Advertorial
Home » Doktor Menjawab » kesan sampingan makan ubat pencair darah aspirin

kesan sampingan makan ubat pencair darah aspirin

KESAN SAMPINGAN MAKAN UBAT PENCAIR DARAH ASPIRIN

 aspirin

“Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkaitan keadaan suami saya. Beliau menjalani prosuder jantung dan diberikan ubat aspirin. Alhamdulillah beliau beransur sembuh, cuma beliau mengalami alergi yang agak teruk seperti ruam merah dan kulit ditapak tangan, jari dan kedua belah kaki beliau mengelupas sehinggakan lapisan pertama kulit hilang sama sekali. Semasa merujuk kepada hospital kerajaan di sini doktor telah memberikan jenis ubat alergi iaitu clartyne. Mohon pencerhan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Ubat aspirin selalu diberikan kepada pesakit yang mengalami darah yang pekat di tahap sederhana. Ubat-ubat lain seperti warfarin hanya diberikan kepada pesakit yang mengalami darah yang pekat sehingga boleh menyebabkan pembekuan darah sehingga boleh kepada diri.

 

Jadi aspirin adalah ubat yang agak biasa diberikan kepada pesakit. Dahulu, sebelum ubat paracetamol ditemui, ramai pesakit diberikan aspirin untuk mengurangkan demam dan sakit badan.

 

Penggunaan aspirin semakin berkurangan kerana ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang berbahaya jika diambil tanpa berhati-hati pada jangka masa yang panjang dan dos yang tinggi. Ia juga boleh menyebabkan alahan pada sesetengah pesakit.

 

Oleh itu cara terbaik jika terpaksa menggunakan aspirin adalah dengan menggunakan dos yang paling rendah yang berkesan untuk mengurangkan kesan sampingan.

 

Kesan-kesan sampingan yang paling biasa aspirin melibatkan sistem penghadaman. Antaranya:

 

  1. alahan (alergik) pada kulit
  2. ulser perut dan duodenum (bahagian pertama usus kecil),
  3. sakit dan pedih perut,
  4. rasa loya,
  5. gastritis (radang perut), dan
  6. pendarahan seius dari ulser perut.
  7. aspirin boleh menjadi toksik kepada hati.

 

Alahan pada kulit selepas menggunakan aspirin boleh jadi peringkat ringan dan boleh jadi peringkat yang serius. Jika di peringkat ringan, selalunya hanya ruam atau bengkak di bahagian mata dan bibir dan akan sembuh sendiri apabila pesakit menghentikan pengambilan aspirin.

 

Di peringkat yang serius, apabila berlaku sukar bernafas akibat saluran pernafasan sempit akibat alahan aspirin.

 

Apa yang membimbangkan ialah aspirin boleh menyebabkan ulser perut dan pendarahan berlaku tanpa pesakit merasa apa-apa sakit perut. Tanda-tanda ulser perut dan pendarahan dari ulser itu ialah:

 

  1. mengeluarkan najis hitam,
  2. rasa kelemahan, dan
  3. rasa pening apabila berdiri dan menukar posisi dari duduk kepada bangun

 

Jika ia berlaku bermakna pendarahan dari ulser perut sudah di tahap yang kritikal, sehingga pesakit mengalami kekurangan darah. Pesakit harus membuat pemeriksaan doctor segera.

 

Satu lagi kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku ialah pendarahan intrakranial (pendarahan ke dalam tisu otak) kerana darah terlalu cair. Keadaan pesakit seperti mengalami masalah strok akibatan pendarahan otak.

 

Namun begitu pendarahan dari ulser perut atau pendarahan intrakranial, jarang berlaku (kurang daripada 1% daripada pesakit), hanya berlaku di kalangan pesakit yang mengambil dos sederhana aspirin (contohnya, 325 mg / hari).

 

Aspirin juga boleh menjejaskan fungsi buah pinggang dan hati, terutamanya pada pesakit yang sudah mempunyai masalah fungsi hati dan penyakit buah pinggang.

 

Kesan sampingan yang lain aspirin termasuk mudah lebam, pening (vertigo), dan bunyi berdesing dalam telinga (tinnitus).

 

Oleh itu bagi mengelakkan kesan sampingan yang disebutkan tadi, aspirin harus dengan nasihat doctor dan selalunya diberikan pada dos yang rendah seperti 75-150 mg / hari.

 

Saya percaya suami puan mengalami alahan aspirin. Cara terbaik ialah menghentikan penggunaannya dan berbincang dengan doctor untuk mendapatkan ubat pencair darah yang standing.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: