Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Kesan Gerhana Bulan Pada Manusia

Kesan Gerhana Bulan Pada Manusia

 

Seorang rakan bertanya kepada saya, “Apakah ada kesan sampingan kepada kesihatan semasa gerhana bulan?”  Saya menjawab bergantung soalan itu ditanyakan kepada siapa.

 

Jika ditanyakan pada orang yang kuat berfahaman tahayul yang datangnya dari unsur Hindu dan peramal bintang, sudah tentu pelbagai kesannya kepada kesihatan, kekayaan dan perjalanan hidup.

 

Jika ditanyakan pada peminat pseudo-science, pelbagai hypothesis yang pelik2 dikeluarkan. Kalau nerdasarkan pembacaan saya terhadap journal perubatan, sesungguhnya tiada kesan sampingan kepada kesihatan secara nyata.

 

Saya percaya gerhana bulan lebih kepada tanda kekuasaan ALLAH yang mempunyai hikmah tersendiri agar kita menjadi manusia yang lebih taat.

 

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

 

Oleh itu lebih baik di kala gerhana, kita banyakkan bertakbir, bersedekah dan solat sunat gerhana malah memikir tentang kekuasaaNYA, daripada mempercayai pelbagai tahyul yang didengar dari orang2 yang jahil.

 

Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah Saw, yaitu pada hari wafat Ibrahim (anaknya), maka orang-orang (pada saat itu) berkata: telah terjadi gerhana matahari karena Ibrahim wafat. Lalu Rasulullah Saw bersabda: sesungguhnya matahari dan bulan diantara dua tanda kekuasaan Allah, bukan karena meninggal atau lahir seseorang, apabila kalian melihat keduanya (gerhana matahari dan bulan) berdoalah kepada Allah dan shalatlah hingga terbuka (gerhana tersebut selesai). HR. Muttafaq Alaih

 

Adapun menurut riwayat Imam Bukhari: “Hingga terang (kembali)”.

 

Hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari dari Abu Bakrah radhialluhu’anhu: “Maka shalat dan berdoalah sampai terbuka (gerhana tersebut selesai) diantara kalian” (Imam Bukhari: 1060, 2/705. Imam Muslim: 2119, 2/457)

 

Ramai pemikir zaman dulu cuba mengaitkan perubahan yang berlaku pada gerhana bulan dengan perubahan pada kelakuan manusia. Namun banyak kajian saintifik menunjukkan bahawa tiada kesan gerhana bulan secara langsung yang jelas terhadap kelakuan manusia.

 

Oleh itu mungkin di antara kita yang pernah mendengar dongengan dari barat yang mengatakan “apabila gerhana bulan muncul, maka berkeliaranlah serigala jadian di bumi”.

 

Teori-teori yang menggembar-gemburkan kesan gerhana bulan disebut sebagai ‘Transylvanian Hypothesis’. Pemikiran ini telah berada di pemikiran sesetengah cendikiawan zaman silam dan mereka mengaitkannya dengan sains. Jadi bagi orang awam yang agak jahil dengan sains, tentu mempercayai hypothesis ini disokong oleh fakta sains.

 

Di mana-mana bahagian dunia ini terdapat banyak teori pseudoscientific yang mencampur adukkan tahyul dan sains.

 

Malah ada yang mengaitkan tahyul ini dengan kesuburan seorang wanita hanya disebabkan kitaran haids mereka yang lengkap adalah 28 hari. Pada hal, kitran bulan adalah sebanyak 29.53 hari. Hari 30% dari wanita mempunyai kitaran haids 30 hari.

 

Begitu juga ada yang menyangka bahawa doctor bedah tidak membedah pesakit ketika bulan gerhana dan bulan mengambang kerana ia akan menyebabkan darah sukar membeku dan menyebabkan pendarahan yang tidak dapat dihentikan lalu menyebabkan kematian.

 

Pada October 2009, seorang ahli politik British David Tredinnick mengeluarkan kenyataan ketika bulan mengambang “para doctor tidak melakukan pembedahan kerana darah menjadi cair dan polis terpksa bekerja keras (kerana ramai orang menjadi ganas)”

 

Kenyataannya di jawab oleh jurucakap Royal College of Surgeons bahawa mereka akan “gelak sakan” (laugh their heads off) bila mendengar kenytaan itu. (rujuk: Ian Douglas “MPs believe the funniest things”, Daily Telegraph October 11th, 2010)

 

Ini adalah unsur ‘Transylvanian’ yang mencapur adukkan unsur tahyul dan sains seterusnya menyebabkan masyarakat keliru.

 

Pemikir ‘Transylvania Hypothesis’  ini cuba mengaitkan gerhana bulan dengan kesihatan, kesihatan yang berkaitan dengan perlakuan manusia, terutamanya kesihatan mental.

 

Jika benar terdapat kesan terhadap perlakuan dan mental manusia, sudah tentu terdapat peningkatan bilangan pesakit yang datang ke hospital atau pusat kesihatan bagi mendapat rawatan.

 

Bagi Negara-negara yang maju seperti Britain, di mana kemudahan mendapatkan perkhidmatan perubatan sangat berkesan, mereka juga tidak mencatatkan bilangan yang mendadak ketika gerhana bulan. (rujuk: “The effect of the full moon on general practice consultation rates”. Richard D Neal and Malcolm Colledge, Oxford Journal of Family Practice Volume17, Issue6 Pp. 472-474)

 

Malah bagi pesakit mental yang mengalami kemurungan anxiety dan depression juga tidak mengalami perubahan yang ketara. (rujuk: Wilkinson G, Piccinelli M, Roberts S et al. “Lunar cycle and consultations for anxiety and depression in general practice.” Int J Soc Psychiatry 1997; 43: 29–34)

 

Walaupun terdapat dua kajian yang menunjukkan pesakit mental menunjukkan perlakuan yang lebih ganas apabila berlaku gerhana bulan, namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa ia tidak ada kaitan langsung.

 

Malah pada tahun 1986, ahli psychologist Prof Dr Ivan Kelly dari University of Saskatchewan telah memperbandingkan dan mengkaji untuk mencari kesimpulan terhadap 37 kajian antara gerhana bulan dan perlakuan manusia dan membuat kesimpulan, ia tidak berkait antara satu sama lain.

(rujuk : Kelly, Ivan; Rotton, James; Culver, Roger (1986), “The Moon Was Full and Nothing Happened: A Review of Studies on the Moon and Human Behavior”, Skeptical Inquirer 10 (2): 129–43.)

 

Satu kajian yang mencari sebab punca 4,190 orang membunuh diri di Sacramento County, Carlifornia USA sepanjang 58 tahun juga gagal mengaitkan gerhana bulan boleh menyebabkan rasa mahu membunuh diri.

 

Malah satu analisa dalam National Center for Health Statistics, yang menganalisa 70,000,000 rekod kelahiran juga gagal mengaitkan antara kelahiran yang tinggi dengan gerhana bulan.

 

Jadi kesimpulannya tiada bukti jelas bahawa gerhana bulan membawa bencana pada manusia.

 

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!