Advertorial
Home » Advertorial » Kesuburan Sperma dapat dirawati dengan ProXeed Plus

Kesuburan Sperma dapat dirawati dengan ProXeed Plus

Ramai lelaki yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya menjadi punca kegagalan untuk kehamilan isteri mereka.

Pada hal ketidaksuburan yang berpunca dari lelaki menyumbangkan sebanyak 40-50% dari keseluruhan punca-punca ketidaksuburan di pasangan suami-isteri.

(rujuk: Brugh VM, Lipshultz LI (2004). ”Male factor infertility”. Medical Clinics of North America 88 (2): 367–85).

World Health Organisation (WHO) telah menetapkan beberapa syarat untuk mendiagnosa air mani itu sihat. Antaranya:

1.  Jumlah spermanya tidak kurang 20 juta dalam satu milliliter (ml),

2.  Jumlah air mani sekurang-kurangnya 2 ml

3.  Total sperma yang dikeluarkan sekurang-kurangnya 40 juta.

4.  Sekurang-kurangnya 60 % dalam bentuk yang normal

5.  Sekurang-kurangnya 75% sperma mesti hidup

6.  Sekurang dari 50% sperma yang aktif bergerak (ke depan atau belakang)

7.  Sekurang-kurangnya 25% yang bergerak aktif ke hadapan

Saya sering juga ditanya mengenai masalah air mani yang tidak sihat ini, terutama daripada pasangan yang telah lama berkahwin. Mereka telah menjalani pemeriksaan doktor dan mendapati bahawa bilangan sperma mereka kurang dari 20 juta/ml.

Kes-kes ketidaksuburan di kalangan lelaki bertambah banyak setiap tahun dan dihadapi oleh lelaki memasuki umur 25 tahun. Tabiat merokok, minum arak, menggunakan dadah terlarang, tekanan hidup, nutrisi yang tidak mencukupi dan kurang melakukan senaman adalah di antara punca-punca bagi ketidaksuburan ini.

Lelaki yang mempunyai sperma yang tidak sihat dan tidak mencukupi seperti ini dikatakan sebagai lelaki yang tidak subur. Malangnya kebanyakan doktor tidak memberikan apa-apa ubat kepada lelaki yang bermasalah seperti ini, kerana tiada ubat yang khas bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma.

Oleh kerana sperma dihasilkan berterusan, tidak seperti wanita yang hanya menghasilkan telur ovum sebulan sekali, seorang lelaki harus menjaga pemakanan dan gaya hidup sehariannya, kerana semua itu mempengaruhi proses kematangan sperma mereka.

Selain itu mereka juga harus mengambil nutrisi tambahan (suplemen) untuk memperbaiki sperma.

Sebelum mencari suplemen yang sesuai untuk merawat ketidaksuburan, kita haruslah faham punca ketidaksuburan ini di peringkat sel.

Seperti yang disebutkan tadi bahawa faktor-faktor tabiat merokok, minum arak, menggunakan dadah terlarang, tekanan hidup, dan pemakanan yang tidak sihat  akan mengurangkan  kesuburan seorang lelaki.

Ini kerana faktor-faktor tadi akan menyebabkan peningkatan kepekatan  reactive oxygen species (ROS) dalam sperma.

Apabila kita menggunakan oksigen bagi kegunaan metabolisma di peringkat sel, pada akhir kitaran metabolisma ini akan menghasilkan reactive oxygen species (ROS) yang akhirnya boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel terutama sel sperma.

Ini bermakna setiap kali kita bernafas dan menggunakan oksigen, kita akan menghasilkan ROS, namun kepekatannya tidak terkawal. Namun faktor-faktor luar seperti merokok, stress dan pemakanan menyebabkan kandungan ROS dalam tubuh, terutamanya dalam air mani akan bertambah dan akhirnya merosakkan sel-sel sperma.

Dalam satu kajian mendapati bahawa 40% lelaki yang mengalami ketidaksuburan, disebabkan oleh kandungan ROS yang tinggi dalam air mani mereka.

Padron OF, Brackett NL, Sharma RK et al. “Seminal reactive oxygen species and sperm motility and morphology in men with spinal cord injury”. Fertil Steril. 1997 Jun;67(6):1115-1120.

