Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kesan ubat escitalopram (lexapro) semasa menyusukan bayi

Kesan ubat escitalopram (lexapro) semasa menyusukan bayi

KESAN UBAT ESCITALOPRAM SEMASA MENYUSUKAN BAYI

 

lexapro

“Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkenaan kekeliruan yang saya hadapi. Saya adalah pesakit yang mempunyai penyakit panic attack. Saya telah berjumpa dengan doctor psychiatry  dan telah diberikan ubat Lexapro. Walaubagaimanapun saya masih menyusu anak yang berusia 6 bln. Adakah bahaya kalau saya teruskan penyusuan kerana doctor psychiatry  saya beritahu saya boleh membuat penyusuan pada sebelah petang memandangkan kesan ubat mungkin telah sedikit demi sedikit hilang. Saya juga ada membuat bacaan di internet mengatakan amat sedikit kesan ubat terhadap susu ibu. Mohon dr beri pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Masalah kemurungan selepas melahirkan anak, atau dikenali sebagai “Post Pasrtum Depression”adalah suatu masalah yang sering berlaku. Ini kerana proses melahirkan itu sendiri, yang menyebabkan perubahan hormone yang ketara dan merangsangkan kecelaruan emosi dan menyebabkan kemurungan.

 

Oleh itu ramai di antara mereka yang diberikan ubat escitalopram untuk merawat masalah “Major Depressive Disorder” (kemurungan)  ini. Ubat ini juga digunakan oleh doctor untuk merawat masalah “Generalized Anxiety Disorder”.

 

Walau bagaimana jika ubat ini diberikan pada ibu yang menyusukan anak pada dos 20 mg sehari, mungkin terdapat sedikit kesan ubat ini di dalam susu ibu. Oleh itu harus berhati-hati jika mengambil ubat ini dalam masa yang sama menyusukan anak yang berusia bawah 6 bulan.

 

Escitalopram adalah ubat pilihan yang baik berbanding dengan ubat yang hamper sama, iaitu citalopram, kerana ubat citalopram boleh masuk ke dalam susu ibu dengan lebih banyak kuantitinya dan memberikan kesan sampingan pada bayi dengan lebih banyak.

 

Namun begitu kesan escitalopram dalam susu ibu berbeza bergantung kepada individu.

 

Sebagai contoh dalam satu kajian yang diterbitkan dalam “British Journal Clinical  Pharmacology, 2006” menyebut bahawa kesan ubat yang dikesan apabila 8 orang ibu yang mengambil escitalopram escitalopram 10 atau 20 mg sehari, didapati darah bayi mereka mengandungi kesan ubat adalah terlalu kecil (<1 mcg/L). ia tidak memberikan kesan berbahaya.

(Rampono J, Hackett LP, Kristensen JH et al. Transfer of escitalopram and its metabolite demethylescitalopram into breastmilk. Br J Clin Pharmacol. 2006;3:316-22)

 

Begitu juga artikel yang diterbitkan dalam journal Annals of Pharmacotherapy 2006. Seorang ibu mengambil escitalopram 20 mg setiap pagi pada hari ke 15 selepas melahirkan anak dan dia menyusukan sepenuhnya bayi beliau dengan susu ibu. Pada usia 3 bulan, bayi itu dilaporkan sihat oleh pakar kanak-kanak.

(Gentile S. Escitalopram late in pregnancy and while breast-feeding. Ann Pharmacother. 2006;40:1696-7).

 

Kesan ubat ini juga boleh menjadi berbahaya seperti yang  diterbitkan dalam Journal of Perinatology, 2007.  Dalam artikel itu menyebut seorang bayi yang berumur 5 hari telah dimasukkan semula ke NICU setelah disyaki mengalami masalah usu yang membengkak dan membusuk yang dinamakan “necrotizing enterocolitis”. Sebelum ini bayi tersebut telah dimasukkan ke dalam NICU kerana masalah pernafasan dan diberikan usu ibu. Ibu bayi ini mengaku telah mengambil ubat escitalopram 20 mg sehari sepanjang kehamilannya dan meneruskan pengambilannya semasa menyusukan anak. Para doctor menyangkakan bahawa ubat ini yang menjadi punca masalah usus yang dihadapi oleh bayi tersebut.

 

(Potts AL, Young KL, Carter BS, Shenai JP. Necrotizing enterocolitis associated with in utero and breast milk exposure to the selective serotonin reuptake inhibitor, escitalopram. J Perinatol. 2007;27:120-2).

 

Dalam satu penulisan pula dilaporkan seorang ibu yang mengambil escitalopram (dos dan jangkamasa pengambilan) tidak dinyatakan, dan menyusukan anak. Ibu itu mengadu bayinya sering kegelisahan dan menangis dengan kuat selama 2 jam setiap kali diberikan susu ibu.  Masalah bayi ini dapat dikurang apabila ibunya menggunakan susu formula sepenuhnya.

(Schaefer C, Peters P, Miller RK, eds. Drugs during pregnancy and lactation. Treatment options and risk assessment, 2nd ed. Amsterdam; Boston: Elsevier Academic Press. 2007:714-5)

 

Ubat escitalopram juga memberikan kesanpengeluaran susu ibu yang berbeza. Dalam International Journal Psychiatry Medicine, menyebut bahawa ubat ini akan meningkatkan hormone prolactin dan hormon galactorrhea yang menggalakkan pengeluaran susu ibu di kalangan wanita yang tidak hamil atau menyusukan anak.

(Gulsun M, Algul A, Semiz UB et al. A case with euprolactinemic galactorrhea induced by escitalopram. Int J Psychiatry Med. 2007;37:275-8).

 

Ada laporan yang menunjukkan bahawa ubat ini tidak meningkatkan hormone-hormon tersebut. Jadi pengeluaran susu ibu tidak bertambah dengan pengambilan ubat ini.

(Mahasuar R , Majhi P, Ravan JR. Euprolactinemic galactorrhea associated with use of imipramine and escitalopram in a postmenopausal woman. Gen Hosp Psychiatry. 2010;32:341)

 

Dalam satu kajian kecil yang diterbitkan dalam Journal Clinical Endocrinol and Metabolisme 2010, mendapati  wanita yang mengambil ubat untuk rawatan kemurungan seperti fluoxetine, citalopram, duloxetine, escitalopram, paroxetine atau sertraline mengalami masalah pengeluaran susu ibu, berbanding dengan mereka yang tidak mengambil ubat-ubatan itu.

 

(Marshall AM, Nommsen-Rivers LA, Hernandez LL et al. Serotonin transport and metabolism in the mammary gland modulates secretory activation and involution. J Clin Endocrinol Metab. 2010;95:837-46)

 

Begitu juga dengan kajian yang diterbitkan dalam  Journal of Human Lactation 2012, yang mengakui wanita yang mengambil ubat-ubat tersebut mengalami masalah pengeluaran susu ibu.

 

(Gorman JR, Kao K, Chambers CD. Breastfeeding among women exposed to antidepressants during pregnancy. J Hum Lact. 2012;28:181-80).

 

Walaupun tidak semua orang mengalami kemudaratan pada tahap yang sama, (ada yang banyak dan ada yang sedikit), saya percaya mengelakkan pemberian susu ibu mungkin langkah terbaik.

 

Oleh itu saya mencadangkan agar puan mendapat bantuan khidmat ibu susuan bagi anak puan, bangi mengelak ubat yang puan gunakan masuk ke dalam susu ibu dan diminum oleh anak puan, yang akan memberikan yang memudaratkan.

 

Alternatif lain, puan boleh menggunakan susu formula yang sesuai.

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!