Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kesan sampingan injeksion vaksin tetanus

Kesan sampingan injeksion vaksin tetanus

KESAN SAMPINGAN INJEKSION VAKSIN TETANUS

 

Flu Pregnant Women

 

“Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya, isteri saya mengandung buat kali pertama dan baru sahaja mendapat suntikan tetanus buat kali kedua dari doktor. Dia telah disuntik di bahagian atas punggung. Setelah 2 hari, dia mengalami kesakitan dari atas punggung ke peha, rasanya seperti sakit period. Saya amat risau, adakah itu kesan biasa suntikan tetanus? Sekian, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Suntikan vaksin anti tetanus (sama ada dalam bentuk DTaP atau TDAP) mempunyai kesan sampingan yang jarang berlaku. Sepanjang ingatan saya belum ada lagi masalah kesan sampingan yang teruk bagi pesakit yang menerima suntikan anti tetanus dari saya.

 

 

Namun begitu saya tidak dapat menafikan terdapat kesan sampingan yang mungkin berlaku pada wanita hamil yang menerima suntikan itu.

 

Kesan sampingan biasanya tidak berbahaya. Ia bersifat sementara. Kesan sampingan ini boleh disebabkan faktor teknik suntikan seperti rasa sakit dan bengkak di tempat suntikan.

 

 

injection bruises

Jika suntikan itu terkena pada saluran darah, ia menyebabkan pengumpulan darah beku. Jika suntikan itu terkena saraf, mungkin rasa sakit yang berpanjangan.

 

Selain itu ia mungkin disebabkan oleh faktor alahan pada kandungan vaksin yang disuntikan seperti rasa demam, rasa sakit badan, sakit kepala, menggigil, mual, muntah, cirit-birit, kelenjar limfa menjadi bengkak dan sakit sendi.

 

Kesan sampingan ini dianggap ringan dan biasanya tidak memerlukan rawatan. Ia akan hilang dalam masa 24 jam.

 

Jika isteri saudara mengalami rasa sakit ini melebihi 24 jam, boleh bawa semula ke klinik tersebut untuk pemeriksaan semula.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: