaran haid yang normal untuk remaja

Kitaran haid yang normal untuk remaja

KITARAN HAID YANG NORMAL UNTUK REMAJA

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

“Salam doktor. Saya baru berusia 17 tahun. Belum nerkahwin. Saya ada masalah tentang haid saya. Dua bulan lepas haid saya datang pada hari ke 24. Begitu juga pada bulan berikutnya. Tetapi haid saya berlarutan sehingga dua minggu. Darah haid saya juga agak banyak, sehingga saya terpaksa menukarkan 8 pad pada hari pertama. Adakah saya mempunyai penyakit serius, doktor? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Adalah normal bagi remaja perempuan yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ssecara purata bagi wanita, kitaran haid mereka berlangsung selama  28 hari. Tetapi tidak semestinya semua wanita mengalami kitaran haid yang sama 28 hari setiap kitaran mereka. Oleh itu ia bukanlah gejala suatu penyakit yang serius jika mengalami  kitaran haid yang tidak teratur. Ia lebih kepada ketidakseimbangan hormon yang semenatra bagi remaja wanita yang mengalami peralihan dari remaja kepada wanita yang sempurna.  menandakan penyakit.

 

Setiap wanita mengalami kitaran haid yang berbeza pada setiap kitaran. Ada yang panjang sedikit, dan ada yang pendek sedikit. Namun ini semua kitaran haid yang normal. Kitaran haid yang  normal adalah antara 21 (paling pendek) hingga 35-40 hari (paling panjang). Kitaran yang tidak menentu selalunya  berlaku dalam masa 2-3 tahun selepas akhil baligh dan kemudian menjadi lebih teratur  selepas itu.

 

Secara purata juga, pendarahan haid selalunya berlangsung selama 3 hari hingga 7 hari. Ia mungkin lebih panjang dari itu tetapi tidak melebihi  selama 14 hari. Pendarahan haid juga mungkin tidak  banyak dan  masih dikira normal. Anggaran bagi  kuantiti darah yang keluar antara 10-15 pad yang basah dalam setiap kitaran haid.

 

Penukaran pad ini bergantung kepada individu. Jika mereka tidak selesa dengan pendarahan yang sedikit, bilangan pad yang digunakan mungkin lebih banyak.  Ada pula yang tidak sempat menukarkannya akibat jadual sekolah yang padat.

 

Jadi penukaran pad juga tidak boleh diukur sama ada darah haid yang keluar itu terlalu banyak atau sedikit. Pada kebiasaannya, pendarahan yang banyak berlaku pada hari kedua dan ketiga. Jadi seorang remaja perempuan akan menukarkan antara  6 atau 8 pad pada hari itu. Kemudian bilangan pad yang digunakan akan berkurangan.

 

Panjang atau pendek kitaran haid bagi remaja perempuan biasanya dipengaruhi hormon wanita. Perubahan dari alam remaja ke alam wanita yang sempurna akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang sementara.

 

Banyak lagi  faktor yang mempengaruhi  kitaran haid remaja perempuan. 
Gangguan emosi juga boleh menyebabkan masalah ini. Sebagai contoh ganguan rakan sekelas, masalah pembelajaran, dan hubungan yang tegang antara adik beradik.

 

Kitaran haid yang tidak teratur mungkin juga disebabkan oleh masalah kelenjar  thyroid. Sebab yang lain, mungkin akibat pengambilan makanan yang tidak sihat, pengamalan diet yang tidak seimbang sehingga menyebabkan  perubahan berat badan yang mendadak, latihan sukan yang keterlaluan, atau terlalu banyak  makan karbohidrat seperti coklat dan kek.

 

Jadi usahlah bimbang sangat. Berikan masa untuk tubuh mengadaptasi perubahan hormon wanita yang semakin meningkat di dalam tubuh, sejajar dengan pertumbuhan fizikal.

 

wallahu a’lam

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: