Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kitaran haid dan Implanon

Kitaran haid dan Implanon

KITARAN HAID DAN IMPLANON

 implanon 2

“Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya telah 2 tahun lebih mengambil implanon dan akan mengeluarkannya pada Jun 2015. Bermula tahun kedua pemakaian, saya sering mengalami haid yang lama, hingga 3 minggu. Sebelum ini, saya ambil pil perancang keluarga untuk mengembalikan kitaran haid yang normal. Selepas 3 bulan pengambilan pil perancang, haid masih begitu.

Saya baru mengambil pil kacip fatimah UTM untuk mengatasinya. Soalannya, setelah haid melebihi 15hari, saya bercadang untuk mengambil pil perancang untuk menghentikan pendarahan dan bolehkah diambil kacip fatimah itu semasa istihadah ? Terima kasih doctor”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Implanon adalah implant yang dimasukkan ke bawah kulit, selalunya di lengan yang mengeluarkan hormone hormone sintetik progestrin yang dikenali sebagai etonogestrel bagi menghalang seorang wanita itu untuk hamil, dan berkesan sehingga 3 tahun.

 

Antara kesan sampingan bagi implanon ialah kitaran haid yang tidak menentu sehingga menyebabkan pendarahan haid melebihi 2 minggu, sementara wanita lain mungkin mengalami pendarahan haid yang sedikit atau tidak keluar langsung pada bulan tersebut.

 

Kesan sampingan sebegini menyebabkan seorang wanita yang menggunakan implanon ini rasa tidak selesa, kerana merasakan ia bukanlah suatu yang normal bagi wanita yang tidak mengalami haid yang teratur.

 

Saya mencadangkan ia ada perasaan seperti ini, boleh berbincang dengan doctor yang memasukkan implanon ini, agar dapat dikeluarkan dan gunakan kaedah yang lebih bai, iaitu tidak mengganggu kitaran haid.

 

Selalunya apabila implanon dikeluarkan, kitaran haid akan menjadi normal dan teratur selepas beberapa bulan. Jika masih tidak teratur selepas 6 bulan, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan hormone reproduktif wanita, bagi mengesan jika ada masalah ketidakseimbangan hormone.

 

Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, sebenarnya bukanlah alternative rawatan bagi merawat masalah kitaran haid yang tidak menentu ini.

 

Ia hanyalah suplemen yang membantu keseimbangan hormone dalam tubuh kerana mempunyai unsur antioksida dan phytoestrogen. Jadi ia memerlukan masa untuk merangsangkan keseimbangan hormone dalam tubuh, seperti mana suplemen lain (eg vitamin dan antioksida yang lain).

 

Oleh itu pemeriksaan doctor perlu dilakukan jika kitaran haid menjadi tidak menentu sehingga berlangsung melebihi 6 bulan.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!