Kesan ubat gatal akibat chickenpox terhadap kehamilan

KESAN UBAT GATAL AKIBAT CHICKENPOX TERHADAP KEHAMILAN

 piriton

“Salam Dr, saya sedang mengandung anak pertama, usia kandungan 14 minggu. Saya telah mendapat chicken pox,  dan diberi ubat gatal (piriton) dan ubat sapu calamine. Adakah pengambilan ubat ini akan memberi kesan kepada bayi saya? Sy pernah djangkiti chickenpox semasa kecil.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Seorang individu yang mengalami jangkitan chickenpox akan mengalami kegatalan pada parut dari kelompang yang dialaminya.

Bagi mengurangkan kegatalan ini, doctor akan memberikan ubat antihistamine, selalunya tablet Piriton. Tablet ini mengandungi ramuan chlorphenamine maleate, iaitu sejenis ubat yang dikenali sebagai antihistamine yang menyebabkan rasa mengantuk.

Ramuan ini akan memberi kesan kepada otak dalam kuantiti yang signifikan dan menyebabkan rasa mengantuk. Rasa mengantuk ini akan melegakan rasa gatal yang teruk terutama pada waktu malam.

Ubat ini jarang diberikan kepada wanita yang hamil. Jika hanya diberikan jika kegatalan kulit terlalu teruk sehingga mengganggu rutin harian dan tidur. Itu pun gunakan dalam dos yang dibenarkan.

Oleh itu ia sebaiknya harus dielakkan semasa hamil.

Sementara ubat sapu calamine boleh diberikan dan selamat digunakan.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!