Advertorial
Home » Catatan Peribadi » kerosakan ginjal akibat penyakit autoimmune dan ubat penahan sakit

kerosakan ginjal akibat penyakit autoimmune dan ubat penahan sakit

KEROSAKAN GINJAL AKIBAT PENYAKIT AUTOIMMUNE DAN UBAT PENAHAN SAKIT

 

hemodialysis

 

Dulu saya ada seorang pesakit lelaki berusia 25 tahun. Beliau sering dibawa berjumpa dengan saya semenjak berusia 12 tahun lagi kerana penyakit biasa seperti asma, ruam pada kulit, batuk, selsema dan demam.

 

Lama saya tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin sebab saya sudah tidak bekerja di klinik lama, dan berpindah ke klinik yang baru di daerah berlainan. Tetapi ibunya berusaha mendapatkan telefon saya dan menjejaki saya. Mahu membawa anaknya berjumpa saya.

 

Kali ini beliau datang bersama dengan ibunya kerana masalah yang berlainan. Beliau mengalami sakit sendi, sakit badan dan mudah letih. Sebelum ini telah berjumpa dengan doctor di klinik panel syarikat beliau pada bulan lepas. Beliau telah diberikan ubat penahan sakit dan pil B-kompleks. Namun mendapat kelegaan yang sementara. Mungkin disebabkan ubat penahan sakit yang diberikan.

 

Tetapi rasa sakit yang dialami berulang-ulang. Setiap kali sakit, beliau terpaksa mengambil ubat tahan sakit. Mula-mula mengambil dos yang disarankan doctor. Semakin lama, bertambah dos yang diambil tidak cukup untuk mendapat rasa lega. Beliau terpaksa menambah dos. Pernah mengambil beberapa jenis ubat tahan sakit bagi mendapat tidur yang lena. Malah dos yang diambil juga sangat tinggi.

 

Beliau telah lama menderita. Banyak makan ubat penahan sakit. Berjalan pun tidak seperti seorang pemuda. Kesian saya melihat beliau. Macam lelaki berusia 90an, berjalan perlahan-lahan dan membongkok sedikit kerana menahan rasa sakit pada lutut dan sendi-sendi jari kaki. Seolah-olah berjalan atas bara api atau berjalan di atas jalan berduri. Beliau tidak menggunakan tongkat kerana jari-jari tangan pun membengkak dan sakit. Beliau tidak mampu menggenggam tongkat.

 

Saya mencadangkan agar beliau menggunakan kerusi roda untuk ditolak ke bilik rawatan. Beliau menolak. Jiwanya masih gagah. Mahu berjuang melawan penyakitnya.

 

Melihat keadaan anaknya itu, ibunya menangis. Bergenang air matanya melihat anak kesayangan menderita sakit sebegitu. Saya juga rasa hiba melihat ibunya yang mula menangis. Esakkan suaranya dapat saya dengar.

 

Saya sendiri mahu menangis kerana saya mengenali beliau, semenjak dari kecil. Selalu berperwatakan ceria dan banyak celotehnya. Kini beliau menjadi pendiam.

 

Saya memang kesian melihat beliau kerana diuji dengan kesihatan yang tidak menentu ketika masih muda. Anak muda lain memanjat gunung, berbasikal, dan melakukan pelbagai aktiviti lasak, tetapi beliau mahu ke bilik air pun terpaksa berjalan perlahan-lahan. Ada kalanya merangkak.

 

Namun saya kagum dengan semangat beliau. Terus berjuang tanpa mahu menyusahkan ibunya yang tua. Satu ketika beliau terjatuh di dalam bilik air, kerana tidak dapat mengimbangkan badannya. Bila terjatuh dan terduduk dan dia cuba bangun sendiri. Menahan kesakitan dan tidak menjerit. Ibunya dari dapur dapat mendengar dan segera mendapatkannya. Ibunya meraung dan menangis kerana terperanjat.

 

“Ibu,  ibu jangan menangislah. Saya yang sakit. Saya tak menangis. ALLAH menguji saya. Saya redha.”

 

Saya hiba mendengar cerita ibunya. Inilah contoh pemuda yang kuat. Sabar dan redha. Beruntung ibunya mempunyai anak sebegini. Berjaya mendidik anaknya yang mempunyai iman yang kuat. Tahan diuji.

 

Rupanya beliau pernah dimasukkan ke hospital awam kerana mula mengalami masalah ginjal yang mula mengalami kerosakan beberapa tahun yang lepas. Menurut ibunya, doctor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati salah satu ginjalnya telah mengecut. Ini disebabkan beliau mengalami masalah penyakit autoimmune.

 

Penyakit ini menyebabkan antibodi dalam tubuh menyerang tubuh sendiri. Ia ibarat pemberontakkan dalam negara. Askar yang sepatutnya mempertahankan negara dan menyerang musuh luar, mula ‘memberontak’ menyerang dan memusnahkan negara sendiri. Penyakit ini merosakkan organ dalaman terutamanya ginjal. Apabila ginjal rosak, banyak toksin yang terkumpul. Kegagalan ginjal menyebabkan beliau mengalami rasa lemah badan dan mudah penat. Sukar bernafas dan kadang kala rasa pening, loya dan muntah. Beliau semakin kerap diserang radang sendi.

 

Beliau tidak meneruskan rawatan susulan apabila doctor mengaturkan temujanji untuk mengambil tisu ginjalnya. Beliau takut bila doctor menerangkan prosedur yang bakal dilalui. Setelah diberikan bius, satu jarum besar akan dicucukkan ke pinggangnya, dan contoh tisu ginjal diambil untuk diperiksa di bawah microscope. Beliau takut lalu tidak hadir lagi untuk mendapat rawatan susulan. Semenjak itu beliau mendapatkan banyak rawatan alternative. Namun tiada perubahan.

 

 

Baru beberapa bulan kebelakangan ini, beliau mengalami rasa sakit sendi dan rasa lemah yang luar biasa. Kadang-kadang beliau berbaring di atas katil berhari-hari dan tak boleh jalan kerana terlalu sakit. Ubat penahan sakit yang diberikan doctor juga tidak berkesan lagi.

 

Oleh kerana beliau tidak lagi menjalani pemeriksaan doctor, saya mencadangkan pemeriksaan darah untuk melihat bagaimana keadaan beliau sekarang. Memang tidak memearanjatkan kerana fungsi ginjalnya semakin merosot. Beliau perlu menjalani haemodialysis.

 

Bacaan urea, uric acid, creatinine malah bacaan elektolit juga tidak normal lagi. Jika dibiarkan dan darahnya tidak dibersihkan, mungkin beliau akan pengsan.

 

Saya menulis surat ke pusat kesihatan yang terdekat dan berharap beliau akan dirujuk ke klinik pakar. Namun doktor yang menjaga pusat kesihatan tidak buat apa-apa. Beliau pulang dengan ubat penahan sakit juga.  Sia-sia sahaja saja menulis surat panjang lebar menerangkan keadaan beliau. Beliau tidak dirujuk ke klinik pakar, di hospital awam. Padahal kes sebegini harus mendapat perhatian doctor pakar nephrologist.

 

Bukan tujuan saya menceritakan doctor di pusat kesihatan tidak bagus. Mungkin ada salah faham atau kekeliruan. Tetapi yang pentingnya, beliau harus dirujukkan ke doctor pakar nephrologist.

 

Saya buntu. Saya mencadangkan agar beliau ke berjumpa dengan pakar nephrologist di hospital swasta. Tetapi ibunya mengatakan mereka tidak mampu.

 

Saya faham. Saya mencadangkan agar berjumpa dengan pakar nephrologist di sana untuk mendapat diagnosis yang tepat. Mungkin menjalani beberapa pemeriksaan dan ujian lagi. Kemudian bila diagnosis tepat telah dibuat, minta doctor pakar tersebut merujukkan kepada hospital awam.

 

Jadi lebih mudah, tidak perlu menunggu lama untuk appointment pemeriksaan ultrasound ginjal. Terus mendapat perhatian doctor pakar. Mungkin ditahan ke  hospital  untuk memeulakan rawatan.

 

Ibunya memberitahu bahawa mereka takut dicucuk untuk diambil sampel ginjal. Saya beritahu boleh berbincang dengan doctor dan memberitahu yang mereka tidak mahu menjalani prosedur itu. Insya ALLAH doctor yang merawat akan faham.

 

Akhirnya ibu dan pemuda itu setuju. Syukur, segala urusan dimudahkan ALLAH. Doktor yang di hospital awam terus menahan beliau di hospital awam dan memulakan pemeriksaan semula dan memulakan rawatan.

 

Saya sempat melawat beliau dan dapat bercakap dengan doctor pakar yang merawat. Doktor memberitahu bahawa kedua buah pinggangnya hampir tidak berfungsi. Satu ginjal telah tidak berfungsi dan satu ginjal lagi telah rosak teruk .

 

Penyakit autoimmune semakin ‘mengganas’ dan merosakkan ginjal. Ubat penahan sakit yang diambil untuk sakit sendinya menyebabkan ginjalnya menjadi bertambah rosak. Doktor mencadangkan rawatan hemodialisis.

 

Mulanya beliau tidak mahu. Takut. Fobia. Macam-macam cerita yang beliau dengar tentang hemodialysis. Ramai yang meninggal dunia setelah menjalani hemodalysis.

 

Saya cuba memujuknya. Sebelum itu saya minta maaf kerana mungkin kata-kata saya menyinggung perasaan beliau. Tetapi saya terus berterus terang. Saya bercakap panjang lebar. Akhirnya saya berkata ringkas.

 

“Kalau tidak menjalani hemodialysis, mungkin meninggal dunia lebih awal”

 

Seperti biasa, saya tahu jawab beliau. “ALLAH yang tentukan takdir ajal saya.”

 

Saya senyum dan kemudian minta diri. Saya tidak mahu berceramah lebih panjang lagi sebab saya tahu penderitaan yang beliau hadapi. Mudah bagi saya menasihat, sedang beliau yang akan menghadapi semua rawatan itu. Saya hanya doakan agar ALLAH berikan yang terbaik untuk beliau sebelum meninggalkan beliau.

 

Seminggu selepas itu, ibunya menelefon memberitahu anaknya telah menjalani hemodialysis. Saya bersyukur.  Bagi saya, “untuk mendapat takdir yang terbaik, kita harus melakukan usaha yang terbaik”.

 

Lama saya tidak mendengar berita mengenai pemuda itu. Beberapa hari lepas, pemuda ini datang berjumpa saya bersama ibunya. Masuk ke klinik dengan berkerusi roda. Tetapi wajahnya nampak lebih berseri. Mampu senyum.

 

Ibunya datang hanya untuk ucapkan terima kasih. Beberapa kali dia mengucapkan terima kasih dan mengucapkan syukur kerana keadaannya bertambah baik. Walaupun keadaannya tidak seperti pemuda lain, tetapi ibunya bersyukur. Sekarang boleh bergerak sendiri walaupun masih lagi perlahan-lahan tetapi tidak terlalu sakit seperti dulu.

 

Saya tersenyum dan masih bersyukur kerana beliau masih mampu untuk membuang air kecil, walaupun sedikit. Walaupun beliau menjalani hemodialysis, tetapi apabila boleh kencing bermakna ginjalnya masih boleh berfungsi walaupun tidak begitu baik.

 

Ini membantu beliau ‘mengeluarkan toksin’ dalam badan melalui air kencing. Tidak terlalu bergantung kepada hemodialysis. Sekarang pun rawatan hemodialysis pun hanya dua kali seminggu dan doctor akan memantau keadaan ginjalnya.

 

Kesimpulannya jika kita mengalami masalah kesihatan melebihi sebulan, cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan doctor. Dalam kes ini, penyakit autoimmune menyebabkan rasa letih, sakit sendi dan susah bernafas, juga merosakkan ginjal. Mengambil ubat penahan sakit tanpa nasihat doctor dalam jangka masa yang panjang dan dos yang tinggi untuk melegakan rasa sakit badan juga merosakkan ginjal dan menjadikan masalah kesihatan lebih teruk.

 

Kisah ini saya kongsikan agar kita dapat ambil iktibar. Memang benar. Kadang-kadang kita terpaksa menelan kenyataan kehidupan yang pahit dengan jiwa yang kental. Terpaksa menjalani rawatan hemodialysis di usia muda, bukanlah suatu kehidupan yang manis. Ia bukan juga kehidupan yang mudah. Tetapi inilah kehidupan. Kehidupan harus diperjuangkan, sehingga tiba masanya kita dipanggil dan ditanya apa yang kita lakukan sepanjang hidup.

 

Teruslah berjuang, wahai pemuda. ALLAH menguji kamu kerana ALLAH sayang pada kamu.

 

Nota akhir: Bagi mereka yang mengalami masalah ginjal sama ada sudah menjalani rawatan hemodialysis atau belum, saya mencadangkan agar mengawal punca yang menyebabkan masalah ini. Selalunya disebabkan masalah diabetis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

 

Saya juga mencadangkan pengambilan beberapa suplemen yang mempunyai antioksida yang tinggi, antaranya minuman botani warisan silam SAKANJABEEN. Sebelum mengambil mana-mana suplemen, berbincang dengan doctor yang merawat.

 

Bagi mereka yang mahukan suplemen untuk mengatasi masalah ginjal, boleh mencuba menggunakan arginine. Banyak kajian yang diterbitkan dalam journal perubatan yang menyokong penggunaan arginine bagi persakit ginjal.

 

Boleh wassap saya 013 7610576 (Dr Zubaidi).

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: