Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA

KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA

KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA

Secara amnya, seorang wanita mempunyai kira-kira satu hingga dua juta folikel (kelompang yang mengandungi ovum-telur perempuan) di dalam ovari ketika dilahirkan.

Apabila menghampiri akhil baligh, bilangan folikel akan berkurangan kepada 30000-500000 sahaja.

Apabila berusia 20-40 tahun, bilangan folikel berkurangan kepada 1000 folikel sahaja pada setiap kitaran haid. Namun hanya kira-kira 400-500 folikel saja yang akan matang. Pada masa yang sama, tahap kesuburan wanita akan berkurangan selepas mencapai usia 30 tahun. Pada usia 51 tahun, hanya kira-kira 1000 folikel yang masih berada dalam ovari.

Pengurangan kuantiti folikel yang mengandungi telur perempuan ini sebagai “penyusutan rizab ovari.” Penyusutan ini berlaku pada kualiti dan kuantiti telur tersebut.

Dapat disimpulkan bahawa kemuncak kesuburan seorang wanita adalah dari usia akhil baligh sehingga berusian 25an. Dan mula merosot dengan ketara apabila berusia 35 tahun. Pada usia 40 pula ramai wanita yang mengalami masalah untuk hamil dengan mudah.

Selain usia, faktor lain seperti asap rokok, rawatan kemoterapi dan radioterapi, terdedah kepada logam berat, racun serangga dan bahan kimia.

Oleh itu cara mengesan kesuburan wanita dapat dilakukan dengan pemeriksaan ultrasound untuk folikel dan pemeriksaan darah untuk menentukan tahap hormon seorang wanita.

Wanita yang mempunyai masalah kemerosotan kuantiti dan kualiti folikel dan mempunyai tahap hormon yang tidak seimbang akan menghadapi masalah sukar hamil berbanding dengan wanita yang tidak mempunyai masalah folikel dan hormon, jika dibandingkan pada umur yang sama.

#HealthDrZubaidi

#DrZubaidiSayaMahuHamil

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: