Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kesan Ketoconazole pada Wanita Hamil dan Menyusukan Anak

Kesan Ketoconazole pada Wanita Hamil dan Menyusukan Anak

 

As salam mu alaikum doktor, saya mengalami penyakit gatal dan telah mendapatkan rawatan dari doktor. Saya diberi ubat fungazol (ketoconazole 200mg).Masalahnya saya tidak sedar yang saya telah hamil 7 miggu kerana sering mengalami period yang tidak teratur. Adakah pengambilan ubat ini memberi kesan kepada kandungan saya.

 

Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Namun apa yang telah berlaku (puan mengambil ubat ketoconazole) tanpa menyedarinya  adalah suatu takdir, yang tidak dapat puan lakukan apa-apa lagi. Cuma saya mengharapkan puan banyak berdoa agar ia tidak memeberikan apa-apa kemudaratan pada anak yang puan hamilkan.

 

Ketoconazole sebenarnya dikategorikan dalam kategori C untuk wanita hamil. Ini bermakna, kajian yang dilakukan ke atas haiwan-haiwan dalam makmal menunjukkan kemudaratan pada janin-janin haiwan ini (embryotoxicity) dan menyebabkan kecacatan (teratogenicity).

 

 

Walau bagaimana pun tiada kajian yang dilakukan secara langsung kepada wanita-wanita yang hamil bagi melihat kesan yang berlaku pada janin-janin mereka.

 

Begitu juga ketoconazole tidak boleh diberikan kepada wanita yang menyusukan bayi mereka, kerana sebahagian kecil dos ketoconazole dikeluarkan melalui air susu ibu yang menelan ubat ini.

 

Bagi puan yang telah menelan ubat ini tanpa mengetahui mereka sedang hamil, tiada apa yang mereka boleh lakukan selain berdoa kepada ALLAh semoga tiada kemudaratan pada bayi mereka dalam rahem.

 

Jangan terlalu bimbang kerana tiada laporan lagi yang meunujukkan ubat ini memberikan kesan secara langsung kepada bayi dalam rahem.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: