Kesan pil perancang Noriday pada bayi melalui susu ibu

KESAN PIL PERANCANG NORIDAY PADA BAYI MELALUI SUSU IBU

 

“Salam doctor. Saya sedang mengamalkan pil Noriday, yang dicadangkan oleh doctor saya kerana saya masih menyusu. Pertanyaan saya, boleh kesan hormone dalam pil ini memberi kesan pada bayi saya melalui susu ibu? Mohon penjelasan. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Penggunaan pil perancang keluarga NORIDAY memang digalakkan bagi ibu yang menyusukan anak mereka kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu.

Pil Perancang Keluarga Noriday  termasuk dalam  kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill)  kerana ia hanya  mengandungi  satu  jenis hormon progestogen sahaja.

Ia mengandungi Norethisterone (sejenis progesterone buatan) 350microgram bagi setiap biji.

Noriday boleh diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Hanya sejumlah kecil hormone progesterone yang akan masuk ke dalam susu ibu,( antara  1 hingga 6 peratus daripada jumlah di dalam badan ibu).

Dalam kebanyakan penyelidikan setakat ini, menunjukkan bahawa  ia selamat dan tidak memberikan kesan buruk kepada pengeluaran susu ibu, dan tidak memberikan kemudaratan pada kesihatan bayi.

Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!