Kesan sampingan suntikan perancang keluarga

 

“Salam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat.

 

Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang teruk. Jadi saya bertukar kepada suntikan.

 

Malangnya semenjak saya mengambil suntikan pula, haid saya juga tidak teratur setiap bulan, kadang kala ada dan tidak, dan pernah keluar selama 15 hari atau kadang kala lebih.

 

Saya ingin mendapat kepastian, adakah selepas saya berhenti mengambil suntikan hormon akan menyebabkan kesukaran untuk hamil semula? Adakah kekerapan sakit kepala yang saya alami selama dua tahun kebelakangan ini kesan daripada suntikan hormon itu?

 

Mohon pencerahan. Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Suntikan perancang keluarga yang puan maksudkan ialah suntikan Depo-Provera iaitu ubat hormone yang mengandungi satu jenis sintetik hormone saja, depot medroxyprogesterone acetate (DMPA) yang sangat berkesan untuk pencegahan kehamilan.

 

Ia diberikan selepas hari ke 5 haid bagi memastikan wanita itu tidak hamil ketika suntikan diberikan. Ia sangat bekerkesan untuk 3 bulan, dan kemudian wanita itu akan disuntik semula.

 

Kaedah suntikan hormon ini sangat sesuai bagi wanita menyusukan bayi kerana ia tidak mengeringkan susu.

 

Wanita yang mengamalkan suntikan ini boleh hamil tiga hingga empat bulan selepas suntikan terakhir. Walau bagaimanapun, ada wanita yang mengambila masa sehingga satu atau dua tahun untuk hamil semula.

 

Banyak kajian menunjukkan bahawa jika seorang wanita itu lebih lama mengamalkan suntikan perancang kehamilan Depo-Provera, lebih sukar ataumengambil lebih lama untuk hamil semula.

 

Oleh itu saya mencadangkan jika puan tidak hamil setelah enam bulan tidak mengamalkan suntikan itu tetapi masih tidak hamil, pergilah berjumpa dengan doctor pemeriksaan. Ini kerama masalah kesuburan yang dialami mungkin disebabkan oleh factor lain dan bukan disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone akibat suntikan ini.

 

Kebanyakan wanita boleh menggunakan suntikan ini tanpa masalah. Namun bagi sesetengah wanita tidak dibenarkan mengambil suntikan ini jika;

 

  1. Mengalami pendarahan faraj yang tidak dapat diketehui puncanya
  2. Mengalami masalah berkaitan dengan fungsi organ hati
  3. Mengalami kanser payudara atau baru menjalani rawatan kanser payudara
  4. Mengalami masalah ‘darah beku’

 

Selain itu saya mencadangkan agar wanita yang ingin mengamalkan suntikan ini agar berbincang dengan doctor mengenai kesan sampingannya.

 

Antara kesan sampingan yang biasa berlaku termasuk:

  1. Kitaran haid yang tidak menentu
  2. Mengalami sakit kepala
  3. Rasa berdebar-debar
  4. Pening (berpusing)
  5. Jerawat
  6. Perubahan selera makan, sama ada rasa cepat lapar dan ada yang lambat lapar
  7. Penambahan berat badan
  8. Pertumbuhan berlebihan bulu pada muka dan badan
  9. Keguguran rambut
  10. Kereputan pada tulang

 

Kebanyakan kesan sampingan yang saya nayatakan di atas jarang berlaku tetapi ia masih boleh berlaku.

 

Berkenaan dengan kitaran haid yang tidak menentu, selalunya selepas setahun mengamalkannya, kira-kira 50% wanita akan mengalami kitaran haid yang normal.

 

Namun jika masih mengalami kitaran haid yang tidak menentu selepas setahun menggunakaknnya, saya mencadangkan agar berhenti mengamlkan suntikan ini. Selalunya kitaran haid akan kembali normal setelah 4-6 bulan menghentikan suntikan ini.

 

Penggunaan suntikan ini terlalu lama boleh menyebabkan kehilangan kepadatan mineral tulang yang signifikan, lalu meningkatkan risiko osteoporosis.

 

Risiko ini mungkin lebih tinggi kepada wanita yang mengambil suntikan ini lebih dari dua tahun.

 

Wa allahu a’lam

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak dicadangkan mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengembalikan semula kesihatan wanita. Mereka juga digalakkan diambil makanan yang mempunyai banyak vitamin C dan vitamin E.

 

Boleh dapat dari wakil pengedar kami.

 

 

Dapatkan juga minyak zaitun OLIVIE dari Morocco. 

 

Boleh dapatkan Olivie, Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

 

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!