Untuk merendahkan kepekatan ROS ini, seseorang lelaki dinasihatkan agar mengurangkan tabiat merokok, mengawal tekanan hidup, dan mengamalkan pemakanan yang sihat  serta mengambil suplemen antioxidant yang dapat mengurangkan kepekatan ROS dalam air mani.

testimoni proxeed

Antara nutrisi dalam pemakanan tambahan yang mampu memperbaiki masalah ini ialah nutrisi seperti  L-carnitine, acetyl-carnitine, Vitamin C, coenzyme Q10, dan Vitamin B12.

(rujuk: Sharma RK, Agarwal A. “Role of reactive oxygen species in male infertility”. Urology. 1996 Dec;48(6):835-850)

Antara fungsi bagi nutrisi ini ialah:

KANDUNGAN

 

FUNGSI

 

Zinc, Folic acid, Vitamin B12, Acetyl L-carnitine

L-carnitine, Acetyl L-carnitine, Fructose, Citric acid

Selenium, CoQ10, Vitamin C, Zinc, Acetyl L-carnitine

Memperbaiki proses kematangan spermaMemberikan tenaga kepada sperma bergerak dan             berenang 

Melindungi sperma dari kecederaan radical bebas (ROS)

 

Oleh itu sebarang nutrisi tambahan yang ingin diambil haruslah mempunyai senarai nutrisi-nutrisi tersebut. Berbincanglah dengan doktor yang merawat.

Walaubagaimanapun, saya mendapati bahawa produk kesihatan seperti ProXeed® Plus mengandungi semua nutrisi yang diperlukan dan dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma daripada kerosakan yang disebabkan oleh kandungan ROS yang tinggi, dan secara tidak langsung meningkatkan kesuburan lelaki.

https://www.facebook.com/to.be.parents

ProXeed® Plus mengandungi L-carnitine (fumarate), Acetyl-L-carnitine, Fructose, Citric acid, Selenium, Coenzyme Q10¸,Vitamin C, Zinc, Folic acid dan Vitamin B12 ,

L-Carnitine & Acetyl-L-carnitine memainkan peranan utama dalam proses metabolism bagi membekalkan tenaga bagi sperma untuk bergerak. Banyak kajian mendapati bahawa carnitines secara spesifiknya memberikan kesan baik untuk pergerakan, bentuknya, kepekatan dan bilangannya dalam air mani.  L-carnitine dan Acetyl-L-carnitine juga melindungi sperma dari kerosakan akibat serangan ROS.

Fructose adalah gula ringkas yang membekalkan tenaga kepada sperma untuk bergerak.

Citric Acid juga terlibat dalam penghasilan tenaga.

Vitamin B12 pula terlibat dalam proses kematangan sperma dan pembentukan DNA di dalamnya.

Selenium adalah bahan antioxidant yang baik dan sangat penting bagi pembentukan ‘ekor’ sperma untuk pergerakannya. Kekurangan selenium akan menyebabkan sperma tidak bergerak dengan baik.

Coenzyme Q10 juga merupakan bahan antioxidant dan dan penggalak bagi proses pengeluaran  tenaga. Oleh itu ia sangat penting memastikan sperma dapat bergerak/berenang dengan baik untuk sampai ke telur ovum.

Vitamin C juga bahan antioxidant yang penting dalam air mani dan melindungi sperma dari kecederaan disebabkan oleh ROS.

Zinc penting bagi pembentukan air mani. Lelaki yang kekurangan zinc akan mengalami air mani yang cair.

Folic Acid penting bagi pembentukan air mani. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa gabungan zinc dan folic acid dapat memperbaiki kualiti sperma.

Oleh itu saya amat mencadangkan kepada suami yang telah menjalankan pemeriksaan air mani dengan doktor dan mendapati mereka mengalami masalah dengan kualiti dan kuantiti sperma, untuk menggunakan dan mengamalkan ProXeed® Plus selama sekurang-kurangnya tiga bulan, kerana setakat ini dalam perubatan moden tiada ubat yang khas untuk merawat ketidaksuburan lelaki.

Boleh dapatkan produk ini di:

https://www.facebook.com/to.be.parents

Wallahu a’lam.

5 comments

  1. Assalamualikum doktor….boleh sy tahu di mana boleh sy dapatkan proXeed plus tu…

  2. di KL, farmasi mana yang ada menjual proxeed plus ni

  3. bolehkan proxeed plus ini diambil sbagai supplemen?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top