Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Kesan Jangka Panjang Cafergot
Kesan Jangka Panjang Cafergot

Kesan Jangka Panjang Cafergot

“Doktor, saya selalu membeli cafergot di farmasi untuk sakit kepala. Ubat tahan sakit yang lain tidak berkesan untuk saya sebab saya dah cuba bermacam-macam jenis. Agaknya ada tak kesan sampingan mengambil cafergot dalam jangka masa yang lama? Saya sudah menggunakannya selama 6 tahun”

Saya menerima e-mail itu dengan rasa bantahan.

“Sudah 6 tahun menggunakan cafergot, baru tanyakan kesan sampingan. Masa ambil ubat ini dulu tidak ada doktor yang menerangkannya atau selama ini memang dia membelinya dari farmasi tanpa perskripsi?” detik hati saya.

Saya menarik nafas panjang. Bersangka baiklah… Tentu lebih baik dia bertanya sekarang daripada terus memakan ubat itu dan menerima kemudharatan.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah.” (Sahih Muslim)

Insya Allah, saya akan menjawabnya. Semoga Allah mencampakkan keikhlasan dalam diri saya.

Cafergot adalah ubat yang sinonim dengan pesakit migraine. Tidak semua sakit kepala disebabkan oleh migraine dan tidak semua sakit kepala akan sembuh dengan memakan Cafergot.

Cafergot hanya sesuai untuk sakit kepala yang disebabkan oleh migraine kerana ia amat berkesan untuk sakit kepala yang dikategorikan sebagai “vascular headache”.

Oleh itu, Cafergot haruslah dimakan segera apabila pesakit mula merasa ‘lain macam’ akibat aura sakit kepalanya. Pesakit migraine yang kronik biasanya mudah merasakan keadaan dirinya bakal diserang migraine.

Cafergot mengandungi 1 mg ergotamine tartrate, dan 100 mg caffeine. Bahan ergotamine adalah bahan yang utama dalam merawat migraine. Mingraine disebabkan oleh saluran darah di kulit kepala dan dalam otak yang mengembang. Cafergot berfungsi menyebabkan saluran darah mengecut seterusnya melegakan sakit kepala. Caffeine akan membantu penyerapan ergotamine dengan pantas. Caffeine juga menyebabkan saluran darah mengecut.

Cafergot harus diambil dengan perskripsi doctor. Ini kerana dibimbangi ia akan menyebabkan beberapa kesan sampingan yang membimbangkan.

Selalunya kesan sampingan yang teruk berlaku apabila pesakit mengambil dos ubat berlebihan kerana tidak tahan dengan sakit kepala. Mereka mengharapkan dengan mengambil dos yang berlebihan, sakit kepala akan segera sembuh.

Oleh kerana cafergot menyebabkan saluran darah mengecut, pengambilan dosnya yang terlalu tinggi akan menyebabkan rasa sakit dada (angina pectoris), degupan jantung yang laju dan peningkatan tekanan darah. Oleh itu bagi pesakit pernah mengalami serangan sakit jantung (heart attack), atau mempunyai penyakit tekanan darah yang tinggi, pengambilan cafergot amat merbahaya.

Cafergot juga boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Dalam buku “Pearson Nurse’s Drug Guide 2010,” oleh Dr Billie Ann Wilson, Ph.D., dan Dr Margaret Shannon, Ph.D., menulis bahawa 10% dari pesakit yang mengambil cafergot mengalami kesan ini. Jika loya dan muntahnya terlalu kuat, haruslah berjumpa doktor untuk diberikan ubat yang melegakan rasa loya dan muntah.

Pesakit mungkin mengalami rasa lemah badan dan tidak bertenaga, tetapi ia jarang berlaku. Jika berasa lemah, pesakit harus berbaring selama 2-3 jam, sehingga rasa lemah itu beransur hilang.

Pengunaan cafergot yang kerap dan dalam jangkamasa yang lama boleh meyebabkan “ergotism syndrome” iaitu pesakit akan merasa  kepenatan yang berpanjangan (chronic fatigue) dan kemurungan. Selain itu pesakit mengalami rasa loya dan muntah, jantung berdebar-debar dan otot-otot kaki dan tangan menjadi sakit.

Jika pengambilan ubat cafergot ini berkaitan dengan sakit pada otot kaki dan tangan, ia adalah sestu yang serius. Fenomena ini dinamakan ‘claudication’. Kesan pengecutan saluran darah oleh ergotamine akan menyebabkan pengaliran darah ke tisu menjadi terjejas. Selain menyebabkan rasa sakit pada otot kaki dan tangan, claudication juga boleh menyebabkan rasa kebas dan boleh menyebabkan gangrene.

Jadi saya menasihatkan pesakit migraine agar berhati-hati dengan pengambilan cafergot dan segera memberitahu doktor yang merawat jika terdapat gejala-gejala sebegitu.

Rujukan

  1. Diener HC, Jansen JP, Reches A, Pascual J, Pitei D, Steiner TJ (2002). Efficacy, tolerability and safety of oral eletriptan and ergotamine plus caffeine (Cafergot) in the acute treatment of migraine: a multicentre, randomised, double-blind, placebo-controlled comparison. Eur. Neurol. 47 (2): 99–107.
  2. Sanders SW, Haering N, Mosberg H, Jaeger H. Pharmacokinetics of ergotamine in healthy volunteers following oral and rectal dosing. Eur J Clin Pharmacol 1983; 30: 331–4.
  3. Tfelt-Hansen P, Saxena PR, Dahlof C, Pascual J, Lainez M, Henry P, Diener H, Schoenen J, Ferrari MD, Goadsby PJ (2000). “Ergotamine in the acute treatment of migraine: a review and European consensus“. Brain 123: 9–18.

14 comments

  1. Assalamualaikum..

    Ya ALLAH..rasa nak menangis saya pagi ni. Saya memang menggunakan ubat cafergot ni tapi jenis pil yang dinamakan CAFFOX. Ya, sepertimana soalan diatas juga saya juga telah menggunakannya selama lebih 5tahun. Masa saya mengambil ubat tersebut memang doktor tidak menjelaskan KESANnya. Katanya selamat. Cuma yang doktor nyatakan jangan sering makan PONTALON kerana akan ada kesan negatif. Untuk makluman doktor, saya memang menggunakan CAFFOX + PONTALON barulah akan hilang kesakitan tersebut. Sekiranya saya menggunakan ubat tahan sakit dari jenama lain, kesakitan masih terasa. Begitu juga sekiranya saya mengambil salah satu dari ubatan tersebut.

    Untuk makluman doktor, saya sekarang mengalami gejala-gejala sakit otot seperti yang doktor nyatakan diatas yang kadang kala akan timbul.

    Untuk pengetahuan doktor juga saya seorang surirumah berumur 34tahun dan mempunyai 4orang anak.

  2. natasha suhaiza

    salam….sy nk tanya.sy sering sakit kepala di bahagian kiri(blakang n depan).sy mudah trasa letih,tangan kann mggigil,mudah lupa,sakit kepala n rambut gugur….knp ye???

  3. saya seorang pesakin migrain dan mendapatnya dari salasilah keluarga saya..kiranya secara turun menurun..faktor genetik..kkebiasaannya bila sakit menyerang saya akan makan ubat tahan sakit iaitu synflex750mg atau ponstan salah satu dari ubat tersebut..jika terlalu sakit saya hanya akan makan cafergot 1 biji sahaja. Itu pun saya akan elakkan dari mengambil ubat kerana saya dahulu adalah jururawat di klinik swasta..setiap ada kesan sampingannya yang tersendiri. Untuk makluman doktor saya sudah mempunyai migrain sejak dari usia remaja..boleh di katakan bila saya piriod saya akan melaluinya..jadi selalgi boleh bertahan..saya akan tahan…jika perlu saya baru akan ambil salah satu dari 3 ubat tersebut..alhamdulillah…saya tidak terlalu bergantung kepada cafergot,ponstan ataupun synflex..sekarang saya berusia 30 tahun..jika migrain menyerang saya akan berehat di rumah dan melakukan riadah..dan ia akan mengurangkan tekanan migrain..

  4. as-salam dr. saya pengidap migrain yg teruk dan mengidap migrain sejak berumur 10 tahun..saya pernah mengambil cafergot yg dberikan oleh doktor semasa saya berusia 20-an. malangnya ubt itu tidak berkesan kepada saya lalu saya berhenti mengambilnya selepas 2 kali pengambilannya. setiap kali terkena serangan migrain saya hanya mengambil actifast itupun jika kesakitan yang tidak tertahan dan terus cuba untuk tidur! kesakitan berkurangan sebaik sahaja bangun dr tidur.saya mencuba alternatif lain utk mengubati migrain dengan melakukan akupunktur dan perubatan homeopati. alhamdulillah migrain saya semakin berkurangan dan tidak sekerap semasa umur saya masih remaja.

  5. shakirah binti pa'wan chik

    Salam, saya juga tlh mengambil cafegot lebih 3 tahun. Sekarang saya mulai rasa sakit otot kaki dan tangan. Adakah cara untuk menghilangkan kesan sampingan ubat tersebut? harap doktor dapat memberi penerangan kepada saya.

  6. Aslm. Nasib baik ada info ni. saya menghidap migrain sejak tahun 1991. saya pernah makan cafergot ni, tapi x sesuai sbb muntah2 & pening kepala. Alhamdulillah, ada hikmah disebaliknya. So, bila baru nak kena migrain atau bila dah sakit, baru lah saya makan ubat, walaupun selalunya tak la jalan sgt mkn ubat tu. Pada 3 thn lepas, saya cuba terapi bekam lintah. Alhamdulillah, smpai skrg ni jarang sgt nak kena migrain.

  7. Salam, Dr saya juga penghidap penyakit migrain. Kalau ikutkan ianya dari keturunan. Begitu juga dengan suami saya.

    Saya mula terkena penyakit migrain semasa disekolah menengah, keadaan yg terlalu panas, bunyi yg terlalu kuat dari biasa serta stess selalunya mempercepatkan migrain berulang. Pada mulanya saya tidak mengambil apa2 ubat, namun apabila ibu saya mengetahuinya semasa saya form 5, saya diajar utk makan postan sehingga sekarang saya masih ambil postan. begitu juga suami.

    saya telah ke klinik swasta & diberikan cafegot, kalau xsilap saya, saya mula makan 2-3 tahun lepas. namun hanya mengambilnya apabila sakit itu tidak dapat dihentikan lagi.. begitu juga suami. migrain yg saya alami di bahagian kiri kening ke belakang. keadaan jadi lebih serius apabila saya mengalami kemalangan & mendapat kesan sampingan dibahagian kiri keseluruhannya.

    saya telah hampir 3tahun berkahwin & masih tidak mempunyai anak. jika hamil hanya bertahan untuk 4-6minggu sahaja. (2x keguguran). saya sering sakit dibahagian dada kiri & sering kebas2 tangan & kaki (terutamanya apabila hujan/sejuk)

    adakah semuanya disebabkan oleh kesan postan & cafegot? jika kami dikurniakan anak, adakah anak kami berupaya untuk terkena magrain ini? tidak adakah ubatan/cara untuk mengurangkan & seterusnya menghilangkan penyakit ini dari kami. saya takut ini adalah kesan dari ubat tahan sakit yg slalu saya ambil semasa saya belajar dahulu. kerana semasa saya belajar, ianya lebih senang menyerang. saya sekarang berusia 24 tahun.

  8. NEK ROHANI BT NOOR

    umur saya 55th saya mengidap magrain sejak 20 tahun saya selalu pergi klinik kerajaan suntik ubat tahan sakit tp hanya lega seminggu 2 saja tapi saya pergi klinik swasta ia beri cafegot dan synflex 275 hingga sekarang saya makan ubat tersebut dalam sehari 1 kali mesti makan kalau tak makan sakitnya berpanjangan hingga ke dua tiga hari kalau bulan puasa saya mengambil ubat ini selepas makan sahor kalau tak makan alamat saya tak boleh puasa le…tp disamping tu saya makan vitamin keluaran amywa, calsiam magnasiam, vatamin E, salamon,vitamin c dan d, glukosmen sebelum makan ubat magrin saya makan vitamin tu dulu, saya tak tau apa nak kata lagi dah bosan mkn ubat tu saya sentiasa periksa tekanan darah dan lain-lain lagi cuma sedikit saja dari biasa, tapi saya sekarang berasa cepat penat atau letih bila melakukan kerja-kerja rumah, saya berharap dapat memberi cadangan supaya dapat mengurangkan kesakitan yang telah dialami bertahun-tahun dah bosan makan ubat ……..

  9. sy cuma nk kongsi…..dulunya sy juga selalu juga sakit kepala(mungkin migrain tp x penah disahkan.gi klinik cakap sakit kepala,dr.bagi ubat postan & rehat).sakitnya d tengah2 kepala & berdenyut2.biasanya kalau dah x tahan,sy letak ais.penah juga muntah2 akibat terlalu sakit.sekarang x lagi.ini bermula bila sy mengamalkan bekam d bah kepala.sekarang,sy dah x perlu bw pil postan kemana2(bukanlah maknanya sy x penah sakit kepala lagi,cuma sakitnya biasa2)

  10. Assalamu’alaikum Doktor, saya mengamalkan makan caffergot/caffox sudah hampir 6 tahun. Saya akan mkn apabila tanda2 migrain datang. Hampir dikatakan hari2 saya memakanya. Cuma saya ingin bertanya, baru2 ni saya mengalami masalah alat sulit yg kurang mantap ketika bersama isteri. Kadangkala saya gagal untuk menegangkanya. Ada kala juga bangun tidur pun tidak seperti dulu. Sebelum ini saya tiada masalah bersama isteri dan saya boleh bertahan sehingga memberi isteri saya klimaks dan barulah saya akan menyusul. Adakah kesan sampingan dari ubat tersebut menyebabkan alat sulit saya tidak kembali cergas seperti sebelum ini? Adakah juga jika saya menghentikan pengambilan ubat ini akan membantu mengembalikan prestasi seks saya sebelum ini? Untuk makluman Doktor juga baru2 ini juga saya mengalami kesan sampingan seperti kebas2 dibahagian kaki. Terima Kasih Doktor.

  11. Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX. Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan saya makan CAFFOX…sakit kepala tu hilang….tetapi saya sukar untuk tidur. Jantung saya berdebar laju…dan kadang-kadang rasa kebas pada tangan. Saya telahpun membuat pemeriksaan jantung ECG..jantung saya berdebar kencang 100 lebih…entahlah doktor cakap mungkin saya stress ada masalah..saya pun tak pasti….sedangkan saya tiada masalah pun pada masa itu dan ok je….Terasa bimbang juga..kesan ubat itu telah saya rasa pada hari ini..Doktor, adakah saya berisiko untuk menghadapi SAKIT JANTUNG?

  12. saya dah mengambil cafergot sejak berumur 13 tahun… bila sy mendapat aura migraine sy akan terus makan tanpa berlengah. Tp lama kelamaan cafergot dh imun ngan bdn saya …saya kena ambil yg lebih kuat untuk merawat migrain sy…saya terpaksa makan pil tidur

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: