Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Kepentingan Mengetahui Berat Bayi dalam Rahem

Kepentingan Mengetahui Berat Bayi dalam Rahem

”Doktor, semasa saya berada di klinik, doktor memberitahu saya anak yang berada dalam kandungan mempunyai berat yang tidak normal. Maknanya pembesaran fizikalnya dalam rahem tidak mengikut umur kehamilan saya. Saya bimbang jika anak yang saya lahirkan akan mempunyai berat badan dan saiz yang kecil. Boleh doctor komen?”

Saya sudah lama tidak melakukan pemeriksaan ultrasound untuk bayi dalam rahem. Saya amat kagum dengan teknologi kini yang mampu mengukur berat bayi yang bakal dilahirkan dengan lebih tepat.

Sejak awal kelahiran, bayi di dalam rahem akan membesar dengan kadar yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang lain.

Ada bayi yang bersaiz besar dan ada yang bersaiz kecil.Tetapi bagaimana kita dapat mengetahui bayi dalam rahem sedang mengalami proses pertumbuhan fizikal yang baik?

Apabila seorang wanita hamil datang untuk pemeriksaan, doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound. Beberapa parameter yang membantu doktor untuk menganggarkan berat bayi dalam rahem akan diambil.

Antara parameter yang diukur ialah ukur lilit abdomen (abdominal circumference-AC), panjang tulang femur (femur length), diameter kepala (biparietal diameter), ukur lilit kepala (head circumference-HC).

Dari parameter ini, banyak formula yang boleh digunakan untuk mendapatkan bacaan anggaran berat bayi (BW) dalam rahem. Antara formula yang digunakan :

  1. Log10 BW = 2.3231 + 0.02904(AC) + 0.0079(HC) – 0.0058(BPD)
  2. Log10 BW = 1.3596 + 0.0064(HC) + 0.0424(AC) + 0.174(FL) + 0.00061(BPD)(AC) – 0.00386(AC)(FL)

Setelah mendapat berat anggaran bayi dalam rahem, maka ia harus dipadankan dengan umur kehamilan seperti dalam jadual di bawah.

Anggaran Berat Badan Bayi dalam Jadual Percentile

Purata Anggaran berat bayi dalam rahem
Umur Kehamilan Purata berat bayi 10th% 90th%
16 146 121 171
17 181 150 212
18 223 185 261
19 273 227 319
20 331 275 387
21 399 331 467
22 478 398 559
23 568 471 665
24 670 556 784
25 785 652 918
26 913 758 1068
27 1055 876 1234
28 1210 1004 1416
29 1379 1145 1613
30 1559 1294 1824
31 1751 1453 2049
32 1953 1621 2285
33 2162 1794 2530
34 2377 1973 2781
35 2595 2154 3036
36 2813 2335 3291
37 3028 2513 3543
38 3236 2686 3786
39 3435 2851 4019
40 3619 3004 4234

 

Sebagai contoh, jika umur kehamilan berusia 25 minggu, purata bagi berat bayi adalah 785 gram. Tetapi jika anggaran berat bayi yang diukur ialah 568 gram, ini bermakna bayi mempunyai masalah.

Kekurangan berat badan bayi disebabkan sama ada ibu hamil mengalami masalah kesihatan seperti hypertensi kronik, anaemia, berat badan ibu sebelum hamil, pertambahan berat badan ketika hamil, diabetes ketika hamil, dan umur ibu ketika hamil.

Pemakanan juga adalah faktor yang penting ketika di awal kehamilan. Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan supplemen asid folik akan mengurangkan risiko spina bifida dan beberapa penyakit neural tubal defect.

Selain dari itu, bersarapan juga penting bagi wanita hamil. Apabila seorang wanita tidak bersarapan, ini akan menyebabkan tubuh badannya mempunyai kurang nutrient yang sepatutnya, sehinggalah dia mengambil makanan untuk makan tengah hari.

Waktu antara pagi dan tengahari yang ‘kosong’ ini akan menyebabkan bayi tidak mendapat nutrient yang cukup untuk pertumbuhan fizikalnya. Nutrient adalah penting untuk disalurkan kepada bayi dalam kandungan. Jika keadaan ini berterusan, risiko untuk kelahiran pramatang dan beberapa kecacatan lagi adalah tinggi.

Merokok dan minum alkohol (arak) juga meninggikan risiko untuk pertumbuhan fizikal yang negatif pada bayi. ”Fetal Alcohol Syndrome” adalah keadaan yang menyebabkan bayi mengalami mental yang terencat. Rokok pula menyebabkan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah apabila beratnya kurang dari 2500gm.

 

Apa perlunya mengetahui berat badan bayi yang ada dalam rahem?

Doktor selalunya ingin mengambil langkah berjaga-jaga apabila anggaran berat bayi kurang 2500 gram atau terlalu tinggi melebihi 4000 gram. Ini kerana bayi-bayi sebegini selalunya menghadapi masalah ketika dan selepas dilahirkan.

Berat optima seorang bayi antara 3000-4000 gram ketika dilahirkan. Bayi yang mempunyai berat kurang dari 2000 gram ketika lahir selalunya akan dimasukkan ke neonatal ICU untuk pemeriksaan selanjutnya.

Manakala berat bayi yang melebihi 4500 gram atau berat melebihi >4250 gram pada wanita yang mempunyai gestational diabetes, harus dilahirkan dengan cara pembedahan cesarean section untuk mengelakkan risiko ketika melahirkan secara normal.

Ini kerana bentuk bahu yang melebar atau kepalanya yang lebih besar menyukarkan bayi dilahirkan. Ramai doktor yang tidak mahu mengambil risiko dengan menyambut kelahiran bayi dengan cara biasa, iaitu normal vaginal delivery.

Jadi mengetahui berat bayi dalam kandungan adalah sebahagian info yang perlu diketahui sebelum bayi dilahirkan. Bukan itu saja, berat badan bayi melambangkan tahap kesihatan bayi ketika itu dan apabila bayi itu membesar nanti.

Wallahu a’lam.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (240311)

4 comments

  1. salam DR. usia kandungan saya sewaktu kali terkahir checkup ialah 36 minggu. Saya diberitahu oleh DR yg kepala bayi saya masih belum turun ke pelvis. Dan Dr mengarahkan saya utk berjumpa dengan DR pakar di Hospital. Boleh saya tahu apa punca yg menyebabkan bayi saya masih belum turun ke pelvis?. Tinggi rahim saya 35cm.
    Terima Kasih Dr.

  2. salam DR, 3rd scan @34wk, result:EPD 81.1mm 32w4d,HC 292mm 32w2d, AC 249mm 29w1d,EFW 15899 30w3d. Due date ms 1st scan 27/3/12..slpas buat scan yg 3rd ni EDD 14/4/12, U/S 31w2d. DR kata baby sy kecil..so, sy kna jmpa pakar.. sy jg ada masalah berat bdn, sblum prgnnt brt sy dlm 57kg, setelh diet berat turun 45kg, tp sewaktu pgnnt @34wk berat sy naik hingga ke 63kg..adakah ia merupakan faktor baby sy kecil? bgaimn sy nk atasinya..ujian HB/Tekanan darah sy semuanya normal. MOGTT yg telah dbuat semuanya normal.. adakah faktor lain yg myebbkan baby sy ini kecil?
    Thank You Dr.

  3. Salam Dr.

    Saya ingin berkongsi ketika saya melahirkan bayi saya yang pertama.

    Semasa kandungan saya 37W, Dr telah melakukan scan dan memberitahu kandungan saya songsang dan berat baby saya hanya 1.6kg sahaja. Jadi Dr telah menyuruh saya untuk try bersalin secara normal kerana size baby yang sangat kecil. 2-3 hari selepas itu, saya telah mengalami pecah ketuban dan DR telah melakukan pembedahan emergency. Namun berat baby sebenarnya adalah 3.5kg semasa dilahirkan.

    Ketika itu saya pernah terfikir adakah saya kurang memakan makanan yang berkhasiat ketika hamil hingga menyebabkan kandungan saya sangat kecil, ini mmg memberi tekanan kepada saya ketika itu.

  4. Salam, dr, saya baru je buat pemeriksaan ultrasound utk mengetahui berat janin dlam kandungan, ketika kandungan 21 minggu berat janin 445g,, dr kata janin yg di kandung kkecil, & kali kedua pemeriksaan pada ketika kandungan 28 minggu 12989 gram. Dr tu masih kata kandungan saya kecil, tp bila sy baca artikel dr, kandungan sy normal.. sedikit sebanyak menyebabkan saya kurang percaya pada dr yg melakukan pemeriksaan terhadap kandungan saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top