Kepentingan CT Scan Otak Untuk Sakit Kepala

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai sakit kepala dari kalangan pembaca blog. Ramai yang bertanya apa yang perlu mereka lakukan dan minta pandangan saya. Mereka bukannya tidak berjumpa doktor di klinik atau di hospital, tetapi doktor yang mereka jumpa tidak memberikan jawapan yang memuaskan.

Saya dapati doktor itu hanya mengatakan mereka mengalami sakit ’kepala biasa’, atau migraine atau stress akibat kerja yang banyak. Namun sebagai pesakit, mereka lebih tahu apa yang mereka rasa dan cuma mereka tidak dapat menjelaskan keadaan mereka.

Saya sebenarnya tidak boleh memberikan pandangan atau consultation on-line seperti mana yang diharapkan. Sebagai doktor, saya harus melakukan pemeriksaan fizikal kepada pesakit dan melakukan beberapa ujian makmal ke atasnya.

Dari gabungan pemeriksaan fizikal, keputusan makmal dan pengimejan, mungkin saya mendapat gambaran yang lebih jelas terhadap apa yang berlaku pada pesakit.

Ini bermakna jika seorang pesakit menghidap sakit kepala, saya bukanlah orang yang pertama layak memberikan pandangan. Pesakit haruslah pergi berjumpa dengan doctor keluarga dahulu dan menjalankan pemeriksaan, sama ada fizikal, pemeriksaan darah dan pengimejan (xray dan CT scan).

Jika tidak berapa puas hati dengan penjelasan atau mahukan second opinion, barulah saya layak memberikannya dengan syarat lampirkan laporan perubatan, keputusan makmal dan laporan pengimejan. Dengan ini saya mungkin dapat melihat beberapa perkara yang ‘terlepas pandang’ oleh doctor yang pertama itu.

Sekali lagi janganlah minta pandangan saya dengan hanya memberikan satu dua ayat bagi menerangkan penyakit yang kronik yang dideritai bertahun-tahun.

Sebagai contoh “Doktor, saya sudah lama sakit kepala bila ke tempat kerja. Apa penyakit itu sebenarnya?”

Saya bukannya bomoh yang boleh melihat semua penyakit melalui air dalam mangkok. Seorang doktor memerlukan gabungan pemeriksaan, laporan makmal dan pengimejan supaya dapat membuat diagnosa dengan lebih tepat dan rawatan yang lebih berkesan.

Bagi sakit kepala yang kronik ini saya mencadangkan agar pesakit menjalani pemeriksaan yang lengkap. Ini kerana sakit kepala adalah simptom yang terlalu luas yang boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit sama ada secara pathological atau psychological.

Rasanya tidak keterlaluan jika saya mencadangkan pesakit menjalani pemeriksaan CT scan otak jika semua pemeriksaan fizikal dan makmal di dapati normal.

CT scan otak bukannya suatu pemeriksaan yang invasive, cuma masalahnya kemudahan ini sukar didapati di Malaysia. Banyak perkara boleh diketahui di dalam otak menggunakan teknik pengimejan ini. Namun sebagai alat buatan manusia, ianya tidak terlepas dari kelemahan mesin yang melakukannya dan juga kelemahan manusia.

Kelemahan pada mesin seperti artifact atau kekaburan disebabkan cara memproses keputusan filem CT scan. Adakalanya mesin itu tidak dapat mengesan masalah dalam otak kerana kekuatan mesin itu tidak cukup untuk melakukan proses pengimbasan dengan baik.

Adakalanya juga doktor pakar radiologist tidak dapat mengesannya kerana kurang pengalaman terhadap kes-kes penyakit tertentu.

Kali ini saya mahu membawa pembaca melihat peristiwa yang berlaku ke atas seorang wanita muda berumur 39 tahun di US. Perhatikan kepentingan CT scan otak dalam kes sakit kepala yang teruk.

Wanita ini mengadu sakit kepala yang amat sangat di bahagian belakang kepala (occipital) dan muntah berkali-kali. Ia berlaku di tempat kerja, maka rakan-rakan sekerjanya membawanya ke Jabatan Kecemasan di seuah hospital di sana.

Wanita itu menggambarkan sakit kepalanya seperti “sakit kepala yang paling teruk yang pernah dihadapinya”. Ianya berlaku secara tiba-tiba semasa beliau berhempas pulas sibuk melakukan kerja-kerja yang banyak di pejabat. Mulanya beliau cuba makan ubat Ponstan 500mg seperti biasa dia mengambilnya. Namun sakit kepalanya tidak berkurang. Ini membuatkan beliau pitam di atas lantai.

Sebelum ini beliau tidak pernah mengalami  kecederaan di kepala, atau berasa amat penat, rasa demam, mengalami pandangan mata berkabur, atau masalah-masalah lain kecuali sakit kepala disertai loya dan muntah.

Namun begitu beliau memberitahu 2 hari sebelumnya beliau ada mengalami sakit kepala yang kuat seperti ini tetapi berlangsung hanya beberapa minit saja dan hilang dengan sendirinya.

Beliau tidak mengalami masalah perubatan ketika hamil 2 orang anak. Beliau tidak pernah menjalani pembedahan, namun beliau ada mengamalkan pil perancang keluarga selama 15 tahun. Beliau bekerja sebagai akauntan dan tidak pernah merokok atau mengambil apa-apa dadah memabukkan. Sejarah perubatan keluarganya juga amat baik.

Apabila doktor melakukan pemeriksaan, dia agak obese, tidak mengalami demam, degupan jantung normal dan tekanan darah  160/90 mm Hg agak tinggi. Kadar pernafasannya normal 20 pernafasan/min.

Doktor mendapati tiada bengkakan atau ada bahagian yang berasa sakit di kepalanya. Pemeriksaan hidung, telinga dan tekak adalah normal. Pemeriksaan saraf cranial dan periphery didapati normal, dan pemeriksaan dalam mata (fundoscopy) juga normal.

Pemeriksaan leher dan paru-paru juga normal. Jantung berdegup dengan baik. Kekuatan otot dan kesimbangan normal.

Apa yang lebih membingungkan keputusan makmal bagi pemeriksaan darah juga normal. Saya percaya jika kita di Malaysia, kebanyakan doktor akan give up dan mendiagnosa pesakit itu sebagai migraine dan membenarkan balik ke rumah dengan ubat penahan sakit saja.

Namun apa yang dilakukan oleh doktor itu ialah meminta pesakit itu menjalani pemeriksaan CT scan otak. Keputusan pemeriksaan mendapati terdapat tompokan hyperdensity dalam subarachnoid space. Ini bermakna terdapat pendarahan kecil di dalam otak yang menyebabkan sakit kepala yang teruk.

Oleh kerana tiada kejadian kecederaan trauma di kepala, maka doktor memberikan diagnosa ”subarachnoid haemorrage (SAH)”.

Saya rasa wanita ini bernasib baik kerana mendapat kemudahan CT scan otak, yang mana kurang dinikmati oleh pesakit di Malaysia. Mesin CT Scan di Malaysia amat terhad di hospital kerajaan sementara di hospital swasta kosnya kira-kira RM550-RM800.

Kejadian di mana pendarahan berlaku pada subarachnoid space di dalam otak adalah emergency dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika pendarahan terus berlaku di dalam otak. Seseorang wanita yang mengalami sakit kepala yang teruk, boleh pitam, pengsan dan seterusnya koma dan meninggalkan kerosakan otak yang kekal jika dia pulih.

Pendarahan di otak sebegini disebabkan oleh kebocoran dari saluran darah yang cacat (aneurysm) di otak. Subarachnoid hemorrhage berlaku pada 20-50 kes bagi setiap 100,000 orang penduduk dan 10%-15% pesakit meninggal dunia sebelum sampai ke hospital. Ianya lebih banyak berlaku di kalangan wanita berbanding dengan lelaki.

Walaupun contoh yang saya berikan agak ekstrem, namun saya tetap berpendapat bahawa CT Scan otak banyak membantu doktor dalam kes-kes sakit kepala yang kronik. Pemeriksaan darah saja tidak mungkin mencukupi.

Jika pesakit sudah menderita sakit kepala berpuluh tahun dan mengganggu aktiviti seharian, maka dapatkanlah pemeriksaan yang sempurna. Walaupun harga pemeriksaan CT scan agak mahal, namun saya rasa ianya berbaloi. Ramai yang tidak mahu menjalani pemeriksaan ini kerana harganya tetapi telah berhabisan beribu-ribu ringgit untuk mendapat rawatan bomoh, sengseng dan MLM.

Terserah kepada pesakit untuk memilih kerana menjalani kehidupan ini adalah penuh dengan pilihan. Pilihlah pilihan yang betul.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (051010)

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

24 comments

  1. salam…saya juga pernah mengalami sakit kepala seperti yang doktor utarakan.Saya mengalami aneurysm namun nasib saya baik, syukur alhamdulillah tindakan pantas yang di ambil oleh pihak hospital ( pantai hospital ipoh )pendarahan dapat dikesan awal ( melalui ct scan dan mri )dan tindakan lanjut yang diambil menyelamatkan saya.Alhamdulillah…

    • Wsalam, puan amat bernasib baik kerana ada kemudahan teknologi CT scan di tempat puan. Ramai lagi pesakit-pesakit yang ‘tidak dilayan’ oleh doktor walaupun mereka mengalami sakit kepala bertahun-tahun lamaya.

      Saya mat mencadangkan bagi pesakit untuk menjalani pemeriksaan CT scan jika mengalami sakit kepala yang kronik.

  2. doktor, suami saya mengalami sakit kepala yang teruk sepanjang dua bulan ini. beliau telah mengambil bermacam macam ubat tahan sakit. apa perlu saya buat doktor?

    isteri yang kebingungan.

  3. Doktor, saya pernah sakit kepala yang teruk berserta demam
    lebih kurang seminggu semasa mengandung 2 bulan.
    Masa tu kebetulan saya di kampung sebab nak raya,
    pergi ke klinik jumpa pakar…tapi dia bagi panadol biasa jer dan takde sebarang komen atau syor untuk ke hospital.

  4. Doktor, tahun lepas saya telah disahkan mengalami penyakit basilar aneurysm dan telah buat trecoiling dan staning.Cumanya nak tanya, ada kesan samping lain ke lepas saya buat ni sebabnya selepas cek dengan doktr baru ni, masih ada sedikit baki gelembong tempat yang dibaut coiling tu? Ada kemungkinan boleh pecah @ gelembong itu semakin membesar x?

  5. Doktor, suami sy mengidap penyakit darah tinggi dan perlu mengambil ubat-ubatan setiap hari. Suami sy pernah dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami sakit kepala yg amat sgt, pada peringkat awal, doktor mengatakan ia adalah kesan dr tekanan darah tinggi. Semasa dirawat dihospital, tekanan darah kembali normal, namun sakit kepala suami masih tidak hilang. Doktor mencadangkan suami membuat x-ray dan CT scan bhgn kepala, hasilnya semua normal. Kemudian doktor hanya membuat kesimpulan, suami mengalami migrain yg teruk & dibekalkan ubat.
    Namun, sehingga kini suami masih mengalami sakit kepala yg teruk walaupun mengambil ubat-ubatan yg berkaitan. Apa pendapat doktor?

    • puan, sy juga mengalami sakit kepala yg berpanjangan hampir 3 bulan lamenya. saya telah membuat pemeriksaan di specialist termasuk CT scan dan X-ray. namun keputusan adalah normal. even doctor bekalkan ubat migrain kesakitan yg sy alami tetap sama mcm tak makan ubat. then, saya terfikir untuk buat rawatan secara perubatan Islam. Alahamdulillah sakit kepala saya sikit demi sikit mula hilang. Kadang2 kita perlu mencari alternatif lain untuk ikhtiar berubat. Setelah cara moden tidak berjaya, saya fikir tak salah Puan mencuba rawatan cara Islam.
      Doktor, maaf sebab saya menjawab soalan puan ini.

  6. Selamat pagi, Dr. Setelah mengkaji apa itu migrain dan jenis-jenis serangan migrain saya dapati kini saya menghadapi migrain jenis klasik iaitu yang disertai aura. pada mulanya saya tidak perasan akan tanda-tanda tersebut iaitu sebahagian anggota badan terasa kebas. pada mula saya mendapat serangan migrain hal rasa kebas itu tidak dirasai sehingga bermulanya 2 tahun lepas. migrain saya semakin teruk. namun sejak 4 bulan yang lepas saya tidak mengalami serangan migrain lagi sehingga beberapa hari yang lalu saya mula mengalami kebas dari pangkal tangan. Pada pendapat doktor adakah serangan migrain boleh menjadi lebih teruk setelah tidak mengalaminya selama beberapa bulan? Setiap kali serangan saya akan memencilkan diri dalam gelap dan berbaring dengan keadaan kaki diletakkan lebih tinggi dari paras kepala untuk membantu lebih peredaran darah ke kepala.

  7. Muhammadshafiq

    Assalamualaikum Dr.
    Saya ada 2 persoalan yg ingin ditny,
    Pertama,saya sering mengalami sakit kepala dibahagian temporal,kdg2 smpai muntah dan ganggu kerja.Saya mula sdar kdg2 sy kerap lupa sesuatu perkara,adkah ianya kesan ubat tidur yang saya ambil waktu dulu.
    Kedua,rakan sy mngesyorkn untuk melakukan CT Scan,tp bila sy ke hospital krajaan Dr.kbykkn ckp sakit kpla sy sakit biasa,,tp sy bimbang..Jd Dr.boleh syorkn dimana klinik/hospital swasta yg mnyediakan perkhidmatan ini..
    Terima kasih atas bantuan DR.

  8. Mazwita Azi Jamalludin

    Assalamualaikum Dr…
    Saya pun mengalami sakit kepala yang teramat sangat sejak dari zaman persekolahan, bila pergi check up doktor hanya diagnos sbagai migraine, saya beralih ke prubatan homeopati, berbekam, Alhamdulillah ada pngurangan sdikit, tetapi akhir2 ni sakit kepala dtg semula semasa mengandung anak ke5,dan rupa2nya darah tinggi, saya dah booking utk CT SCan tp masih takut2 kalau result tu nanti adalah mengecewakan atau maslah sakit saya ini semakin kronik, Nauzubillah…

  9. assalamualaikum doc….

    saya telah disahkan menghadapi Hypertension pada bln 6 yang lalu sekarang saya mengambil ubat mircadis 80mg saya juga mengambil yasmin bagi perancangan keluarga. Adakah ini faktor saya mendapat sakit kepala/ migrain setiap bulan? sekiranya penyakit ini menyerang urat di leher dan bahu berasa sangat sakit….sekian..

  10. assalamualaikum…doktar,saya ingin pendapat dari doktar.begini,di atas kepala saya ada bisul.mak saya cakap bisul saya ni tumbuh masa saya dilahir kan dan hilang waktu saya umur 2tahun.tapi,bisul saya tumbuh semula sejak saya habis plkn.sekarang saya tak tahan kerana saya selalu menggaru kepala saya.jadi dalam masa yang sama,saya takut untuk menggaru kepala saya selalu di tempat yang sama.jadi saya ketuk kepala saya dengan penumbuk saya.sekarang bisul tu dah banyak di atas kepala.dan saya dapat rasakan bengkak dan biji di kiri kanan kepala saya.perlukah saya buat scan di dalam kepala untuk memastikan apa puna yang berada di dalam kepala saya?saya harap doktar boleh tolong dan berikan pendapat kepada saya.

  11. doktor saya mengalami sakit kepala selama 4 thun…sya juga tdak dpt tidur dengan nyenyak…sya tla bnyk kli brjumpa dan mnjlani rwtan..di hspital dan juga klinik.sya juga prna mmbuat ct scan sbnyak 2 kli..ttpi…kputusannya adalah normal..dan sya slalu dalam kbngugan trhdp pnykit sya ini…shingga mnyebabkan tidak kselesaan mta..dan juga mngalami pening kpla.

  12. salam doc. saya mengalami sakit kepala sebelah kanan yang teruk hingga menyebabkan bahagian mata kanan menjadi sakit sangat. saya telah menjalani ujian ct scan dan mri namaun hasilnya adalah normal. saya jg telah menjalani ujian EEG kepala dan doc pakar tersebut mendapati bahagian kanan saraf kepala mengalami bengkak, namun tidak berbahaya. saya ingin membuat sekali lagi ujian mri untuk bahagian luar kepala iaitu dibawah kulit kepala untuk melihat salur darah. namun tidak mendapat persetujuan oleh doc kerana doc menyatakan sudah cukup dengan mri otak. tolong lah saya doc…sakit kepala ni menyebabkan saya dah tak boleh nak fokus bila bekerja.

  13. salam…doktor,sya bru brusia 18 thun..sya mngalami skit kepala yg agk teruk sejak di tngkatan 2,slepas sya jtuh di dlam blik air di asrma..sjak kjdian itu,skit kpala sya smkin hari smkin teruk..smpai kadang2 rasa mcm nak pitam,telinga menjadi bengang dan tak boleh nak melakukan apa2 kerja..sya sudah brjmpa dktor,tapi,mereka cuma ckp saya skdar skit kepala biasa..jadi sya nak betnya pada dktor,adakah terdapat kesan sampingn di kepala sya slepas kejadian jatuh di asrma atau sya sememang nya mngalami skit kepala yg biasa..??

    • assalam. macamana dengan keadaan awk sekarang? sy mengalami hentakkan kepala dengan kepala tapi xde sakit kepala.

  14. hamidah mansur

    Doktor,banyak yang saya baca dan adalah faham sikit2. Sekiranya ada kelapangan doktor,,,saya mengalami sakit kepala dah lama,,dan kerap menyerang pada tahun lepas ke tahun ini,,,
    Saya membuat pemeriksaan kolestrol dan kolestrol saya tinggi tapi taklah sampai double dari yang sepatutnya dan saya membuat terapi al-jabbar dan makan ubat kolestrol…tetapi saya tetap menglami sakit kepala paling kurang dalam semingu mesti saya kena…saya makan ubat tahan sakit mobic 7.5,,kadang2 ok,,kadang2 saya terpaksa makan 3 kali.
    kemudian saya buat pemeriksaan darah keseluruhan,,,semuanya ok cuma kolestrol masih tak ok lagi,,,
    Walaupun saya dah makan ubat kolestrol,,,,saya tetap sakit kepala,,,dalam seminggu mesti kena,,,sakit yang sikit jadi terus ke seluruh kepala,,memang sakit. apakah pandangan doktor. Terima kasih

  15. salam.. suami sy slalu sakit kepala setiap kali bersama. pernah bt ujian darah semua normal. tekanan darah pun normal.

  16. Salam doc,saya berbesar hati sekiranya doc dpt menjawab pertanyaan saya dengan sejujurnya,baru2 ini anak saya terpaksa membuat CT scan untuk mengesan apa2 bengkak atau kecederaan dlmn otakknya.anak saya berumur 3 tahun dan saya ada terbaca tentang kesan radiasi ct scan pada tubuh badan kita.sejauh manakah kesan ini pada mereka yg melalui CT scan ini.Terima Kasih

  17. alhamdulillah…….. sekarang saya di darul makmur medical centre, tanjung lumpur. doktor2 dan nurse di cn layan saya dgn cekap. tak tahan sakit kepala. dan dah wat ct scan. tgh tunggu result.

  18. Salam,,
    Disini saya ingin meminta penjelasan dr pihak doctor
    Saya tidak pasti samaada saya pengidap migrin atau tidak, jika berjumpa doctor,ye..beliau tidak cheks sepatutnye hanya beranggapan.
    Disini, saya ingin tahu..
    Apa kesan jika kita sering ketuk kepala dengan kuat sehingga tidak rasa sakit seperti jika diketuk sekali. Dengan kekuatan sendiri yang agak kuat, mengetuk berulang kali dibahagian kepala. ble selepas lebih kurang dalam 3 4minit, rasa seperti pandangan mata tidak selesa. namun rasa itu sekejap sahaja.
    Minta pendapat doctor untuk jelaskan samaada kesan atas perbuatan itu, memberi kesan yang memudaratkan atau sebaliknya.

  19. strawberryAis

    salam doc, kes yang doc ceritakan sama macam kes arwah kakak saya..dia baru meninggal 3 bulan lepas disebabkan urat kepala pecah..arwah selalu sakit kepala sebelum meninggal..tapi dia hanya makan panadol dan dia pernah bagitaw yg sakit kepala tu teramat sakit dan boleh hilang tiba2..sampai satu tahap dia pengsan..barulah doc buat ct scan n detect urat kepala dah pecah..braindead..4 hari koma dan Allah lebih sygkannya

Leave a Reply to kunavathyCancel reply

error: Content is protected !!