Advertorial
Home » Lelaki » Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

Adakah soya dan produknya memberikan kesan pada kesuburan lelaki?

Soya dan hormone Estrogen.

Kacang soya adalah sumber protein dan sumber bagi hormone kesuburan wanita, estrogen. Namun begitu hormone wanita yang terhasil adalah sumber tumbuhan (plant-derived) yang dinamakan phytoestrogen dan ianya di’subclass’kan sebagai isoflavones.

Isoflavone juga mempunyai beberapa jenis yang mempunyai kesan yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun kesan phytoestrogen ini terlalu kecil jika dibandingkan dangan kesan hormone estrogen yang sebenar. Ia juga kadang kala memberikan kesan antiestrogen yang membantu gejala menopause dan menghentikan pertumbuhan pertumbuhan sel-sel kanser.

Adakah soya memberikan kesan kepada kesuburan ?

Tidak ada banyak kajian mengenai ini. Namun ada yang berpendapat bahawa di negara pengeluar soya pun di mana pengambilan soya dalam diet pemakanan amat banyak sekali, kadar kelahiran tidak berkurang berbanding negara lain yang tidak mengamalkan pemakanan soya. Dalam erti kata yang lain, tiada kajian yang sah menunjukkan soya memberikan kesan kemandulan.

Namun ada beberapa kajian yang cuba mengaitkan pengambilan soya dalam pemakanan akan mengurangkan kesuburan wanita. Kajian yang diterbitkan oleh  American Journal of Clinical Nutrition, menyebut  pengambilan soya yang tinggi akan memanjangkan kitar haid, mengurangkan FSH dan mengurangkan LH.

Namun begitu kita harus faham bahawa kandungan soya yang terlalu tinggi sebegitu, mustahil diamalkan oleh kita.

Kajian oleh American Family Physician dalam majalah rasminya memberitahu bahaya pengambilan soya dalam makanan tidak seharusnya dianggap punca utama kemandulan bagi wanita. Ini adalah kerana kemandulan mempunyai pelbagai sebab dan pengambilan soya hanyalah faktor kecil yang menyebabkan kemanduan itu.

Kajian di American Journal of Clinical Nutrition menyatakan pengambilan soya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesuburan, malah tidak menjejaskan peluang untuk mengandung dan melahirkan anak.

Bagaimana isu ini bermula?

Satu kajian yang agak kontroversi telah dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dan rakan-rakannya dari Harvard School of Public Health, Brigham dan Women’s Hospital, Massachusetts General Hospital, dan Harvard Medical School. Ianya diterbitkan dalam Journal Human Reproduction.

Kajian ini merupakan kajian cross-sectional, di mana ia cuba mengaitkan masalah kesuburan pada lelaki (bilangan sperma yg rendah) dengan pengambilan soya dalam diet.

Mereka telah melakukan kajian ini sepanjang tahun 2000-2006 di sebuah klinik kesuburan di Massachusetts General Hospital Fertility Centre dengan menjemput 598 orang lelaki untuk mengambil bahagian.

Daripada 598 orang yang dijemput, hanya 99 orang saja yang mengambil bahagian. Mereka kemudian diminta menyerahkan sampel air mani untuk dianalisa jumlah air mani (ejaculation volume), jumlah sperma, kepekatan sperma, pergerakan sperma dan struktur sperma. Pemeriksaan kesihatan juga dilakukan.

Namun bagaimana pun peserta-peserta itu hanya diberikan kertas soalan yang berbentuk questionnaire bagi menentukan kekerapan mereka mengambil soya. Kebanyakan peserta ini adalah orang Eropah  Caucasian dan berumur secara purata 36.4 tahun.

Di manakah kelemahan kajian ini?

Daripada 99 lelaki yang mengambil bahagian, majoriti mereka (72%) adalah berlebihan berat badan (over weight), 74% tidak pernah merokok. Kajian sperma pula mendapati  42% adalah normal, 10% mempunyai bilangan sperma yang rendah (kurang daripada 20 juta/ml). Hanya 55%  lelaki yang mempunyai pergerakan sperma yang lemah.

Manakala lelaki yang mempunyai sperma 42 juta/ml menafikan mengambil soya dalam pemakanan mereka.

Berdasarkan pemerhatian ini Dr Jorge Chavarro merumuskan bahawa mereka yang mengambil soya dalam pemakanan mempunyai bilnagn sperma yang kurang.

Walau bagaimana pun kajian ini telah mendapat kritikan dari beberapa pengkaji yang lain. Antara alasan mereka ialah ;

  1. Isipadu kajian ini adalah kecil, iaitu 99 orang sahaja yang mengambil bahagian. Apabila bilangan peserta kecil, maka sedikit perubahan dalam data akan memberikan peratusan yang tinggi dalam analisa. Sebagai contoh jika hanya 2 orang memberikan data yang berlainan, sebanyak 2% perubahan dalam pengumpulan data. Ini berbanding jika bilangan peserta berjumlah 1000 orang. Perubahan data yang diberikan oleh dua orang hanya merubahkan 0.2% dalam pengumpulan data yang dilakukan analisa.
  2. Teknik kajian cross-sectional tidak sesuai dalam kajian ini kerana mustahil boleh mengaitkan kualiti dan bilangan sperma dengan diet pemakanan. Para pengkritik bertanya adakah pengambilan soya menjadi sebab utama kepada masalah kesuburan itu, sedang para peserta ketika menjawab questionaire itu mungkin tidak mengingati jumlah pengambilan soya atau tidak mencatat (rekod) setiap kali mengambil soya.
  3. Kebanyakan peserta mempunyai berat yang berlebihan (overweight), sedangkan para saintis mengetahui bahawa berat badan yang berlebihan sememangnya mempengaruhi kesuburan, walaupun tidak mengambil soya di dalam pemakanan. Maka kajian ini tidak boleh mengaitkan kesuburan dan pengambilan soya dalam diet pemakanan untuk lelaki yang mempunyai berat yang ideal.

Ada beberapa kritikan yang diberikan, termasuk pertanyaan yang menjadi tandatanya, iaitu di kalangan penduduk Asia, ramai lelaki yang mengambil soya sebagai diet pemakanan kerana ianya adalah sumber protein yang murah.

Namun pengambilan soya tidak menjejaskan langsung penduduk India yang mengambil soya sebagai minuman, penduduk China yang mengambil taufu dalam makanan dan penduduk Indonesia (Jawa) yang mengambil tempe sebagai hidangan minuman petang mahu pun lauk dalam menu makanan tengah hari dan malam.

Maka para pengkritik yang terdiri daripda ahli sains dan doktor perubatan menolak idea/kajian ini. Seharusnya kemandulan lelaki dikaitkan dengan konteks yang lebih luas lagi iaitu cara hidup (termasuk rokok dan alkohol), kegiatan seksualnya, kesihatan mereka secara menyeluruh dan aspek diet yang lebih memudaratkan ialaitu diet pemakanan yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrate.

Bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesuburan, soya tidak akan memberikan kesan yang drastik. Maksudnya mereka tidak akan menjadi mandul semata-mata kerana mengambil soya atau produk soya dalam makanan.

Kesimpulannya, pengambilan soya secara sederhana semestinya digalakkan dan ianya tidak akan memberikan kesan kemandulan. Pengambilan secara berlebihan mana-mana makanan juga tidak digalakkan, termasuk pengambilan soya. Harus juga diingatkan soya juga memberikan kesan positif yang lain pada tubuh dalam aspek kesihatan secara menyeluruh.

Untuk meningkatkan kualiti sperma, saya cadangkan Proxeed Plus.

https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Wallahu a’lam.

IKLAN

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

8 comments

  1. assalamualaikum…. sy ada byk kemuskilan mengenai soya…. sy mendapat maklumat bahawa air soya sangat bahaya di minum….
    sy hrp dr.zubaidi dapat memberi ulasan setelah membaca beberapa artikal ini…. sy memerlukan ulasan drp dr secepat yg mungkin… terima kasih kerana membantu….

    http://nurulainaadnan.blogspot.com/2010/03/kaumwanitasekaliansilaberjagajagainibah.html

    http://treeed.multiply.com/journal/item/161/FYI_BAHAYA_SOYA

    http://www.soyonlineservice.co.nz/

    • Wa alaikum mus salam… soalan puan tidak saya fahami. Tidak selamat dari segi apa? Boleh hantarkan artikel yang mengatakan air soya tidak selamat? Salam alaika.

