Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Kesan Coenzyme Q10 Pada Riadah Sukan

Kesan Coenzyme Q10 Pada Riadah Sukan

Saya bersama seorang rakan lama yang meminati sukan berbasikal jarak jauh. Sudah banyak wang yang dilabur untuk minat ini.

Dia mengadu rasa cepat penat ketika berkayuh, berbanding dengan rakan-rakan pengayuh yang muda. Faham-faham sajalah apabila umur sudah memasuki 40an.

“Doc, bolehkah saya ambil suplemen untuk menambahkan kekuatan tenaga saya?”

Saya cuba menduga beliau.

“Suplemen apa ?”

“Anabolic steroid..!”

“Bro, itu bukan suplemen. Itu racun… bahaya kalau gunakan tanpa pemantauan”

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Seorang rakan bina badan mengalami kesukaran untuk menimang cahaya mata setelah berbelas tahun berkahwin, mungkin akibat suntikan steroid anabolic yang diambil untuk memperkasakan tubuhnya.

“Apa pilihan yang i ada?”

“Multivitamin bagus terutama yang mengandungi elemen superti zink, dan selenium kerana ia membantu enzime meningkatkan penghasilan tenaga”

“I sudah biasa ambil multivitamin, dok. Tapi macam tak berkesan”

Akhirnya saya ‘kad terakhir’ untuk membantu beliau.

“Boleh cuba Coenzyme Q10… tapi kena makan sekurang-kurangnya dua minggu dengan dos 100mg setiap hari..”

“Boleh membantu ker doktor..?”

“Insya ALLAH..”

 

Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Baylor University menunjukkan bahawa kepekatan CoQ10 dalam darah (plasma) akan meningkat selepas pengambilan suplemen CoQ10 selama dua minggu. Peningkatan CoQ10 dalam darah memberikan kesan dalam otot dan secara tidak langsung memberikan kesan kepada penggunaan oksigen yang maksima. Jadi masa untuk menjadi penat dilambatkan. Ini berdasarkan ujian kepada ahli sukan yang menggunakan treadmill.

(rujuk: “Effects of acute and 14-day coenzyme Q10 supplementation on exercise performance in both trained and untrained individuals” J Int Soc Sport Nutr.  2008 Mar 4;5:8.)

Terdapat beberapa kajian lain lagi, tetapi kebanyakan kajian itu lemah dan tidak dapat menyimpulkan bahawa Q10 membantu.

Namun dari segi teorinya, coenzyme Q10 diperlukan dalam mitokondria dalam otot untuk meningkatkan penghasilan tenaga, maka dalam hal ini saya percaya sedikit sebanyak penggunaan coenzyme Q10 sekurang-kurangnya selama dua minggu pada dos 100mg sehari membantu ahli sukan meningkatkan stamina dan prestasi mereka.

Bagi ahli sukan professional, coenzyme Q10 tidak menyebabkan mereka dihalang menyertai mana-mana pertandingan semasa pemeriksaan air kencing dijalankan.

Boleh dapatkan CoQ10 di sini.

Wallahu a’lam..

3 comments

  1. Assalamualaikum doc,
    Berkaitan Coenzyme Q10 ini, adakah suami saya sesuai menggunakannya? Untuk pengetahuan dia seorang pemandu treler. Setiap hari keluar bekerja jam 4pagi, pulang selepas isyak. Selalu berasa kasihan kerana sering keletihan lebih2 lagi tahun lepas pernah terkena sakit pinggang hingga tidak boleh bergerak gara2 tersalah ambil minuman sejuk.. Suami kini berumur 37tahun…

    • tuan, bagaimana peraturan @ kaedah masa untuk makan, malam atau pagi.
      setiap biji 30 mg untuk dapatkan 100 mg/sehari perlu dimakan serentak atau berdikit2 pagi petang n malam. terima kasih

      • Bergantung kepada dos. Misalnya jika satu kapsul mengandungi 30mg, saya cadangkan makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. (4 kapsul X 30=120mg) Lebih sikit dos tidak berbahaya kerana boleh diambil sehingga 1500mg sehari. Jika kapsul mengandungi 100mg, boleh diambil waktu pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!