Advertorial
Home » Doktor Menjawab » KERAP KENCING MALAM

KERAP KENCING MALAM

KERAP KENCING MALAM

 

 

Assalamualaikum doktor, saya SSSSS berumur 31 tahun. Telah berkahwin 4 tahun dan belum mempunyai cahaya mata. Saya nak tanya pendapat doktor, adakah masalah saya iaitu masalah lemah tenaga batin dan pancutan pramatang disebabkan kerap beronani semasa remaja.

Sekarang saya mengalami masalah kerap kencing sehingga setiap malam saya akan terjaga tengah malam sekitar 2- 4 pagi untuk membuang air kecing.

Pada waktu siang hari juga saya mengalami masalah yang sama sering membuang air kencing 2 – 3 jam sekali bergantung pada keadaan dan turut merasakan kencing tidak lawas. Ia berlaku sejak bulan Jun yang lalu.

Apabila kerap kencing pada tengah malam menyebabkan emosi saya terganggu. Saya juga sering mengalami masalah tidak selesa di bahagian atas pinggang ke bahagian belikat. Saya telah ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan Xtray KUB, Ultrasound dan membuat juga ujian air kencing dan keputusan adalah normal.

Pada pendapat doktor bagaimana harus saya lakukan untuk mendapatkan sebarang rawatan atau pemeriksaan adakah ini tanda-tanda penyakit lain?

Walaikumusalam.

Masalah saudara pertama adalah masalah lemah tenaga batin iaitu alat kelamin yang kurang menegang dan pancutan awal. Selalunya masalah ini jarang berlaku pada individu  yang sama. Maksudnya seorang itu mengalami pramatang tidak mengalami masalah alat kelamin yang kurang menegang. Namun ia mungkin berlaku pada sesetengah individu.

Ini mungkin menjadi faktor utama saudara belum mempunyai cahaya mata. Saya cadangkan saudara buat pemeriksaan dengan doktor pakar kesuburan berkaitan dengan masalah ini. Mereka mungkin mencadangkan prosedure IUI atau IVF.

Berkaitan dengan kekerapan kencing, saya cadangkan saudara buat pemeriksaan air kencing dan darah menentukan sama ada saudara mengalami masalah diabetes. Diabetes juga boleh menyebabkan masalah lemah tenaga batin iaitu masalah ketegangan alat kelamin dan masalah kerap kencing.

Kerap kencing juga mungkin berlaku apabila terjadinya kencing yang cair. Keadaan ini disebut Diabetes insipidus (DI). Dalam keadaan ini, seseorang yang minum sedikit pun tidak menyebabkan dia kurang kencing. Maksudanya jika minum sedikit pun, kencing masih dikira banyak dan kerap berbanding dengan orang lain.

Pemeriksaan xray dan KUB ini sesuai dilakukan bagi menentukan sama saudara mengalami batu dalam ginjal atau saluran kencing. Tidak lebih dari itu.

Jadi berbincang semula dengan doktor yang merawat.

Semoga menjawab soalan saudara.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: