Advertorial
Home » Doktor Menjawab » KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI

KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI

candida

 

“ Assalamualaikum doctor. Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.”

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj.

 

Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans.

 

 

Lendiran yang melekit, berbau dan menyebabkan kegatalan akan menyebabkan puan akan merasa tidak selesa.

 

Selalunya jika puan sihat dan tidak mengalami penyakit yang kronik, jangkitan ini akan hilang tetapi akan mengambil masa yang lama.

 

Ubat-ubat yang diberikan oleh doktor akan mempercepatkan penyembuhan, namun jangktan fungal ia masih boleh berulang.

 

Doktor selalunya akan memberikan ubat anti-fungal dan bukan ubat antibiotik, jika puan telah pun disahkan mengalami jangkitan candida.

 

Masalah yang mungkin berlaku jika jangkitan Candida pada faraj tidak dirawat ialah ia akan menjangkit kepada suami.

 

 

Suami puan akan mengalami jangkitan Candida selepas mengadakan hubungan intim bersama puan.

 

Masalah awal yang biasa diadukan oleh suami biasanya kegatalan atau rasa pedih pada batang zakar, atau pada kepala zakar. Selalunya ia bermula selepas hubungan intim antara suami dan isteri.

 

Tanda-tanda lain ialah:

  1. Ruam merah pada kepala zakar.
  2. Bengkakan pada kepala zakar.
  3. Keluaran lendiran yang berbau dari lubang air kencing.
  4. Rasa pedih dan sakit ketika membuang air kecil.
  5. Mengalami rasa sakit ketika hubungan intim dengan isteri.
  6. Kulit zakar menjadi berkerak.
  7. Atau kulit zakar boleh diselaputi oleh lendiran seperti susu basi.

 

Lelaki yang mengalami daya tahan yang rendah selalunya lebih mudah mengalami jangkitan fungal ini, antaranya pesakit diabetes, pesakit ginjal yang menjalani haemodialysis, pesakit HIV, pesakit kanser sama ada sedang menerima rawatan atau tidak menerima rawatan kemoterapi atau radioterapi, dan pesakit yang mengalami penyakit yang menyebabkan  daya tahan mereka rendah seperti pesakit leukemia, rheumatoid.

 

Mereka juga lebih mudah mengalami komplikasi akibat jangkitan fungal memasuki aliran darah dan merebak ke organ yang lain, seperti otak dan selaput otak.

 

Nasihat saya, puan amalkan kebersihan diri dan jika jangkitan ini mengganggu puan (menyebabkan kegatalan dan berbau busuk), puan boleh mengambil ubat anti-fungal yang diberikan oleh doctor.

 

Puan juga boleh mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi merawat masalah puan ini.

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: