Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Khasiat Ginseng Bermadu

Khasiat Ginseng Bermadu

Ginseng bermadu

“As salam Doktor.. apa pendapat doktor tentang Honeyed Korean Ginseng? Trima kasih.”
WA ALAIKUM MUS SALAM

Minuman ginseng adalah tonik menyegarkan tubuh yang diperbuat daripada ginseng yang dikenali sejak zaman purba untuk mempunyai bahan-bahan aktif semulajadi yang berkesan untuk mengurangkan stress, menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel baru dengan meningkatkan pengoksigenan kepada sel-sel , melancarkan peredaran darah dan detoksifikasi badan.

Akar Ginseng mempunyai rasa yang pahit. Bagi mengurangkan rasa pahit ini, ia direndamkan dengan madu.

Madu sendiri mempunyai pelbagai vitamin, termasuk pyridoxine (vitamin B6) , thiamine (vitamin B1) , riboflavin (vitamin B2 ) dan asid Pantothenic (vitamin B5) , dan mineral seperti kalsium , tembaga , besi, magnesium, mangan, fosforus , kalium , natrium dan zink.

Ginseng bermadu digunakan dalam pemulihan sel kulit kerana ia meningkatkan merangsang metabolisme di peringkat sel, menggalakkan anti-penuaan, meningkatkan fungsi kulit yang sihat, dan menangani masalah kulit seperti eczema, kedut dan bersisik.

Namun begitu ia tidak sesuai digunakan oleh semua orang. Bagi mereka yang sensitive, ginseng bermadu boleh menyebabkan rasa gemuruh, sukar tidur, cirit-birit, dan sakit kepala.

Ia harus digunakan secara berhati-hati oleh kanak-kanak, wanita hamil atau ibu yang menyusukan anaknya.

Terdapat laporan mengenai kesan sampingan yang lebih serius, seperti serangan asma, tekanan darah meningkat, dan berdebar-debar jantung.

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!