Kesan Kaffein Kepada Kesuburan Wanita

Saya ditanya tentang kaitan kesuburan dengan pengambilan kaffein. Dalam penulisan kali ini saya memfokuskan kesan kaffein terhadap kesuburan wanita dan risiko keguguran.

Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, tentunya kaffein tidak memberikan apa-apa kesan. Bagaimana pula dengan pasangan yang telah lama berkahwin dan masih menunggu dikurniakan cahaya mata?

Nasihat saya, amalan meminum kaffein harus dihentikan bagi lelaki dan wanita.

Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus.

Kajian itu dijalankan pada tahun 1999 terhadap 100 orang wanita yang tidak mengamalkan minum kopi berbanding dengan wanita yang minum kopi. Mereka mendapati wanita yang tidak minum kopi mempunyai kebarangkalian untuk hamil seanyak 26.9 dalam 100 kitaran haids, sementara peminum kopi pula sebanyak 10.5 kehamilan dalam 100 kitaran haids.

Kajian lain menunjukkan wanita yang mengamalkan 300mg kaffein atau lebih, mempunyai kebarangkalian untuk hamil yang lebih rendah.

Oleh itu bagi wanita yang ingin hamil harus meninggalkan pengambilan kaffein. Semakin banyak wanita itu minum kopi dalam sehari, semakin rendah kebarangkaliannya untuk hamil.

Kajian yang dilakukan di Denmark terhadap 423 pasangan telah menyokong kajian sebelumnya. Kajian lengkap ini telah mengambil kira faktor berat wanita, pengambilan alkohol, penyakit dalam sistem pembiakan, kualiti air mani suami dan kitaran haid wanita itu.

Bagaimana kaffein boleh menyebabkan ketidaksuburan?

Satu kajian pada 2005 yang telah dikeluarkan dalam ‘Journal Diabetes Care’ menunjukkan pengambilan kaffein telah menyumbangkan kepada masalah ‘insulin resistance’.

Insulin resistance bermakna insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan ketika pembakaran gula untuk menghasilkan tenaga. Ini menyebabkan banyak gula yang tidak ’dibakar’ di dalam darah. Selain itu insulin resistance menghalang proses ovulasi (pengeluaran ovum dari ovari).

Jadi apabila seorang wanita itu mengalami obesiti, endometriosis  dan PCOS, pengambilan kaffein akan memburukkan keadaan.

Banyak kajian mendapati kafein meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan.

Kajian lain menunjukkan wanita yang mengambil 200 mg atau lebih kaffein dari kopi, teh, soda, minuman coklat boleh menyebabkan keguguran.

Sebagai perbandingan, carta dibawah membantu kita melihat nilai kaffein yang berada dalam makanan dan minuman kita.

Kopi Isipadu Kaffein
coffee, generic brewed 8 oz 102-200 mg
coffee, Starbucks brewed 16 oz 330 mg
coffee, Dunkin’ Donuts brewed 16 oz 206 mg
caffé latte atau cappuccino, Starbucks 16 oz 150 mg
caffé latte atau cappuccino, Starbucks 12 oz 75 mg
espresso, Starbucks 1 oz 75 mg
espresso, generic 1 oz 30-90 mg
coffee, generic instant 8 oz 27-173 mg
coffee, generic decaffeinated 8 oz 3-26 mg

Teh Isipadu Kaffein
black tea, brewed 8 oz 40-120 mg
green tea, brewed 8 oz 30-50 mg
black tea, decaffeinated 8 oz 2 mg
Starbucks Tazo Chai Tea latte 16 oz 100 mg
Nestea 12 oz 26 mg
Snapple 16 oz 42 mg
Lipton Brisk iced tea 12 oz 10 mg

Minuman berkarbonat Isipadu Kaffein
Coke 12 oz 35 mg
Pepsi 12 oz 38 mg
Jolt Cola 12 oz 72 mg
Mountain Dew 12 oz 54 mg
7-Up 12 oz 0 mg
Sierra Mist 12 oz 0 mg
Sprite 12 oz 0 mg

Minuman ‘tenaga’ Isipadu Kaffein
Red Bull 8.3 oz 80 mg
SoBe Essential Energy, berry atau orange 8 oz 48 mg
SoBe No Fear 8 oz 83 mg

Lain-lain Isipadu Kaffein
dark chocolate 1.45-oz bar 31 mg
milk chocolate 1.45-oz bar 11 mg
coffee ice cream or frozen yogurt 8 oz 50-60 mg
hot cocoa 8 oz 3-13 mg

Bagi sesetengah wanita, kaffein tidak mempengaruhi mereka. Namun bagi wanita yang agak sukar untuk hamil, saya menasihatkan agar menghentikan amalan pengambilan kaffein.

Bagaimana kaffein menyebabkan keguguran?

Seperti mana yang diketahui kaffein akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini akan mengurangkan pengaliran darah ke uri (placenta) seterusnya  menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien. Selain itu kaffein boleh sampai kepada bayi dalam rahem dan menjejaskan pertumbuhan sel-selnya.

Satu kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi (8 cawan sehari) akan meningkat risiko kematian bayi dalam rahem (stillbirth) sebanyak dua kali berbanding dengan wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.

Dua kajian yang agak lemah menunjukkan pengambilan kaffein yang tinggi menyebabkan bayi yang lahir mengalami kekurangan berat badan dan bayi lelaki mengalami keadaan ‘undescended testes’ iaitu telur testis bayi tidak berada di kerandut zakar (scrotum).

Selain dari itu, kebanyakan minuman mengandungi unsur bahan phenol yang menyebabkan badan sukar menyerap zat besi mengakibatkan wanita hamil itu akan mengalami kekurangan darah dan haemoglobin.

Wallahu’alam.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (310311)

13 comments

  1. Kalau wanita mengandung lebih dari 30 minggu tak salahkan minum secawan kopi sehari, 2 – 3 kali dalam seminggu?

  2. Doc, sekadar untuk mendapatkn kepastian, adakah secawan 3in1 coffee melebihi 173mg caffein? Dan apakah ada kesan pada kandungan kerana saya memang tidak boleh ‘hidup’ jika x minum coffee setiap hari..kerana saya akan mengantuk dan hanya mahu tidur jika berada di rumah mahupun office..sy memang minumnya dari awal minggu kehamilan hinggalah sekarang 16mgu..sementara itu, sejak mgu 10-16 saya ada lebih kurang 1-2 drop darah keluar on-off setiap 2-3 hari..doc di klinik dan hosp saya rujuk kata baby saya sihat dan aktif, cuma low lying plasenta tp lain-lain ok pula, adakah saya mempunyai fibroid atau sebaliknya?

  3. Salam doktor,
    Bagaimana pula dengan amalan minum bancuhan 1 sachet Radix setiap pagi? Adakah tabiat ini menganggu tahap kesuburan saya

  4. salam doktor,
    hmm sy mushkil sikit sbb ada yg kata teh baik untuk kesuburan & ada pula yg kata teh tidak baik untuk kesuburan.. so yg mn 1 yg betul?? dan sy nk doktor beri & jelaskan jenis minuman apa yg terbaik utk kesuburan dan meningkatkan kebarangkalian berlakunya kehamilan??

  5. macam mana nk hilangkan ketagihan kafein? Saya rasa, saya dah tak boleh berpisah dengan nescafe walaupun tau kesan buruknya.

    • salam satu cara kepada pengemar minum kopi utk mengelakan pengambilan kafien berlebihan dgn cara mengunakan yoli alkalete ia dapat meneutralkan asid dalam badan dan menbuang toksid serta bertindak anti oksida ,jadi anda tak perlu bersusah payah nak kurangkan pengambilan kopi

  6. Assalamualaikum..saya kuat sangat minum kopi..sehari lebih 5x, ada jg perasaan bimbang tapi susah nak elakkan..utk makluman Dr saya ada masalah multi fibroid buat masa ni..adakah minum kopi terlalu banyak akan mendatangkan risiko pd kesihatan saya? Bagaimana nak hentikan ketaginan kopi ni?

    • Assalamualaikum..saya kuat sangat minum kopi..sehari lebih 5x, ada jg perasaan bimbang tapi susah nak elakkan..utk makluman Dr saya ada masalah multi fibroid buat masa ni..adakah minum kopi terlalu banyak akan mendatangkan risiko pd kesihatan saya? Bagaimana nak hentikan ketaginan kopi ni?

      Wa alaikum mus salam. Kemudaratan mengambil caffein yang berlebihan telah saya sebutkan seperti dalam artikel. Saya menasihatkan puan mengurangkan pengambilannya.

  7. Asslmkm, Sya hamil 4 bulan, hampir setiap hari saya minum coffee, tapi sekali sehari, coffee tu pulak sya buat cair/nipis. Adakah ia mendatangkan risiko. Saya ambil waktu pagi semasa sarapan, sebab tiada minuman panas yang dapat saya selera minum semasa hamil ni. tapi sya sukar hentikan ketagihan coffee. t.kasih

    • “Asslmkm, Sya hamil 4 bulan, hampir setiap hari saya minum coffee, tapi sekali sehari, coffee tu pulak sya buat cair/nipis. Adakah ia mendatangkan risiko. Saya ambil waktu pagi semasa sarapan, sebab tiada minuman panas yang dapat saya selera minum semasa hamil ni. tapi sya sukar hentikan ketagihan coffee. t.kasih”

      Dr Zubaidi: Risiko pengambilan caffeine dalam minuman ketika hamil telah tercacat dalam beberapa kajian saintifik seperti yang saya sebutkan dalam blog. Namun risiko itu bergantung kepada kepekatan caffeine yang diambil dan kekerapannya. Wallahu a’lam

Leave a Reply to mohd hishamCancel reply

error: Content is protected !!