Advertorial
Home » Diabetes Mellitus » Kesan pengambilan serat tinggi terhadap penyerapan gula untuk pesakit diabetes

Kesan pengambilan serat tinggi terhadap penyerapan gula untuk pesakit diabetes

KESAN PENGAMBILAN SERAT TINGGI TERHADAP PENYERAPAN GULA UNTUK PESAKIT DIABETES

jus betik

 

 

“Salam doctor. Saya pesakit diabetes. Bolehkah saya mengambil buah-buahan kerana buah-buah pun manis”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Dulu  pesakit  diabetes dilarang  sama sekali untuk mengambil makanan manis. Namun sekarang pesakit dibenarkan mengambil makanan yang manis  daripada makanan yang mempunyai serat yang banyak kerana ramai pakar pemakanan baru memahami konsep baru dalam pemakanan.

 

Untuk memahami konsep ini, cuba kita diabetes telah mula berubah selari dengan pengetahuan tentang INDEKS GLISEMIK (GI).

 

Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat penyerapan gula yang telah dicernakan dalam usus untuk diserap  masuk ke darah.

 

GI yang tinggi bermakna kadar penyerapan yang cepat, sehingga kandungan gula dalam darah menjadi tinggi secara mendadak. Sementara GI rendah bermakna kadar penyerapan gula  yang beransur-ansur sehingga kandungan gula dapat distabilkan pada tahap yang sederhana dan tidak terlalu tinggi.

 

Makanan manis yang diperbuat dari gula ringkas, seperti kek atau minuman manis akan meningkatkan gula darah dengan cepat berbanding makanan manis yang mengandungi banyak serat seperti buah-buahan.  Ini bermakna jika makanan manis dimakan bersama makanan seimbang tinggi serat, penyerapan gula dari usus dapat diperlahankan dan secara tidak langsung peningkatan gula darah juga dapat diperlahan.

 

Oleh itu pesakit diabetes dibenarkan makan makanan yang manis seperti buah, yang mempunyai banyak serat kerana peningkatan gula secara mendadak tidak berlaku.

 

Saya mencadangkan buah betik, jambu batu atau belimbing untuk dijadikan jus diminum setiap hari.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: