Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Kesan Pil Perancang kepada Kanser Payudara

Kesan Pil Perancang kepada Kanser Payudara

Saya menerima banyak pertanyaan setiap hari. Saya mengharapkan rakan-rakan FB yang bertanya melalui inbox fb bersabar kerana saya mempunyai masa yang terhad.

Baru-baru ini saya menerima soalan dari seorang wanita awal 40an yang telah mengamalkan pil perancang keluarga selama 8 tahun.

Salam, saya ingin bertanya tentang pil perancang keluarga. Ibu saya menghidap kanser payudara dan telah selamat dibedah. Saya dinasihatkan untuk berhenti dari mengamalkan pil perancang ini kerana ada risiko kanser payu dara. Adakah saya harus menghentikannya? Terima kasih”

Sebelum menjawab soalan ini, elok kita lihat kebarangkalian seseorang wanita di Malaysia untuk mendapat kanser payudara.

Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara. Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 – 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Ini bermakna kemungkinan seorang wanita di Malaysia untuk mendapat kanser payu darah adalah 0.001%. Peratusan ini kecil kerana tahap kesedaran terhadap kanser payudara yang semakin meningkat. Ramai wanita Malaysia yang terus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat jika mereka risau terdapatnya ketulan pada payudara mereka.

Apakah pengamalan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan boleh meningkatkan risiko kanser payudara bagi seorang wanita?

Risiko seseorang wanita untuk menghidap kanser payudara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah hormon wanita mereka sendiri. Mengikut kajian, wanita yang terdedah lama pada hormon semulajadi juga akan menyebabkan risiko kanser payudara.

Bagaimana ini boleh terjadi? Seorang wanita akan terdedah pada hormon terlalu lama apabila beliau menjadi akhil baligh pada usia yang awal – haids pada usia yang muda (kurang 12 tahun), atau mengalami fasa menopause yang lewat pada umur selepas 55 tahun, atau lambat mempunyai anak pertama (selepas umur 30 tahun) atau tidak mempunyai anak langsung.

Perlu diketahui bahawa pil pencegah kehamilan atau pil perancang keluarga ini juga mengandungi hormon tambahan. Secara logiknya, penambahan hormon ke dalam badan seseorang boleh menyebabkan dirinya ’tidak subur’ untuk sementara namun sudah tentu ada kesan sampingan, antaranya kanser payudara.

Jadi betullah pil perancang keluarga menyebabkan kanser payudara? Bukanlah semuanya takdir dari Allah?”

Sukar saya menjawab soalan ini. Sesuatu penyakit yang diujikan pada seseorang adalah takdir dari Allah yang mana tidak seorang pun yang tahu. Kita tidak tahu takdir kita sehingga ianya berlaku. Seorang wanita tentunya tidak tahu takdirnya menghidap kanser payudara kecuali apabila dia telah didiagnosakan sebagai pesakit kanser payudara.

Inilah kelemahan manusia sebgai makhluk. Namun begitu jika kita inginkan perubahan dalam diri kita, Allah perintahkan kita untuk berusaha dan berdoa.

Jika kita telah berusaha melakukan perubahan dan berjaya melakukan perubahan itu, tidak bermakna kita boleh menepuk dada dan mengaku kekuatan dan kebolehan kita. Begitu juga jika usaha perubahannya tidak berjaya, janganlah bersedih. Kita tidak mampu memikirkan kebaikan sesuatu takdir sama ada usaha kita berjaya atau tidak. Ia juga melambangkan iman kita yang lemah.

Oleh kerana manusia itu lemah dan tidak mengetahui takdirnya, maka diwajibkan untuk berusaha secara bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan hidupnya. Dalam menjalani hidupnya, manusia diberikan pegangan hidup berupa Al Quran dan Al Hadis.

Jadi perlulah diusahakan pencegahan dan sikap berhati-hati kerana ianya termasuk dalam usaha untuk mencapai kebaikan dalam hidup.

Saya telah mengupaskannya dalam penulisan saya iaitu ”Mencari Ubat adalah Tawakal” di http://drzubaidi.com/blog/?p=602

Beriman kepada Qadar tidak bererti kita tidak perlu berusaha dan hanya berpeluk tubuh saja.  Bahkan haruslah melaksanakan usaha kerana ia adalah perintah Syari’ah. Apabila ada sebab maka akan lahirkan musabab (akibat).

Dalam kuliah pengajian saya, diceritakan Amirul Mu’minin, Umar bin Khattab, ketika pergi menuju Syam, di tengah perjalan dia mengetahui bahwa telah tersebarnya wabak penyakit taun di pertengahan jalan.

Kemudian para sahabat yang mengikuti beliau bermusyawarah. Apakah perjalanan ini perlu diteruskan atau kembali pulang ke Madinah? Maka terjadilah perselisihan pendapat di antara mereka dan kemudian Umar Khattab memutuskan untuk kembali ke Madinah.

Maka datanglah Abu Ubaidah Amir bin Al-Jarah seraya berkata : ”Hai Amirul Mu’minin, mengapa anda kembali ke Madinah dan lari dari Qadar Allah ?” Umar menjawab : ” Aku lari dari Qadar Allah menuju Qadar Allah”.

Kemudian setelah itu datang Abdurrahman bin Auf (dia sebelumnya tidak ada di situ), kemudian dia menceritakan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang wabak penyakit.

“Ertinya, bila kamu sekalian mendengar terjadinya wabak penyakit di suatu kawasan, maka janganlah kamu ke sana”

Kesimpulan perkataan Umar “lari dari Qadar Allah menuju Qadar Allah” itu merupakan dalil bahwa melaksanakan sebab juga termasuk Qadar Allah.

Kita tahu bahawa apabila seseorang mengatakan ”saya beriman kepada Qadar Allah dan Allah akan memberiku seorang anak dengan tanpa berkahwin dan mempunyai isteri ”, maka orang tersebut adalah gila.

Begitu juga bila dia mengatakan “saya beriman kepada Qadar Allah dan saya tidak akan mahu bekerja dan mencari rezeki”, maka dia adalah bodoh.

Maka iman kepada Qadar adalah tidak bermakna jika tiada usaha dengan ikhtiar yang betul. Janganlah kita bersangka buruk dengan Allah dan janganlah kita berputus asa dari rahmatNya.

Oleh itu kita harus berusaha untuk mengelak sesuatu penyakit dan berserah kepada Allah untuk menentukan keputusan. 

”Tapi saya membaca dari internet bahawa pil perancang boleh mengurangkan risiko kanser payudara pula?”

Para doktor dan saintis  masih lagi berbeza pendapat mengenainya. Mereka tidak mendapat satu keputusan secara muktamad sama ada pil perancang keuarga akan meningkatkan risiko kanser payudara atau tidak. Kajian yang dibuat oleh Mayo Clinic, juga memberikan keputusan yang bercampur-campur dalam menentukan hubungan pil pencegah kehamilan dengan kanser payudara.

Namun saya lebih suka mengambil pendapat yang mengatakan ’pengambilan pil perancang keluarga akan meninggikan risiko untuk mendapat kanser payudara’. Pada saya lebih baik dari tidak mengambilnya kerana ada kajian yang mengaitkan pengambilan pil itu dengan kanser payudara.

“Jadi siapa yang perlu berhati-hati?”

Bagi mereka yang mempunyai keluarga terdekat (sama ada emak, saudara perempuan atau ibu saudara malah sepupu) yang pernah mendapat kanser payudara, pengambilan pil pencegahan kehamilan haruslah diambil dengan berhati-hati.

Wanita ini berisiko tinggi dan mungkin mengalami masalah kerosakan genetik BRCA1. Satu kajian yang mendapati bahawa wanita yang mengamalkan pil perancang dan mempunyai kecacatan genetic BRCA1 akan meninggikan risiko untuk mendapat kanser payudara.

Genetik BRCA1 ada pada setiap wanita. Ia berfungsi menghalang pembentukan sel-sel kanser dalam payudara. Jika terdapat kecacatan atau kerosakan pada genetik ini, BRCA1 tidak lagi dapat menjalankan fungsinya dan menyebabkan sel-sel kanser terbentuk di dalam payudara. Oleh itu sebarang kerosakan atau kecacatan pada genetik BRCA1 akan meninggikan risiko menghidapi kanser payudara. Apatah lagi jika terdedah kepada hormon tambahan itu.

”Jadi saya perlu hentikan pengamalan pil ini walaupun saya tidak mempunyai keluarga yang ada kanser payudara?”

Saya serba salah dalam menjawab soalan ini. Saya tidak menentang penggunaan pil perancang keluarga. Ianya boleh digunakan jika wanita itu mengalami masalah kesihatan yang akan memudharatkannya jika dia hamil lagi. Contohnya jika dia mempunyai masalah jantung. Sudah tentu pesakit akan mendapat mudharat jika dia hamil semula dan pil perancang harus digunakan.

Namun bagi wanita muda dan sihat, saya harap berhati-hatilah dengan pil perancang keluarga. Ia boleh dibeli dari kaunter farmasi namun haruslah mendapatkan nasihat dari ahli farmasi dahulu.

”Kalau begitu bolehkah saya mengambilnya sebab saya sekarang menyambungkan pengajian di peringkat Master?”

Saya boleh memberikan pendapat dari segi perubatan bukan dari segi hukum. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2003 oleh National Cancer Institute (NCI) USA mendapati ada risiko yang tinggi di kalangan wanita muda yang mengambil pil pencegah kehamilan melebihi 5 tahun.

Kajian ini boleh dilihat di Althuis MD, Brogan DD, Coates RJ, et al. Breast cancers among very young premenopausal women (United States). Cancer Causes and Control 2003; 14(2):151–160. 

Jadi penggunaan pil perancang keluarga tidak harus digunakan pada jangka waktu yang lama. Wanita yang mengamalkannya haruslah kerap melakukan pemeriksaan saringan untuk kanser payu dara.

Jika bimbang pada kesan sampingan pil perancang keluarga, boleh gunakan kaedah lain seperti IUDintrauterine device, kondom  atau merancang menggunakan kaedah kalendar, iaitu memilih waktu tidak subur.

 Allahu a’lam.

 

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (200111)

19 comments

  1. slm..DR sy nak tnya.anak sy dah stahun.sy mkn perancang jenis noriday.sejak mkn pil tu berat badan sy makin berkurangan.jadi kurus sgt nape ye DR??

    • samalah sy siti, selama setahun sy mkn regulon, now dh stop setahun yg lalu.Stp kali nurse timbang berat sy turun je, x naik langsung…sedangkan sy dh sedia kurus.Sktrg bsedia nk preg lg..InsyaALLAH

  2. salam. dktr saya telah 5 taun mengambil pil perancg. kalau saya stop n ambil enjection ada kesan2 tak sperti gemuk ker kurus ke? tq

  3. salam,DR..sye nk tnya,sa dh ambil pil perancang selama setahun..selama sye mnum pil perancang sye dapati rmbut sye telah gugur..apkah ia ksan dri pil tersebut?

  4. salam Dr..sy mengalami masalah jerawat yg agak terok..dan Dr mengalakkan sy mkan pil perancang untk atasi masalah ini..tp sy agak bimbang kerana akan bg kesan apbila sy berkahwin kelak…bimbang bg kesan ntk mendapatkn zuriat.pendapat Dr?

  5. dr apakah kesan terhadap pengambilan pil perancang..?sbb bru2 ni sy x dtg period dsbbkn pengambilan pil perancang n menyusukn anak?n hati sy rasa berdebar2..n tarik nafas pn susah..

  6. dr saya m’punyai 2 anak, anak pertama caeseran,sya mengandung ank ke-2 masa anak pertama 9bln & bersalin secara normal. dapat anak kedua sya mkn noriday tp baru2 nie saya pregnant lagi & anak ke-2 dah ckup setahun.

    soalan saya:
    1)adakah makan pil perancang still boleh pregnant?
    2)apa kesan jika pernah ceasaran tidak sampai 2 thn pregnant dan bersalin normal & xsampai 2 thn pregnant lagi.

  7. salam,

    1. jika menggunakan pil perancang dengan betul, kebarangkalian untuk hamil terlalu nipis. Tentu ada silapnya.

    Tentang kesan pil perancang terhadap bayi dalam rahem, puan boleh membacanya di http://drzubaidi.com/blog/?p=1994.

    2. hamil semula sebelum luka ceaserean sembuh adalah agak berisiko, namun dapat diatasi jika puan buat pemantauan dengan melakukan pemeriksaan antenatal yang lebih kerap dengan doktor pakar.

    Wa allahu a’lam.

  8. assalamualaikum doktor..

    saya noraini, belum berkahwin,saya pernah menghidapi penyakit endometrosis dan telah menjalani laparoscopy..saya telah mengambil lucrin sebanyak 6 kali di hospital kerajaan.memandangkan pengambilan lucrin saya sudah habis..doktor mencadangkan saya untuk mengambil pil perancang yasmin pada bulan 2 ni.apakah kebaikan dan keburukan pil perancang yasmin bagi penyakit endometrosis?

    harap doktor dapat membantu saya..

  9. Normah Mohd Salleh

    Assalamualaikum,Dr, saya telah mengambil pil perancang Marvelon selama hampir 10 tahun. Pada bulan Julai ini umur saya akan mencecah 50 tahun. Saya ingin bertanyakan pendapat dr, adakah saya patut menghentikan pengambilan pil perancang ini disebabkab faktor umur.Untuk makluman dr saya tidak mengalami apa2 masalah sepanjang saya mengambil pil ini, saya tidak mempunyai darah tinggi atau, kencing manis atau pun migrain. Mohon pendapat dan nasihat dari dr. Terima kasih.

  10. Betul ke ahli farmasi mengatakan bahawa makan pil yasmin menyebabkan darah menjadi beku sehingga menyebabkan strok.Mohon penjelasan doktor.

  11. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

  12. salam…saya nak tanya sekarang ni saya mengambil pil perancang Noriday,tp dah 7 bulan haid saya tak dtg dan skrng ni anak saya dah 8 bulan .lagipun dia dah tak menyusu badan /jadi perlukah saya menukar pil perancang saya,tp dgn pil yg mana??

  13. Salam,
    Saya mengambil pil perancang tetapi saya tertinggal dlm 3 biji pil tapi saya meneruskannya…dan kini saya disahkan mengandung. soalan saya..adakah ianya memberi kesan kepada bayi yang saya kandung ini?

  14. Assalamualaikum… sya mengandung anak ke-2 ketika anak sulung berusia 6 bln. Selepas bersalin anak ke-2 saya menggunakan kaedah injection sehingga hampir 8 bulan.Sekarang sya telah berhenti mengambil suntikan perancangan tersebut kerana masalah haid yg tidak teratur. sepatutnya sya mendapatkan suntikan seterusnya pada 1 mei yg lalu, tp saya tidak berbuat demikian kerana bercadang untk mengambil pil perancang bagi membetulkan kitaran haid saya.apakah tindakan ini akan memberikan kesan sampingan. apakah pil perancang yg terbaik utk saya amalkan?

    • mardiana, adakah pengambilan injection menambah berat badan anda? Adakah anda mengalami kesan sampingan yang lain? Saya barumengambilnya sekali beberapahari lepas, bru ber anak satu. 🙂 t.kasih

  15. Salam Dr,

    Sy bru melahirkan anak sulong sy pd bulan march 2012 melalui emergency ceaser. Kesan dr itu, dr Hosp memberitahu bhw, rahim saya koyak dan dijahit sebanyak hmpir 4 cm. Dsbkn itu sy perlu mnjarakkan kehamilan kedua..skrg2 nye 3 tahun.Pada Post checkup pada 2 bulan, doc menasihatkan sy mengambil pil prcg kerana iud mgkin boleh menjejaskan luka, dia memberikan tempoh setahun skurangnya jika sy inginkan iud. Bolehkah doc memberi 2 nd opinion mengenai cara sy untuk merancang kehamilan.

  16. Siti Nor Izati

    Salam Dr. Saya telah mengambil pil perancang Regulon setelah mendapat anak pertama. Sekarang anak saya berumur 11 bulan. Saya bcadang utk stop dr makan perancang ini. Adakah akan ada kesan sampingan Dr? saya juga perasan yang berat badan sy semakin naik tiap2 bulan bila timbang. ini yang amat2 mrisaukan saya Dr. Mohon pjelasan dr Dr. Terima kasih.

Leave a Reply to zue Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!