  2. assalamualaikum…doc, saya rasa badan saya gemuk kerana hormon tak seimbang…ini kerana saya menjaga makan saya…walaupun tidak berdiet secara strict, tetapi saya tidak makan secara berlebihan…malah rakan dan keluarga kerap menegur saya makan dlm kuantitit yang kecil..saya juga melakukan aerobik 2 jam 2 kali seminggu…dan aktif bergerak…tetapi saya masih overweight…haid saya tidak tetap dan saya mempunyai masalah angin…kerap kembung, senak ulu hati dan sebagainya kerana angin…apakah ubat untuk hormon tak seimabang..seterusnya buat badan saya normal…

  3. saya ada bc minuman soya yg kerap akn menyebabkan mslh tiroid,dan mmpunyai racun jika tidak mnggunakan proses penapaian..adakah benar?saya ingin mengambil soya krn saya dapat tau ia baik utk tmbh hormon estrogen..jd jika soya xelok diminum kerap,ape makanan yg baik utk tambah estrogen?

  4. salam.sy nak tanya.sy haid pd 24 bln 5 n bln 6 27 hbln ni sy kuar darah bewarna coklat muda sedikit dan 28 spot jer.adaka sy mgandung sbb anak sy pertama x da kuar dara..tlong bg penjelasan dr.sbb sy chek upt negativ

  5. assalamualaikum doktor..
    ha amat memerlukan penerangan yg teliti dari dr..
    ha da kawen dlm 8 bulan da,,kami amat mgharapkan agar dpt cahayamata..tp sejak berkawen..haid jd xmenentu…ade sebulan x dtg..kalau dtg pun..xlame..dlm 3-4 hari j..
    dan ha ingin tahu,,adakah air soya xsesuai untuk wanita..dari segi tahap kesuburan…
    wsslm

  6. assalamualaikum doktor…
    saya mengamalkan pengambilan susu soya + ESP (energizing soy protein) setiap pagi. adakah ianya selamat (tidak akan memberikan kesan negatif) dalam jangka masa panjang?
    terima kasih

    • Assalamualaikum doktor. Saya mengamalkan pengambilan susu soya + ESP (energizing soy protein) setiap pagi. adakah ianya selamat (tidak akan memberikan kesan negatif) dalam jangka masa panjang?
      terima kasih

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya berpendapat pengamalan soya dalam bentuk makanan atau minuman tidak memberikan kesan kemudaratan.

      Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudaratan mengamalkan soya. Banyak penulisan di internet hanya bedasarkan teori-teori yang disahkan.

      Soya sebenarnya adalah tumbuhan yang biasa di tanam di negara-negara Asia Tenggara semenjak dari dulu lagi. Ia telah menjadi makanan asas bagi penduduk di situ. Semasa Dinasti Chou di (1134-246 B.C.), teknik penapaian (fermentation) telah diperkenalkan bagi membolehkan soya dapat dimakan dengan pelbagai bentuk seperti tempeh, miso, dan kicap soya. Tofu pula diperkenalkan pada kurun ke 2 dan banyak dinikmati kini di seluruh dunia.

      Soya kemudiannya diperkenalkan di Eropah pada tahun 1700an dan mula bertapak di Amerika Syarikat pada tahun 1800an. Hari ini negara itu menjalankan penanaman soya secara besar-besaran selepas Perang Dunia ke II. Negeri Midwestern di Amerika Syarikat merupakan pengeluar soya bagi memenuhi separuh permintaan dunia.

      Soya mengandungi protein, isoflavones, dan serat (fiber), yang dipercayai memberikan manfaat kepada kesihatan.

      Soya adalah pembekal protein yang baik dalam pemakanan kita kerana mengandungi banyak asid amino yang diperlukan.

      Soya juga pembekal lecithin dan isoflavones. Kedua-dua bahan ini memberikan manfaat besar kepada kesihatan. Isoflavones mempunyai kesan sebagai perangsang hormone yang menyerupai kesan estrogen dan disebut sebagai “phytoestrogens.”

      Banyak kajian yang ringkas dilakukan mengenai soya dan disahkan memberikan manfaat kepada penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular, mengurangkan masalah berkaitan dengan menopause, mengurangkan berat badan, kesakitan pada sendi, meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan keupayaan dalam riadah dan sukan.

      Soya juga dikatakan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser payudara di kalangan wanita dan risiko kanser prostate di kalangan lelaki.

      Walau bagaimana pun kajian yang lebih mendalam mengenai manfaat-manfaat ini belum lagi meluas dan perlu dipertingkatkan.

      Wallahu a’lam.

Leave a Reply to ieyha Cancel reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: