Advertorial
Home » Farmasi » KESAN SAMPINGAN BAGI UBAT DARAH TINGGI FELODIPINE

KESAN SAMPINGAN BAGI UBAT DARAH TINGGI FELODIPINE

Kesan sampingan bagi ubat darah tinggi Felodipine

Yang biasa berlaku adalah :

1. Sakit kepala
2. Pening
3. Flushing (rasa panas atau kulit jadi merah)
4. Jantung berdegup laju
5. Rasa perut tidak selesa

Selain itu, kesan sampingan yang mungkin berlaku :

1. Gusi bengkak
2. Ruam pada kulit
3. Batuk dan selsema
4. Rasa letih
5. Rasa tidak menentu (restlessness dan nervousness)
6. Loya
7. Sembelit, kadang kala cirit-birit
8. Tidur terganggu
9. Sakit sendi
10. Kerap kencing

Kesan sampingan yang serius adalah :

1. Bengkak pada tangan, pergelangan kaki dan kaki.

2. Jantung berdegup tidak menentu.

Jika mengalami masalah di atas, jangan terus berhenti mengambil ubat tersebut. Berbincang dengan doktor. Doktor mungkin menukarkan kepada ubat yang lebih sesuai.

Selain itu ubat ini tidak boleh diambil sekali dengan beberapa ubat lain kerana ia mungkin menimbulkan kemudaratan. Antaranya :

1. Ubat anti-fungus: itraconazole, ketoconazole
2. Ubat sawan: carbamazepine
3. Ubat gastrik: cimetidine
4. Antibiotik: erythromycine,rifampin

Jadi beritahu doktor jika ada mengambil ubat lain, sebelum mengambil ubat darah tinggi felodipine.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: