Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Kerap keguguran

Kerap keguguran

KERAP KEGUGURAN

 

“Salam doctor. Saya berumur 35 tahun dan sudah sepuluh tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan zuriat.Sebelum ini saya pernah hamil beberapa kali, malangnya setiap kali hamil, saya keguguran di awal kehamilan. Kali terakhir saya hamil dan keguguran ialah pada akhir tahun lepas. Sehingga kini, saya sudah lima kali keguguran. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun saya percaya setiap yang berlaku ini tentu ada kebaikannya. Saya doakan ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti.

 

Keguguran di aal kehamilan adalah suatu yang normal. Namun jika ia melebihi tiga kali, saya mencadangkan agar puan dan suami melakukan pemeriksaan doctor yang lebih mendalam. Saya percaya tentu doctor yang merawat pernah mencadangkan beberapa pemeriksaan untuk mengetahui masalah yang puan alami.

 

Jangan terlalu kecewa dan menunggu lebih lama. Semakin lama puan menunggu, semakin sukar untuk puan hamil dengan sempurna.

 

Wwanita yang mengalami keguguran berturut-turut, mengalami risiko untuk mengalami keguguran pada kehamilan meningkat sehingga 40 % apabila beliau berumur 35 tahun ke atas.

 

Berbanding dengan wanita yang berumur 35 tahun ke bawah, risiko untuk mengalami keguguran pada kehamilan seterusnya hanyalah 15 %.

 

Jika tidak dirawat dengan sempurna, risiko untuk mengalami keguguran berulang hamper 75%.

 

Doktor selalunya akan membuat pemeriksaan fizikal, dan ujian darah seperti GTT bagi penyakit diabetes, profil hormon tiroid bagi penyakit tiroid, ujian bagi sindrom antifosfolipid, ujian bagi mengesan penyakit berkaitan pembekuan darah, ujian TORCHES bagi jangkitan kuman tertentu dan banyak lagi ujian darah.

 

Doktor juga akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memeriksa rahem dan ovari puan. Pemeriksaan X-ray HSG juga mungkin dilakukan untuk melihat struktur dinding dalam rahem.

 

Selain itu pemeriksaan darah untuk kromosom juga dilakukan.

 

Saya mencadangkan agar agar puan suami dan isteri segera melakukan pemeriksaan. Jangan membiarkan umur berlalu begitu saja, kerana semakin puan dan suami menunggu semakin sukar untuk puan untuk hamil dan mengekalkan kehamilan dengan sempurna sehingga melahirkan anak.

 

Bagi lelaki yang mempunyai kualiti sperma yang rendah, saya mencadangkan agar mengambil suplemen Proxeed Plus yang mengandungi Co enzyme Q10, vitamin C dan vitamin E sebagai menggalakkan pembentukan sperma yang matang dan sihat.

 

Boleh mendapat info di  https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!