Advertorial
Home » #drzubaididetoks » Kesan toksin pada tubuh kita

Kesan toksin pada tubuh kita

KESAN TOKSIN PADA TUBUH KITA

Image result for toxicity chemical

Perlukah kita membuang toksin? Ini adalah soalan yang biasa ditanyakan kepada saya.

Ada yang benar-benar bertanya. Ada yang saja ingin menduga. Ada yang bertanya dengan nada menyindir.

 

Terserahlah pada pengetahuan dan pengalaman yang kita ada. Jika kita kurang berpengalaman dan jarang membaca, apatah lagi menghadiri seminar dan konferens perubatan, memang jawab yang diberikan adalah “No such thing as detox!!”

 

Saya pernah bekerja (lebih dari 10 tahun) di kawasan industri perkilangan (pembuatan barangan plastic, wayar dan kimia) di Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Saya telah memeriksa dan merawat kes-kes yang pelik. Contohnya seorang pekerja kilang yang rasa kebas tangannya berminggu-minggu. Rasa lemah dan tidak boleh diangkat. Walaupun pemeriksaan kesihatan telah dijalankan dan didapati beliau adalah normal (tiada masalah kesihatan). Tiada tanda stroke (telah diperiksa CTscan dan MRI).

Bila ditanya rupanya telah bekerja di kilang mengecat kereta selama 5 tahun. Beliau menggunakan topeng gas dan peralatan keselamatan yang lain. Tetapi masih lagi terkesan dengan bahan kimia yang ada.

 

Begitu juga terdapat seorang pesakit yang mengalami berat badan yang menyusut. Tidak diketahui puncanya. Pemeriksaan kesihatan hanya menunjukkan beliau mengalami kekurangan sel-sel darah merah (anemia) dan bengkakan pada kaki beliau (pedal edema). Ubat penambah darah dan vitamin telah diberikan diberikan tetapi keadaan beliau tidak berubah. Beliau pergi berjumpa perawat alternatif dan diberitahu telah mengalami “buatan orang”.  Bila ditanya rupanya beliau bekerja di kilang perabut dan kerap terdedah dengan bau gam dan bahan kimia yang lain.

 

Ini adalah antara kes-kes keracunan toksin yang kronik berlaku di tempat kerja. Kadang kala doktor yang merawat terlepas pandang atau mungkin ramai doctor muda (yang masih belum banyak pengalaman) tidak menyedari punca masalah ini. Semua kes-kes sebegini saya telah laporkan ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

 

Itu baru contoh yang nyata di kilang yang penuh dengan bahan kimia. Bagaimana pula dengan kehidupan kita sehari-hari?

 

Kita terdedah dengan bahan-bahan kimia dalam dos yang kecil tetapi dalam jangka masa yang panjang. Kita tidak menyedari bahawa bahan-bahan itu bahaya. Tiada orang yang memberitahu. Kita menggunakannya setiap hari dan menganggap penggunaan bahan-bahan ini selamat. Tiba-tiba saja suatu hari kita menjadi tidak sihat dan doktor mengesahkan kita mengalami masalah kesihatan.

 

Saya pernah mendapat email dari seorang pesakit muda berusia 30an yang berasa lemah sangat tubuhnya. Tidak mampu berdiri lama dan hanya mampu berbaring. Rasanya seperti baru berlari 20km atau baru mengerjakan bendang sendirian. Pemeriksaan kesihatan telah dilakukan dan disahkan sihat oleh doctor yang memeriksa. Pemeriksaan CTScan otak juga telah dilakukan. Normal. Sehingga hari ini masih tidak dapat diketahui puncanya. Beliau mahu membuat pemeriksaan lanjut di hospital swasta, tetapi kosnya terlalu mahal.

 

Jadi bagaimana toksin-toksin ini boleh membahayakan diri kita?

Saya sudah ceritakan bahan-bahan toksin yang berbahaya pada tubuh kita dalam artikel penulisan yang lalu. Sekarang saya mahu cerita bagaimana toksin ini merosakkan sistem tubuh kita.

Apabila ada bahan yang berbahaya (toksin) masuk ke dalam tubuh, ia boleh menyebabkan kerosakan kecil pada organ dalam tubuh kita. Ada kalanya ia tidak sampai menyebabkan tubuh kita jatuh sakit. Namun apa yang kita tidak tahu dan sedari adalah bagaimana toksin ini mempengaruhi bahan-bahan genetic dalam sel-sel kita, sehingga menyebabkan sperma kita rosak, wanita tidak mengeluarkan ovum yang subur, atau persenyawaan benih-benih ini akan menyebabkan kecacatan yang belum penah kita lihat sebelum ini. Atau menyebabkan keguguran.

Tetapi kerosakan dan kemudaratannya tidak berakhir di situ. Secara amnya kerosakan atau kemudaratan toksin ini akan menyebabkan 4 perkara:

 

Related image

  1. Kerosakan di peringkat sel (cellular damage)

 

Ini adalah kemudaratan yang paling berbahaya dan tidak disedari. Kita adalah makhluk yang terdiri dari jutaan sel-sel hidup. Toksin akan menyebabkan sel-sel ini mengalami kerosakan sehingga organ tubuh tidak mampu menjalankan tugasnya. Malah boleh menyebabkan organ tidak berfungsi langsung.

“Apa masalahnya. Sel-sel ini terlalu kecil. Toksin ini hanya merosakkan dan mematikan beberapa sel saja..”

Betul dan saya bersetuju, malah sesetangah orang kelihatannya tidak terkesan pun dengan toksin-toksin ini. Saya suka membawa analog. Ia ibarat orang yang tidak memakai helmet di jalanraya. Tidak semua orang akan terbunuh bila mengalami kemalangan jalanraya. Tetapi kebarangkalian untuk mati apabila tidak memakai helmet adalah sangat tinggi.

Begitu juga dengan kesan toksin ini.  Ia mungkin tidak menyebabkan kemudaratan kepada semua orang tetapi ia menyebabkan kemudaratan pada kebanyakan orang. Kes-kes seperti ini semakin meningkat.

Pendedahan terhadap toksin boleh menyebabkan kesan “snow-ball” iaitu kerosakan sel-sel ini sedikit demi sedikit akan bertambah teruk, sehingga sel-sel yang tidak normal terhasil dengan banyaknya dan  membesar sehingga ketumbuhan atau kanser. Ia juga boleh merosakan fungsi organ-organ tertentu terutama yang terlibat dalam proses perkumuhan seperti hati, ginjal dan usus.

 

Image result for toxin chemical nerve damage

  1. Kerosakan saraf

Saraf tunjang, saraf periferi dan otak  adalah satu sistem saraf yang sangat sensitif. Ia boleh rosak apabila terdedah dengan tahap dos toksin yang rendah. Sebagai contohnya ialah racun serangga yang boleh menyebabkan kerosakan sel-sel saraf walaupun ia dalam dos yang rendah. Bagi kebanyakan orang dos yang rendah ini memberikan kesan negative yang minima. Tetapi jika digunakan setiap hari, dan disemburkan hampir pada  tubuh kita, semestinya ia memberikan kesan negatif yang lebih besar.

Mungkin ada yang tidak mempercayai kata-kata saya kerana telah menggunakan bertahun–tahun. Tetapi percayalah bahawa jika digunakan selalu walaupun pada dos yang kecil dan ‘selamat’ ia boleh merosakan sel-sel saraf.  Ramai yang mengalami rasa kebas, rasa mencucuk-cucuk, daya ingatan yang semakin merosot dan rasa penat dan lelah walaupun tidak melakukan kerja yang berat. Mereka tidak menyedari punca-punca masalah ini berada dalam rumah mereka dan mereka menggunakannya setiap hari.

Ramai saintis yang mendakwa penyakit seperti Alzheimer’s, Parkinson’s, dan Multiple Sclerosis adalah disebabkan atau sekurang-kurangnya proses pembentukan penyakit ini dipercepatkan oleh keracunan logam berat dan bahan kimia yang lain yang merosakan sel-sel saraf.

 

Image result for leaky gut

  1. Kerosakan usus

Ramai di antara kita yang tidak mengendahkan perana usus dalam penjagaan kesihatan. Bila mengalami cirit-birit barulah terasa azabnya dan kita mula menyalahkan keracunan makanan dari makanan yang yang kita beli dan makan tadi.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa ia mungkin akibat dari keracunan toksin yang lebih kompleks sama ada dari pemakanan atau mungkin dari bahan-bahan yang kita gunakan dan masuk ke dalam mulut kita tanpa kita sedari.

Makanan yang tidak sihat dan tidak semulajadi yang kita makan atau minum yang kebanyakannya mengandungi bahan-bahan kimia sentitik bagi menjadikan makanan atau minuman kita menjadi sedap dan menarik, mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada usus kita.

Lapisan usus kita akan menjadi bengkak dan radang. Proses penghadaman akan menjadi perlahan. Akhirnya kita mengalami masalah kekembungan, masalah penghadaman, cirit-birit, dan mungkin sembelit.

Ramai yang mungkin mengambil jalan mudah mencari ubat bagi mengatasi masalah cirit-birit. Pergi ke farmasi atau beli di toko jamu. Ada pelbagai jenis ubat yang boleh mengurangkan cirit-birit. Namun ia bukanlah cara terbaik, terutama apabila cirit-birit ini berlaku dalam jangka masa yang lama.

Bila ambil ‘ubat cirit-birit’, kita berasa lega. Tetapi bila tidak ambil ubat sebegitu, perut kita memulas, rasa mahu ke tandas sehingga ‘tiada apa lagi yang keluar’. Nasihat saya jika mengalami masalah cirit-birit yang berpanjangan dan menyebabkan kita mengalami kekurangan berat badan yang ketara, berjumpalah. Selain masalah keracunan makanan yang disebabkan oleh virus dan kuman, ia mungkin disebabkan oleh masalah keracunan toksin yang kita terdedah setiap hari.

Keradangan yang kronik pada usus juga dinamakan sebagai  Leaky Gut Syndrome. Istilah Leaky gut syndrome tidak ada dalam istilah perubatan konventional tetapi ia semakin diterima oleh pengamal perubatan (doctor-doktor) moden ketika ini. Saya akan ceritakan lagi tentang masalah Leaky Gut Syndrome ini  kerana ia menjadi masalah yang semakin berat.

 

 

Related image

  1. Pengumpulan Lemak

Salah satu cara tubuh mengendalikan toksin yang terlalu ialah dengan cara menyimpannya (terutama bahan kimia atau toksin yang serap-lemak) dalam sel-sel lemak. Ia adalah proses semulajadi dalam tubuh sebelum ia diproses semula dan dikumuhkan keluar.

Mengendalikan toksin yang terlalu banyak dalam satu masa boleh merosakan organ yang memproses bahan toksin ini (terutamanya sel-sel hati dan ginjal). Jadi toksin ini ‘ditidakaktifkan’ dan disimpan untuk sementara. Namun kebanyakan toksin ini adalah dalam bentuk organic. Namun begitu sejak kebelakangan ini, peningkatan toksin dalam bentuk inorganic (sintetik) terlalu banyak sehingga menyebabkan lebih banyak toksin yang berbahaya tersimpan dalam sel-sel lemak dalam tubuh kita. Malah ia ‘melekat’ dan sukar dikeluarkan semula dari sel-sel lemak ini.

Sel-sel lemak ini pula cuba mengurangkan kepekatan toksin ini dengan menggandakan penyimpanan lemak, agar kepekatan lemak lebih banyak dari kepekatan toksin. Ini akan mengakibatkan peningkatan saiz sel-sel lemak, dan menyebabkan seseorang itu mengalami penambahan berat badan. Malah apa yang membimbangkan ialah beliau juga mungkin mengalami kesukaran menurunkan berat badan.

Kseimpulannya, kita haruslah mengelakkan diri dari terdedah kepada bahan-bahan kimia. Jika kita terpaksa melakukan pekerjaan yang melibatkan bahan-bahan ini, saya mencadangkan agar kita berhati-hati dengan menggunakan peralatan perlindungan peribadi bagi mengelakkan terdedah secara terus kepada bahan-bahan ini.

Di rumah pula kita cuba kurangkan penggunaan bahan-bahan kimia dalam set penjagaan diri seperti shampoo, sabun dan pembersihan lain. Begitu juga dalam pemakanan yang banyak dicampurkan dengan bahan perasa, pewarna dan pengawet. Cuba cari alternatif yang lain jika ada tanda-tanda yang menunjukkan kita mula mengalami keracunan terhadap bahan-bahan kimia ini.

 

Semoga bermanfaat.

 

Lawati facebook kami dengan klik

–> NEEDS VENUE SDN BHD

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: